Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,
Hari ni projek meroti untuk bentou Tina besok. Mama kawan Tina pesan, besok bawa roti, pisang, susu & cheese. Tak tahu pulak besok ada malam burger. Tina pulak minggu lepas dah beberapa hari makan burger jadi dia tak mahu makan burger.
Kenalah mak Tina buat roti lain. Buat roti bersama Tina, cepat sikit siapnya.
Cuma roti masih belum menawan hati lagi. Perlu diasah lagi kemahiran menguli roti. Niat nak dapatkan roti yang boleh memantul apabila ditekan.
Resipi mexican bun ni tengok kat youtube jer.. Resepi macam biasalah saya tak sukat sangat..jadi jangan tiru nanti tak jadi..
Saya agak2 4 sudu majerin-mentega abis
4 sudu gula perang
1/2 tutup esen vanila
Caranya:-
- kacau rata dengan sudu/mixer
- Bentukkan bulat kecil dan simpan sekejap dalam peti sejuk supaya beku sikit
Roti
2 cawan tepung roti
1 biji telur
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan shorterning
11/2 sudu teh yis
3-4 sudu besar gula
Sedikit garam
Caranya:-
- Masak susu dengan shorterning biarkan suam kuku.
- Campurkan yis dengan sedikit gula dan air suam untuk aktifkan yis.
- Tepung dicampur gula & garam kemudian dibuat lubang dan dimasukkan telur yang dipukul dengan garfu.
- Masukkkan susu yang sudah suam dan campuran yis.
- Uli sehingga lembut & elastik saya ambil masa 20-30 minit.
- Perap 1 jam sehingga nak sekali ganda.
- Bahagi kepada doh yang kecil.
- Masukkan inti dan biarkan roti naik 2 kali ganda
- Pipingkan topping atas roti dan bakar
- Suhu 170 darjah 20 minit jika topping belum warna coklat tambah sedikit lagi masa dan selalu tengok supaya tidak rentung.
Topping
4 sudu majerin
4 sudu gula
1 biji telur
2 sudu campuran air nescafe
3-4 sudu Tepung gandum
Caranya:-
- Pukul majerin & gula sehingga kembang.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang
- Masukkan air nescafe kacau rata
- Akhir sekali masukkan tepung gandum
- masukkan dalam bag plastik untuk piping
- Campuran perlu pekat supaya mudah untuk piping
Tiada ulasan:
Catat Ulasan