Selasa, 22 Julai 2014

Popiah Gulungan Cik Tina

Bento berbuka

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera

Lama dah tak buat popiah sejak dok Jepun ni..alasan tiada kulit popiah segera yang ada jual di sini. Kebiasaan kawan-kawan bawa stok kulit popiah ke Jepun ni. Kebetulan saya restock bahan-bahan buat kuih di Amika saya jumpa kulit popiah frozen.. jadi apa lagi borong la 4 bag hihihi..hampir sebulan menyimpan stok baru sekarang nak mempopih.

Simple anak dara saya tina bersemangat mahu menolong saya gulung popiah. Bolehlah kan kanak punya hasil..ada comel ada panjang;).. apa pon yang penting ada keinginan mahu menolong di dapur.





Resipi Popiah Mudah
3 ulas bawang putih dadu
1/2 labu bawang holand cincang
1 batang Lobak Merah potong seperti mancis
1/4 kubis cincang halus
1 Batang Timun potong seperti mancis
1 bungkus Taugeh
4 keping tauhu dihancurkan
1 sudu besar udang kering
1 bungkus isi ketam hancur
1 biji telur
1/2 cawan air
Garam
Gula
Minyak

Cara memasak
Tumis bawang dan udang kering
Masukkan sayur sayura keras dan diakhiri sayur lembut seperti taugeh
Masukkan tauhu dan isi ketam dan air kacau rata
Masukkan perasa
Akhir sekali masukan telur

Memasak inti popiah tidak memerlukan masa yang lama dalam 10/15 minit dah siap

Isnin, 21 Julai 2014

ODOJ-One Day One Juzuk masuk Berita Harian

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam ramadhan,

Sepanjang bulan Ramadhan ini kami warga Nagoya mengadakan aitiviti ODOJ untuk menambahkan amal ibadat di bulan yang banyak dengan tawaran pahala.

Aktiviti tadarus kami ini diadakan memgunakan medium Skype bagi memudahkan kami bertadarus walaupun tinggal berasingan tanpa perlu berkumpul      di satu tempat.

Aktiviti yang baik ini telah dihidu oleh wartawan Berita Harian. Artikel tentang manfaat teknologi, tadarus memerusi Skype ini telah keluar suratkhabar pada 15 Julai 2014 sempena Nuzul Al Quran.

Aktiviti kami di Nagoya Jepun sebelum dan selepas bulan Ramadhan adalah setiap minggu hari Rabu kaum muslimin dan Jumaat kaum muslimat akan mengadakan tadarus selepas magrib dengan pengisian belajar tajwid, bacaan tafsir dan perkongsian bagi mendalami Al-Quran.


Menjadikan Al-Quran bacaan harian dan sumber panduan kehidupan di dunia dan penolong di Akhirat nanti.

Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Ramadhan,

Menu berbuka puasa kami semalam asam pedas Melaka. Kebetulan saya sedang chat dengan kawan saya Noja yang dok Toyota tanya resepi asam pedas Melaka.

Encik suami pula tiba-tiba macam dapat baca pikiran isteri chat pasal asam pedas maka suruh saya masak asam pedas ikan.

Resepi asam pedas melaka 
3 ketul ikan
Bahan kisar
10 batang cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 ibu jari kunyit
1 ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
Sedikit belacan
2 sudu kecil garam ikut rasa masing-masing
1 sudu kecil gula ikut rasa masing-masing
Sedikit perisa-saya tak guna tu yang ganti gula:)
1-1 1/2 sudu besar pes asam jawa adabi
1-1 1/2 mangkuk air
1 batang serai ketuk
6 helai daun limau purut
3 batang daun kesum
8 batang bendi
8 biji baby tomato
4-5 sudu besar minyak


Cara masak
1. Tumis bahan kisar bersama belacan hingga garing.
2. Masukkan asam jawa, ikan dan bendi kacau rata
3. Masukkan air daun limau purut dan dau kesum.
4. Setelah mendidih masukan perasa dan tomato.
5. Setelah cukup rasa dan terbit minyak padam api.

Siap makan panas sedap..makan dengan roti canai pon sedap.

Vadee Pasar Malam

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam ramadhan,

Semalam petang terasa mahu makan vadee di pasar malam. Vadee antara kuih yang menjadi pilihan apabila belanja di pasar malam.

Resipinya sangat mudah dan ringkas

2 cawan kacang dhal (seeloknya rendam lebih 4jam,tapi saya nak cepat 2 jam 30minit je rendam)
2 sudu besar jintan manis
1/2 labu bawang holand dadu halus
3 ulas bawang putih dadu halus
3 batang cili kering potong halus
2 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu cukup rasa(tak letak pun tak apa)


Cara buat juga mudah
1. Kisar halus 1/2 kacang dhal
2. Satukan semua bahan dan gaul rata
3. Genggam kejap adunan semasa menggaul supaya bila goreng kacang di dalam lembut manakala kacang diluar garing
4. Kemudian mampatkan adunan kejap

5. Panaskan minyak dengan api sederhana.Pastikan minyak betul panas baru masukkan adunan dhal.
Bentukkan adunan dengan menggunakan sarung plastik supaya  mampat dan mudah untuk dimasukkan dalam kuali.
Masukkan maksimum 4 ketul adunan supaya minyak panas dapat menggoreng vadee dengan sekata dan sempurna.

Vadee dihidang dengan cili hijau sebagai ulaman memang sedap:)

Ahad, 20 Julai 2014

Kuih Abe Molek vs Che Mek Molek

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Misi menghabiskan bahan basah kerana kami akan pulang berhari raya pada tahun ini.

Kami akan pulang ke kampung halaman pada 25 Julai 2014 ini. Perasaan teruja dan terkejut apabila en suami tiba-tiba booking tiket flight balik Malaysia:)...terima kasih abang.

Hari ni suka juga sebab suami tolong siapkan buat kuah che mek molek:)))


Mudah je pon kuih ni

4 biji keledek rebus
Tepung gandum sikit
Tepung beras sikit
Tepung ubi sikit
Gula

Dengan adunan tersebut dapatlah 25 biji kuih abe molek hok alohh hihihi




Tina sampai tak tahan bau kuih ni katanya wongi hihhihi...kesian tina menahan lapar berpuasa hari ni kena berjalan cari cenderamata untuk bawa balik ke Malaysia...

Khamis, 17 Julai 2014

Onde Gula Melaka Warna Warni

Assalamualaikum wrh wbrkt &salam sejahtera,
Beberapa hari yang lalu saya telah dibantu oleh chef cilik tina menyediakan kuih onde-onde gula melala berwarna warni. Lama dah tina oder kuih ni sejak awal puasa, dah nak abis puasa baru sempat mengonde....




Muka girang selesai buat onde-onde

Main campak-campak je
Gentel tina jangan tak gentel


Inilah hasil air tangan chef chilik tina hahaha

Isnin, 14 Julai 2014

Majlis Iftar 1435H Pelajar Nagoya Universiti (MEDAI)

Gambar Keluarga

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Sabtu minggu lepas kami sekelurga telah menghadirkan diri ke Jamuan Iftar antara pelajar-pelajar Nagoya Universiti di Kaikan Sakurayama. Pelbagai juadah disediakan di sini disediakan oleh kami semua. Macam ada buka bazar ramadhan..tapi gambar juadah lupa pulak nak snap..

Seperti biasa kami mulakan degan jamuan ringan setelah masuk azan Magrib, kemudaian solat berjemaah. Acara makan berat disusuli seletah solat magrib. Sebelum jam 9 malam kami telah siap berkemas kerana peraturan menggunakan dewan di sini adalah sehingga jam 9 sahaja.

Setelah selesai makan dan anak-anak puas bermain kami bergambar dan pulang ke rumah masing-masing.
Foto Muslimat

Saya bersama anak Tina Chan
Kami bersama Arissa



Gambar Muslimat

Sebahagian Muslimat


Ahad, 13 Julai 2014

Cucur Badak untuk Majlis Iftar di Masjid Nagoya

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera

Minggu lepas kami warga Nagoya seperti tahun-tahun sebelum ini akan menyediakan juadah iftar untuk Masjid Nagoya. Tugas kami seperti biasa sediakan kuih muih, buah-buahan kurma dan air.

Tahun ini saya sedikan kuih cucur badak berbanding tahun lepas hanya cekodok pisang. Almaklumlakan baru pertama kali datang sini jadi hanya yakin buat adalah cekodok untuk kuantiti 150 biji hihihi...tahun ni up sikit skill buat cucur badak dengan 100biji sahaja..memandangkan di Jepun di kaya dengan hasil keledek maka ambil mood buat cucur badak yang manis hihihihi...

Jom lah tengok resipi saya

Saya beli 6 bungkus keledek tapi hanya gunakan 4 bungkus. Sebungkus keledek ada dalam 5-6 ketul keledek sederhana saiznya

Bahan Tepung
24 ketul keledek saiz sederhana
1-2 cawan tepung gandum
1/2-1 cawan tepung beras
2 sudu besar garam

Bahan kisar/Inti
2 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 ibu jari lengkuas
1/2 ibu jari halia
1/2 ibu jari kuntit
2 sudu besar udang kering tumbuk kasar
daun kunyit hiris halus
1/2 cawan air
sedikit minyak
Gula
Garam
Perisa


Penyediaan
Kisar semua bahan kecuali kelapa, udang, minyak dan perasa
Tumis bahan kisaran, setelah garing masukkan udang kering, kelapa parut dan air
Setelah sedikit kering masukan perasa

Rebus keledek dengan kulit dan garam
Setelah masak kupas kulit dan lenyek
letakkan tepung gandum dan tepung beras
Jangan risau jika adunan masih lembik, kita akan gunakan minya semasa membentuk cucur nanti

seperiuk adunan cucur badak

Cucur yang telah siap dibentuk

Cucur digoreng separuh masak sebelum disejukbeku


Cucur badak Frozen 

Siap untuk delivery

Sabtu, 12 Julai 2014

Majlis Hari Lahir Dyan Nur Qistina Yang ke-6

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Dok simpan gambar yang telah penuh dalam handphone ni tiba-tiba ada nampak gambar sambutan hari lahir anak saya Dyan Nur Qistina. 

Majlis Tina saya dan suami bergotong-royong masak soto dan laksam.  Kepenatan sampai lupa nak snap gambar  kedua-dua menu tu huhuhu...

Tina oder kek barbie ni dah lama..siap dia soh maknya tengok tutorial kat youtube cara penyediaan kek barbie ni....dalam proses buat kek ni saya sampai 6-7 kali buat adunan kek sebab setiap kek yang disediakan tidak menjadi...cubaan kedua terakhir barulah menjadi...almaklumlah sejak Tina tukar sekolah saya dah tak pernah baking, jika dulu tiap-tiap bulan saya perlu menyediakan Tina kek untuk sambutan birthday di Yochien jadi skill buat kek tu dapat diasah wahaha...selepas berbulan dah tak baking, kek yang biasa buat jadi luar biasa tak menjadi, bantat, merekah dan lain-lain lagilah kejadian yang tak diingini..penat tu tapi demi Tina saya berusaha juga la buat....sehingga jadi kek seperti di bawah

Kek Barbie

Tina potong kek bersama rakan-rakan

Tina suka purikyua
Adik Iman Irina

My lil Chef
Buat kek sendiri untuk sambut birthday




Moga cita-cita nak jadi Dr Gigi dimakbulkan

Doa untuk Tina
Moga Dyan Nur Qistina menjadi anak yang solehah, sihat, cerdik, baik hati suka menolong orang dan berjaya di dunia dan akhirat...Aminnnnnnn

Talam Berlauk Mewah Lauk

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Malam tadi ada Iftar bersama rakan Medai (pelajar Nagoya Universiti).
Bersungguh-sungguh saya dan suami menyediakan menu iftar.
Antaranya kari ikan, sambal belacan dan ulaman, tauhu goreng sambal kicap dan pencuci mulut talam berlauk.

Kari ikan


Tauhu Goreng sambal kicap dan ulam sambal belacan

Talam berlauk baru masak

Saya tidak pernah makan talam berlauk ni..jadi macam biasa gunakan khidmat pakcik google...saya berkenan dengan resepi daripada olahan CheAnn Sumber Hazlin & ChefAsma. 
Jom kita intai apa bahan untuk talam berlauk yang juga saya olahkan ikut apa yang ada di stor dapur saya.

Bahan tepung

220 gm tepung gandum
2 tbs tepung Hoen Kwee (saya ganti tepung jagung)
130 gm tepung beras
150 gm gula (lepas ni jika nak repeat buat kena kurang 1/2)
2 tsp garam (saya rasa 1 ke 1 1/2 sudu besar lg lemak talam ni)
3 biji telur
500 ml santan pekat (seeloknya guna santan kotak so talam nampak putih cantik)
1  liter air

Inti Atas
400g daging cincang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
3 sudu besar serbuk kari
1/2 cawan air
garam 
gula
perasa

Bahan taburan
Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi

Cara penyediaan



Inti
  1. Tumis bawang putih, merah dan halia
  2. Masukan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
  3. Setelah rempah garing masukkan daging cincang dang air
  4. masak sehingga kering







Tepung
  1. Kisar semua bahan dalam blender
  2. Tapis dan masak dalam kuali sehingga pekat
  3. Masukkan dalam loyang
  4. Taburkan inti dan sedikit bawang goreng, daun bawang dan cili padi
  5. Kukus 30 minit
  6. Biarkan sejuk baru potong


Setelah semalaman baru potongan nampak elok sikit
Terasa nak buat kole kacang pula tengok talam berlauk ni