Jumaat, 7 Februari 2014

Yuki di Umemoriso

Tanggal 8 Februari 2014 dalam sejarah pertama tinggal di Umemoriso saya sekeluarga dapat menikmati kebesaran Allah menurunkan salji. 



Salji ini ditunggu-tunggu oleh kami menurut ramalan cuaca salji akan turun hari Sabtu. Maka dengan pengharapan maka Allah turunkan salji.


Jika diikutkan salji turun pagi, saya siap tidur lewat semata-mata nak tunggu yuki. Akhirnya kantoi tertidur,suami yg kejutkan bagi tau salji ada turun.


Saya dan tina siap2 cari baju main snow dan peralatan main snow memang terbaik.


Perasaan teruja yang tak tahu macam mana nak cakap tuhan jer yang tahu.
Niat malam tadi nak makan nasi hujan panas pon tertunai sebab hati gembira dapat main yuki.


Asam Rebus Ikan Sardin


Bahan-Bahan

1 tin sardin
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar bawang besar blender
1/4 sudu besar kunyit blender
sedikit belacan
2-3 keping asam keping
1 bungkus campuran tahu kering dan soo hoon direndam
Garam
Gula
Perisa

Cara-Cara

  1. Panaskan air dalam periuk kecik/sedang.
  2. masukkan cili,bawang, kunyit dan belacan
  3. Setelah mendidih masukkan sardin, tahu kering, soo hoon dan asam keping
  4. Akhir sekali masukan perasa garam,gula dan (ajinamota jika suka)


Siap...senang je kurang 30minit kot dah siap

Tips-Jika nak lagi sedap tambahkan hirisan bawang besar, halia dan cili padi mmg lg best....

Rabu, 5 Februari 2014

Kuih Jawa a.k.a Poori

tidak berapa kembong
Makan dengan dahl kari sambal memang terbaik


Balik cuti di Malaysia bulan 12 yang lalu saya telah belajar dengan kak ipar(kak biah) buah kuih jawa katanya. Masa mula-mula buat sangat teruja bila kuih tu ada yang kembong mcm bola. Ada juga sebahagian besar yang tidak kembong mcm bola tu tandanya tak jadi ler...tekstur kuih mcm roti kebab pon ada....hihihihi...bagi pengamatan saya kuih jawa ni mcm poori makanan orang india sedap dimakan dengan dahl atau kari:)..

Makanya balik ke Nagoya tiba-tiba teringin nak cuba sendiri buat kuih jawa a.k.a poori ni. Jom kita tengok bahan-bahannya:


2 cawan tepung gandum
1/2-1 cawan kelapa parut
2 sudu besar minyak panas
secubit garam
air

Cara Penyediaan
  1. Satukan tepung, kelapa dan garam dalam bekas.
  2. Panaskan 2 sudu minyak masak kemudian masukan kedalam campuran tepung dan gaul dengan sudu (hati2 panas campuran ni bila dah masuk minyak)
  3. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga adunan menjadi doh seperti doh karipap
  4. Rehatkan doh 20-30 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 10-15 ketulan kecil 
  6. Canai nipis doh 
  7. Panaskan minyak dan terus goreng.



Tips; Teknik mengoreng perlu minyak yang betul-betul panas. Biarkan doh kembung seketika kemudian baru tekan atau curah minyak di atas doh untuk kembung yang cantik seperti bola.


Selamat mencuba

Selasa, 4 Februari 2014

Makan Mee Sungai semasa Sesi Ziarah di Ehime

Cuti Golden week musim panas  yang lalu telah jatuh pada Hari Raya Aidilfitri. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang menziarah kawan UTeM yang ada di Ehime pelbagai aktiviti musim panas kami lakukan bersama antaranya adalah menghayati mee sungai yang simple dan enak.

Antara bahan pelengkap mee sungai

laju tu mee sungai mengalir

siap berebut nak dapatkan mee nak makan

Ada juga sesi memancing ikan di kolam. Ikan yang dipancing akan dibakar dengan garam. Jadi kami makan bergaram je lah. En suami berjaya memancing ikan hampir lebih daripada 6 ekor. Masa tu rasa teruja sebab tak pernah tengok dia tunjuk bakat memancing..sekejapan je ikan tu makan upan en Mat Rod..hihihihi
Aktivit tambahan memancing

Sang Juara Pancing



Ahad, 2 Februari 2014

Nagoya honjin

Aktiviti kami setiap hari Sabtu jika ayah free adalah menghantar tina mengaji di Masjid Nagoya. Di sini pelbagai aktiviti kanak akan dilakukan selepas sesi mengaji. Antaranya adalah mewarna bertaaruf buat seni origami dll.

Tina memang suka sangat datang sini. Jika kami tidak ke sini pasti Tina akan bertanya kenapa kita tak ke masjid mak? Bila kita nak ke sana mak?...jd ayah la jadi mangsa gegauan mak...nak pergi menaiki public transport belum mahir lagi nak ke sana. Lepas ni nampak gaya perlu belajar la ya mak Tina:)


Masa ni dok minta nak warna bunga..tp kertas bentuk bunga dah abis..
Pantang nampak warna pasti teruja Tina


Sabtu, 1 Februari 2014

Merindui Musim Panas yang Indah di Bumi Sakura

Setelah hampir 6 bulan menetap di bumi Sakura ni saya dapat merasa 4 musim yang indah. Mula datang sini dalam hujung bulan 5 masuk ke bulan 6 dapat rasa sikit musim bunga waktu tu sampai Chubu Airport anginnya macam duduk dalam aircond kereta:)....

Bulan Jun mula rasa musim panas, musim panas di sini lagi panas daripada Malaysia. Masa solat juga tidak banyak beza dengan Malaysia cuma beza 1 jam lebih kurang. Musim ini juga mencabar kerana kita puasa dan raya dalam musim summer. Penduduk Jepun sangat suka dengan musim panas kerana mereka boleh mandi-manda di pantai dan sungai. Kami pun tidak melepaskan peluang pergi ke pantai semasa menziarah salah seorang sahabat UTeM yang belajar di Ehime.

tina yang suka main air laut


main pasir yang putih memang seronok


mandi sungai


upacara bbq ikan udang sedap