Khamis, 6 Mac 2014

Mee Kari Nyonya

Asslamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)



Mee Kari Nyonya
Hari Jumaat yang berbahagia ini saya nak kongsi resipi Mee Kari Nyonya.

Puas saya baca semua resipi tengok youtube mencari kaedah dan cara memasak mee kari Nyonya tp kebanyakannya adalah Mee Kari Melayu huhuhu....

So pagi ni saya tawakal jer mencuba buat Mee Kari Nyonya mengikut selera saya dan suami. Masing-masing memang peminat makan Nyonya dan chinese cuisine...

Ok Jom kita tengok resipi:)

Bahan-bahan

Bahan kisar
2 batang cili merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inchi/ibu jari lengkuas
1 inchi/ibu jari halia
1/2 sudu kecil udang kering
1/2 sudu kecil belacan

Rempah
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
1 biji pelaga

Bahan Perap
2 dada ayam
2 sudu rempah kari
(ayam dipotong sederhana kecil dan diperap dengan rempah kari)

2 biji kentang kecil didadu
Tofu kering
Fish Ball
Udang

1 cawan santan pekat
2-3 cawan air

3-4 sudu besar minyak

Perisa ikut selera masing-masing
Asam Keping
Stok Ayam
Garam
Gula
Ajinomoto-jika suka (saya x suka hihihi)

Bahan Hiasan/hirisan
Sawi
Taugeh
Timun
Telur
Bawang Goreng
Tauhu
Limau kasturi-kat jepun x jumpa huhuh

Mee kuning dicelur

Sambal Goreng

Bahan Kisar
Cili merah
Cili kering
Bawang kecil
Bawang putih
Belacan

Minyak

Perisa
Gula, Garam
Asam Jawa

Cara membuat kuah
  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar. tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sehingga ayam separuh masak kemudian masukkan air
  4. Setelah mendidih masukan udang, tofu kering, kentang, fish ball dan santan
  5. Setelah santan sebati dengan bahan lain masukan perisa
  6. Tumis kesemua bahan kisaran sehingga garing
  7. Masukkan asam jawa dan perisa 


Cara buat sambal goreng


  1. Tumis bahan kisar sehingga garing
  2. Masukan perisa 

Cara Hidangan
  1. Masukkan mee dalam mangkuk kemudian masukkan kuah
  2. Hias mee dengan bahan hirisan dan sambal goreng tadi 

siappp...selamat mencuba