Rabu, 14 Ogos 2013

Raya Aidilfitri pertama di perantauan.



Tahun 2013 ini adalah tahun pertama kami sekeluarga beraya jauh daripada keluarga, saudara mara dan rakan di Malaysia. Raya tahun ini disambut secara sederhana namun meriah dengan pelajar-pelajar lain yang belajar di Nagoya Jepun ini. Di sini kami seperti sebuah keluarga yang besar apabila berkumpul. Pengalaman membuat juadah seperti rendang, sambal, ketupat dan kuih raya secara sdn bhd membuatkan hati kadang-kadang sebak. 

Pengalaman Pertama Menetap di Negara Matahari Terbit

Bermula 1 Mei 2013 sehingga 5 Oktober 2016 bermulalah episod baru dalam perjalanan hidupku sebagai surirumah sepenuh masa. Jika sebelum ini aku perlu masuk kerja sebelum 8.00 pagi hingga kadang-kadang tak tahu jam berapa baru balik rumah. Sekarang sudah tidak perlu lagi. Aku dapat melihat pembesaran Tina selama 3 tahun di bumi Sakura ini. Semoga Allah melindungi aku sekeluarga yang musafir di bumi matahari terbit ini. Aminnn..