Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan

Selasa, 9 Jun 2015

Sambutan Hari Lahir Tina yang Ke-7

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Ulang tahun kelahiran Tina tahu ni sangat bermakna kerana maksu, mak ngah sekeluarga datang bercuti di Nagoya. Kami sambut hari lahir Tina yang ke-7 bersama hari lahir mak ngah Aiti & pak ngah Ayie.

Sambutan secara sederhana sahaja tahun ini sebab ayah Tina sibuk dengan urusan belajar, jadi buat majlis potong kek sahaja.

Semangat Baking

Kek Gula Colorful

Tina Deco kek 



Kek Hasil Tangan Tina

Adik Irfan
Adik Teha

Adik Haziq

Alhamdulilah doa Tina nak maksu & makngah datang Jepun dimakbulkan pada tahun ini. Moga doa Tina yang lain dimakbulkan juga.

Ucapan hari lahir untuk Dyan Nur Qistina Binti Mohd Rody:-
Moga Allah merahmati, berkati dan lindungi menjadi anak yang Solehah penyejuk mata dan hati mak ayah.
Semoga Allah memberikan kesihatan berkekalan.
Semoga Tina boleh membaca, faham, dan hafal Al-Quran dengan mudah.
Menjadi anak yang cerdik dan menjadi contoh terbaik kepada agama, bangsa dan negara. Aminnnn. Insya-Allah:)



Selasa, 1 Julai 2014

4 Ramadhan 1435 di Umemorizaka Nagoya

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,



Alhamdulilah sudah puasa ke 4 hari ini...puasa yang penuh cabaran kerana perlu bangkit seawal jam 1:30pagi untuk buat apa yang patut kerana solat subur biasa sebelum pukul 3:00 pagi.

Manakala waktu berbuka kami di sini pada jam 7.10 petang ke atas.

Tahun ini sambutan bulan secara sederhana dari segi juadah tapi dilebihkan sikit pada program kerohanian seperti ODOJ-One Day One Juzuk, 

Selain itu tahun ini saya telah mendapat checklist Ramadhan daripada adik-adik manis kohai Group Liqo' Nagoya

Walau pun tak dapat penuh saya berazam nak bagi separuh tick kepada checklist ini.

Hari ini mencari blog mengaji untuk halwa telinga sambil menguruskan rumah dan urusan harian lain.

Blog di bawah ini alunan bacaan sheikh ini sederhana tapi memang membuatkan telinga ni santai mendengar bacaannya:)


http://surahalquran.blogspot.jp/2010/12/bacaan-al-quran-30-juzuk-oleh-sheikh.html

Khamis, 30 Januari 2014

Syling oh syiling


Dalam longgokkan duit syiling yen ni tiba2 tersesat duit Malaysia hihihi..saja jer pun bukan boleh gun a pon masa shopping di suppa. 

Minggu ni saya saja minta duit koin daripada suami, kebiasaan dia suka bagi duit kertas untuk belanja. Saya kan suka duit syiling jika dpt 500yen boleh ajar tina masuk tabung. Tidak pon saya yang suka masuk tabung hihihi..

Jiwa kanak2 yang tebal pantang tengok tabung.


Tina punya tabung kat Malaysia pon da berapa bnyk...yang terkilan tabung haji punya tabung staf tabung haji pecahkan tapi tidak ganti pon huhuhu sob2... Sob...hilang 1 koleksi tabung tina bersama mak.


Rabu, 29 Januari 2014

Yaya Abit Stitch

Makin lama makin ramai pulak kawan-kawan tina..lau nak tidur bersusun, aya abit dan stitch huhuhuhu....Si Yaya sampai naik kepam dibuatnya telinga hilang dan bontot berlubang.

Mimum susu sambil menggentel yaya...

Maksu tina siap nak kirim stitch yang besar bagak...tengok ler nnt tina carikan..rasa mcm ada jumpa skali kat Treasure Bomb


Omiyagi(Cenderamata) Malaysia kara kimashita

Alhamdulilah rezeki mencurah-curah. Kawan bagi cenderamata daripada Malaysia. Masa mula datang Nagoya dulu, beria-ia kami membawa stok makanan segera ini.Tetapi sekarang tidak lagi sebab di NAgoya ni pon saya rasa teragak nak makan rendang ke asam pedas ke kuah kacang ke..semua buat sendiri. Janji bahan asas seperti cili dan bawang ada.

Ayam daging pula tidak perlu risau di sini ada beberapa kedai yang menjual produk halal.


p/s:terima kasih daun keladi. saya malu dapat lg huhuhuhu. banyak kali betul membe saya ni bg omiyagi naik segan saya

Jumaat, 29 November 2013

Kisah Nasib Si Pokok Kesum

Sebelum datang ke Nagoya Jepun, banyak benda yang mak tina bawa terutama makanan rempah ratus dan tak lupa daun seperti kari, daun limau purut dan pandan. Almaklumlah takut kat sini tak jumpa cari.

Siap bagi tau pakwe nak tanam pokok limau purut kat Jepun. Ini gara-gara pakwe carikan pokok limau purut siap batang yang keras lagi. 

Tapi sebenarnya nak citer saya berjaya tanam pokok kesum kat Nihon ni. Itu pon atas jasa sempai Mysarah bg saya 2 pasu pokok Kesum. Masa awal tanam gaya mcm tak hidup tapi alhamdulilah menjadi hidup. 





Pokok kesum yang ketandusan air sbb musim luruh ni sejuk tuannya datang mood malas nak siram. Musim panas beria-ia nak siram.

Sayonara pokok kesum, mak tina nak serah awak kat tuan baru Suhaibah san.