Jumaat, 2 Mei 2014

Shoku Pan-Roti Potong Pakej Seri Kaya

Assalamualaikum wrg wbrkt & Salam Sejahtera:)

Hari ini saya nak buat lagi roti potong cubaan kali ke 4

Ini gara-gara tina nak makan roti bakar dengan nuttella

Dulu pertama kali nak buat roti potong ni tak tahu nak pakai resepi siapa...

Saya tawakal jer tiru resipi daripada blog arenis.blogspot.jp

Alhamdulilah roti potong cubaan pertama saya menjadi lembut dan gebu

Cuma saya macam biasa suka durhaka resipi orang hihih..sebab blog diatas ada letak madu saya x letak pon..yang best dapat tips buat pelembut roti (water roux) sendiri...

Cubaan pertama dulu 

Bahan-bahan
500gram tepung roti
3 sudu kecil yis kering
2 sudu besar butter
2 sudu besar shortening -
1 sudu besar susu tepung - tak guna sebab tak der
2 sudu besar madu - tak guna pon ganti gula pasir je 2-3 sudu besar
250 ml susu segar atau air suam - guna susu pekat 50 ml dan 200 ml air
3 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil garam


Cara-caranya (bread maker je-main campak2 jer)

water roux

  1. Buat water roux (2 sudu tepung & 4 sudu air) masak sehingga kental dengan api perlahan 
  2. Masukkan garam, tepung, butter, shortening, water roux, gula, yis dan air susu dalam bread maker tefal no 1 pilih bakaran roti warna paling cerah ya 
  3. Biarkan bread meker menguli doh 
  4. Bila bread maker berbunyi bip tumbuk doh dan biarkan roti naik 2 kali ganda dan masak automatik 



Siap mudah jimat masa dan tenaga wahahah

Resipi Kaya Mudah




Bahan-bahan

10 sudu besar gula
1 cawan air
1/2 cawan susu cair-lau ada santan lagi sedap
2@3 biji kuning telur
2@3 sudu besar tepung kastard
daun pandan
secubit garam

Cara membuat

  1. Masak gula sehingga perang 
  2. Masukkan air & daun pandan 
  3. Bila mendidih masukkan susu cair masak sekejap 
  4. Matikan api biar sejuk 
  5. Masukkan kuning telur dan tepung kastard & garam 
  6. Masak sehingga pekat 
  7. Bila sejuk kaya akan lagi pekat 



selamat mencuba





Cubaan roti ke 4 turun sekali ganda mungkin kurang tepung dan yis abis huhuhu




Malam pon makan roti bakar:)

Khamis, 1 Mei 2014

Mee Kung Fu



Resipi Mee Kung Fu

Mee
1 bungkus mee kuning
3 biji telur

Kuah
3 ulas bawang putih di cincang
1/3 ekor Ayam potong kecil
1/2 cawan Daging hiris nipis
1/2 cawan Udang
1/2 cawan Sotong
5 biji Fish Ball
4 keping Taufu
Sawi
Lobak Merak
Tomato
Pucuk Jagung-tak letak sebab tiada stok hihih
Kobis bunga-tak letak sebab tiada stok hihih
Bronkoli-tak letak sebab tiada stok hihih
3 cawan air
Telur

Perisa
Gula
Garam
Stock Ayam
Sos ikan
Sos Tiram
1/2 sudu kecil lada sulah
1 1/2 sudu besar tepung jagung bansuh dengan air

Minyak untuk mengoreng

Cara Penyediaan

Mee
  1. Pukul telur hingga sebati, goreng mee sedikit-sedikit  
  2. Kemudian masukan telur ditengah mee dan goreng sehingga telur masak.
Kuah
  1. Masukkan 4 sudu besar minyak goreng bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukan ayam dan daging goreng sekejap.
  3. Masukkan sos ikan, sos tiram, ladah sulah stok ayam
  4. Masukkan air biarkan daging masak
  5. Masukkan udang sotong , taufu, fish ball dan sayuran 
  6. Masukkan perisa (Garam+gula)
  7. Masukan bancuhan air tepung jagung
  8. Masukkan telur kacau rata sehingga masak sekejap terus matikan api
Siap. Selamat Mencuba