Ahad, 8 Disember 2013

Noritake Garden

Bersiar di Noritake Garden


Sabtu minggu yang lepas kami sekeluarga telah berjumpa dengan salah seorang staf UTeM yang akan melanjutkan sabatikal di Nagoya. Jadi aktiviti kami sekeluarga hari tu sangat padat daripada pagi jejak ke malam. Lokasi pertama menjemput PM Ir Talib dari Hotel Wing International Nagoya.

Sebelum kita sampai ke hotel, dapat la bergambar ala2 citer Autumn in my Heart

Rasa mcm baru je kawin..wekk!!!
My heart n my soul

Singgah solat Zohor dulu di Masjid Nagoya selepas makan sarapan merangkap tengahari di Turkish Taste Nagoya



Sesi posing jer kat Noritake Garden..errmm cuci2 mata jer la sbb mahal. Next time kami datang lagi jika berhajat nak membeli:)


Tina suka train ni
Honeymoon naik kereta rusa:)
British style bangunan ni
Rusa ni tina siap nak naik lagi huhuh
Seronok betul tina dapat bergambar dengan omiyagi
 Pintu Noritake Garden Shop

Lepas Asar kami kembali lagi ke Masjid Nagoya untuk menghantar Tina mengaji. Tina sudah beberapa kali mengajak maknya ke sini untuk belajar mengaji. Baru kali ni dimakbulkan permintaannya. Almaklumlakan ayah dan mak tina setiap hujung minggu banyak bebeno aktivitinya.

Tina & Tomodachi





Makan popcorn



Selesai mengaji ada kudapan petang. Seronok betul Tina. Next time kita datang lagi Insya-Allah.





Selasa, 3 Disember 2013

Apam Balik in the House

Hari semalam tina balik Yochien mengadu..mak tina lapar la!!..tina nak makan pancake boleh tak nak makan dengan honey:)

Mak Tina dengan gigih tengok bahan2..ada ke idak..sebab semenjak 2 menjak ni ayah dah x rajin g suppa...Alamklumlakan setiap hujung minggu ada jer aktiviti, window shopping la, momiji la, sukan la dan lain-lain.

So, hasil selongkaran maka jumpa la bahan buat pancake..ting!! tiba kepala otak berfikir apakah cara nak menyiapkan adunan pancake yang terover banyak ni...maka dengan pantas mak tina goreng kacang tanah..tujuannya nak buat apam balik la..hihiihihihi..ni kes nak habiskan stok jagung n tepung, susu dan telur la ni keje nyer mak tina..wakakak suka...!!!


Inilah hasil apam balik yang tonggang terbalik..wakakaka



Bawah ni pulak stok spegetti lebih sarapan pagi..nak tina goreng semula untuk makan malam letak telur goyang...dah mcm mee goreng mamak pulak rupanya


Hidupku yang sempoi dengan keje2 memasak yang kadang kala adhoc..sbb ank nak mkn pakai oder jer mcm makan kat kedai. Padan muka siapa suruh dulu dok Malaysia makan kedai manjang:(..wek..weng..weng..

Sabtu, 30 November 2013

KuraZushi vs Sushiro



Pengalaman menikmati sushi di Nagoya.

Sepanjang 6 bulan yang telah berlalu, tina bersama mak telah menikmati sushi di 2 buah kedai yang bebeza dengan harga yang sangat bebaloi 105yen sepinggan. Kedai sushi yang menjadi kegemaran kami adalah Sushiro 


Pelbagai jenis sushi yang disediakan yang mejadi kegemaran kami adalag ab, maguro, salmon dan tidak ketinggalan corn roll sushi jadi kegemaran tina


Kedai kedua adalah Kurazushi


Kedai ini tina paling sukalah sebab dapat token tamago jika mengemas pinggan setelah selesai makan

Jumaat, 29 November 2013

Kisah Nasib Si Pokok Kesum

Sebelum datang ke Nagoya Jepun, banyak benda yang mak tina bawa terutama makanan rempah ratus dan tak lupa daun seperti kari, daun limau purut dan pandan. Almaklumlah takut kat sini tak jumpa cari.

Siap bagi tau pakwe nak tanam pokok limau purut kat Jepun. Ini gara-gara pakwe carikan pokok limau purut siap batang yang keras lagi. 

Tapi sebenarnya nak citer saya berjaya tanam pokok kesum kat Nihon ni. Itu pon atas jasa sempai Mysarah bg saya 2 pasu pokok Kesum. Masa awal tanam gaya mcm tak hidup tapi alhamdulilah menjadi hidup. 





Pokok kesum yang ketandusan air sbb musim luruh ni sejuk tuannya datang mood malas nak siram. Musim panas beria-ia nak siram.

Sayonara pokok kesum, mak tina nak serah awak kat tuan baru Suhaibah san.

Khamis, 28 November 2013

Picnic di Shinrin Koen

Enjoy di Taman Nan Hijau

Pada 6 Nov 2013 yang lalu Tina dan maknya menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Umemorizaka Yochien. Kami bersama anak-anak dan ibu-ibu Nihon menaiki sebanyak 3 buah bus ke taman Shinrin Koen yang sangat luas dan menghijau. Di sana pelbagai aktiviti bebas yang dilakukan oleh anak-anak bersama ibu masing-masing. Ibu-ibu juga tidak ketinggalan dapat beramah mesra dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Tina yang sangat happy dapat berjalan di taman



geng ibu-ibu nihon yang sabar menunggu bus bersama anak masing-masing


Seluas saujana mata yang memandang


berkejar-kejaran bersama Jun Kun San


Dah lapar apa lagi makan homemade onigiri 


Yang best Tina main lungsur bersama pengetua. Sangat enjoy!!!


Model chilik G.U

Disebabkan hari ni sejuk bangat..tanpa dijangka kami meredah sejuk demi mencari pakaian seragam tidur drp fabrik mofu...Ya Allah sungguh sempurna..hilang tu rs sejuk....cuma tangan jer x pakai glove lau x..mmg best!!!!

Lengkap tu hihihi kawai ni mak tina punya;)


My Princess Dyan Nur Qistina dia paling seronok sbb dpt pakai baju sepesen mak dia





Rabu, 27 November 2013

Karipap..karipap Chenta

Pertama kali menyediakan karipap di bumi sakura.

Beberapa minggu yang lepas mak tina teringin nak makan karipap. Disebabkan pengalaman lepas belajar membuat karipap dengan salah seorang akak yg pakar membuat karipap gulung. Mak tina menjadi malas wow..hihihihi makwe tina yg habiskan klim karipap tu. hampesss punya mak tina.

Kali ini dengan bantuan Chef Chilik Tina, mak layankan...akhirnya dengan teknik campak mencampak tanpa sukatan yang tepat terhasil 18 biji karipap gulung. Alhamdulilah...


Ini antara kerja anak dara nan seorang ni buat.



Hasil ulian Tina & maknya.


Yang unik Tina soh buat karipap coklat.



Hasil selepas digoreng menjadi bento(bekal) Tina dan ayah. Paginya mak tina menyediakan puding roti raisin cinammon baki daripada pembuatan sandwic Tina kelmarin.


Rabu, 14 Ogos 2013

Raya Aidilfitri pertama di perantauan.



Tahun 2013 ini adalah tahun pertama kami sekeluarga beraya jauh daripada keluarga, saudara mara dan rakan di Malaysia. Raya tahun ini disambut secara sederhana namun meriah dengan pelajar-pelajar lain yang belajar di Nagoya Jepun ini. Di sini kami seperti sebuah keluarga yang besar apabila berkumpul. Pengalaman membuat juadah seperti rendang, sambal, ketupat dan kuih raya secara sdn bhd membuatkan hati kadang-kadang sebak. 

Pengalaman Pertama Menetap di Negara Matahari Terbit

Bermula 1 Mei 2013 sehingga 5 Oktober 2016 bermulalah episod baru dalam perjalanan hidupku sebagai surirumah sepenuh masa. Jika sebelum ini aku perlu masuk kerja sebelum 8.00 pagi hingga kadang-kadang tak tahu jam berapa baru balik rumah. Sekarang sudah tidak perlu lagi. Aku dapat melihat pembesaran Tina selama 3 tahun di bumi Sakura ini. Semoga Allah melindungi aku sekeluarga yang musafir di bumi matahari terbit ini. Aminnn..