Kuih serabai ni dah 2 kali buat. Dulu buat lama nak siap. Sekarang dah ada kuali non stick untuk buat pancake 2x goreng siap.
Senang jer buat serabai ni..kebetulan ada 2 biji pisang yang tak dimakan. Kita buat la serawa pisang hihi..yang sedap serawa durian.
Bahan-bahan:-
1 cawan tepung beras
2 sudu nasi sejuk
1/2 sudu kecil/ secubit garam
1 sudu gula
1 sudu yis
1 cawan air santan(3 sudu santan pekat kotak+air)
Cara buat:-
Kisar semua bahan dan peram 2 jam
Setelah itu boleh goreng dalam kuali acuan khas.
Resipi kuah:-
Serawa pisang
2-3 sudu gula merah
1 sudu gula pasir-ini pilihan jika dah manis tak perlu
1/2 cawan air
1 cawan air santan
Pisang dihiris
1/2 sudu kecil garam
Cara buat:-
Masak gula merah & air sehingga larut & tapis
Masak semula air gula bersama santan dan garam.
Apabila sudah pekat masukkan pisang.
Siap untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan