Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera
Minggu lepas kami warga Nagoya seperti tahun-tahun sebelum ini akan menyediakan juadah iftar untuk Masjid Nagoya. Tugas kami seperti biasa sediakan kuih muih, buah-buahan kurma dan air.
Tahun ini saya sedikan kuih cucur badak berbanding tahun lepas hanya cekodok pisang. Almaklumlakan baru pertama kali datang sini jadi hanya yakin buat adalah cekodok untuk kuantiti 150 biji hihihi...tahun ni up sikit skill buat cucur badak dengan 100biji sahaja..memandangkan di Jepun di kaya dengan hasil keledek maka ambil mood buat cucur badak yang manis hihihihi...
Jom lah tengok resipi saya
Saya beli 6 bungkus keledek tapi hanya gunakan 4 bungkus. Sebungkus keledek ada dalam 5-6 ketul keledek sederhana saiznya
Bahan Tepung
24 ketul keledek saiz sederhana
1-2 cawan tepung gandum
1/2-1 cawan tepung beras
2 sudu besar garam
Bahan kisar/Inti
2 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 ibu jari lengkuas
1/2 ibu jari halia
1/2 ibu jari kuntit
2 sudu besar udang kering tumbuk kasar
daun kunyit hiris halus
1/2 cawan air
sedikit minyak
Gula
Garam
Perisa
Penyediaan
Kisar semua bahan kecuali kelapa, udang, minyak dan perasa
Tumis bahan kisaran, setelah garing masukkan udang kering, kelapa parut dan air
Setelah sedikit kering masukan perasa
Rebus keledek dengan kulit dan garam
Setelah masak kupas kulit dan lenyek
letakkan tepung gandum dan tepung beras
Jangan risau jika adunan masih lembik, kita akan gunakan minya semasa membentuk cucur nanti
seperiuk adunan cucur badak |
Cucur yang telah siap dibentuk |
Cucur digoreng separuh masak sebelum disejukbeku |
Cucur badak Frozen |
Siap untuk delivery |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan