Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan

Rabu, 14 Januari 2015

Bubur Sumsum Mudah Sangat

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,



Kejadian minggu lepas dah tak tahu nak masak apa lepas solat magrib apa lagi terus buat bubur sumsum.

Kebetulan ada stok bahan nak buat bubur sumsum ni...


Resipi
100g tepung beras
650g campuran air santan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila

Air Gula
1 1/2 cawan air
3-4 ketul gula melaka
2-3 sudu gula pasir ikut kemanisan sendiri
1 helai daun pandan

Cara-cara masak
  1. Tepung, garam esen vanila dan air santan masak sehingga meletup-letup dan pekat.
  2. Masuk dalam bekas dan sejukkan.
  3. Masak air gula sehingga mendidih jika kurang hitam boleh tambahkan sedikit kicap manis ya.
Lepas isya' tak puas hati macam sikit jer bubur sumsum ni saya buat kuih getas..tapi keras rupa-rupa tanya pakar kena buat guna tepung pulut..saya boh tepung gandum patut keras macam batu hihihih..






Rasa bubur sumsum ni dah macam taufufa pula:)



Bubur Kacang Tanpa Santan

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,



Hari ni 2 hari saya dan Tina makan bubur kacang tanpa santan. Tina kata sedap...

Lepas ni kena cari stok kacang hijau dan pulut hitam nak cuba masak tanpa santan...suka sangat:)


Resipi mudah jer kan

Bahan-bahan
1-2 cawan kacang hijau buang batu/bendasing cuci bersih
1 periuk air
2-3 ketul gula melaka
2-4 sudu gula jika perlu
1 helai daun pandan

Cara masak
  1. Rebus kacang sehingga empuk.
  2. Setalah sikit empuk masukkan gula dan daun pandan.
  3. Masak sehingga kacang kembang dan empuk


Sedia untuk dimakan gluuuooopp...Alhamdulilah kenyang:)



Khamis, 24 April 2014

Puding Roti Cinommon & Bluebarries

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)

Ini la pencuci mulut yang selalu saya buat jika roti potong anak(tina) da tak abis makan...

Resipi mudah mmg da ingat kat kepala hihihi...bahan2 pon memang da ada di rumah jadi boleh la buat hihihi...



Resipi Puding Roti Cinnamon Bluebarries


8 keping roti dicarik
2-3 cawan Susu segar
2 biji telor
2 sudu besar butter
4 sudu besar gula
½ sudu kecil esen vanilla
Segengan bluebarries
Serbuk cinamom

1. Rendam roti bersama 1 cawan susu sekejap
2. Blender susu, telur, esen vanilla, gula, 2 sudu butter
3. Susun roti dalam Loyang dan curahkan adunan yang diblender
3. tabur bluebarrie dan serbuk cinnamon




Sos
3 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
Susu segar
Dimasak sehingga pekat





Siappp selamat dimakan alhamdulilah



Kanak-kanak ini pon suka hihhhih