Khamis, 8 Januari 2015

Dosai/tosai

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Tekak ni dah lama teringin nak makan tosai telur.

Belanja bahan basah di kedai halal zafar tercari kacang dhal uludhu tapi tak jumpa pon. Tapi alhamdulilah jumpa tepung segera Dosai terus beli 2 kotak.



Mudah tambah air jer goreng. Kali pertama buat tak menjadi sebab tak tahu teknik. Dosai digoreng berlubang:(



Besok pagi buat lagi sebab chutney kelapa, kari ayam dan dhal ada lebih. Ksli ni slhamdulilah menjadi:)




Makan bersama teh tarik terasa makan di kedai mamak pulak hihihihi.

Resipi chutney kelapa.

Tumisan
1 sudu kecil biji sawi(saya tak letak sebab tiada stok)
Daun kari
Cili kering potong 3/2
1 ulas bawang merah

Kisaran
Segenggam kelapa parut
3 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia

Yourgurt
Asam jawa
Sedikit serbuk kari jika perlu untuk warna 

Perasa

Minyak

Cara-cara
1. Tumis bawang, biji sawi, daun kari, cili kering sehingga garing.

2. Masukkan bahan kisaran masak sehingga sebati. Masukkan sikit asam jawa sesudu yougurt perasa. Masak sehingga pekat.

Sisp untuk dimakan bersama dosai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan