Sabtu, 28 Jun 2014

Kuih Lopes Mudah

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,


Hari ni nak kongsi resipi kuih  lopes mudah...lau bulan  puasa makcik saya rajin bagi sedap  pulak tu....kat Nagoya ni saya cuba buat sendiri lopes tu walaupun tak sesedap lopes makcik saya tu..

Bahan
3 cawan beras pulut rendam semalaman dengan sedikit air kapur & warna hijau
1/2 cawan air pandan
1 1/2  cawan santan 
1 sudu teh garam ikut rasa masin masing2


1/2 cawan kelapa kering
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan air

Cara-Cara
  1. Beras pulut dikukus 20 minit
  2. Kemudian masukkan air pandan, santan garam kukus lagi 20-30 minit
  3. Setelah itu mampatkan dalam aluminium foil seperti buat lemang dan masuk dalam plastik ikat rebus 60 minit.
  4. Setelah sejuk potong dan masukkan ke dalam kelapa kering yang telah dikukus sebentar dengan garam dan air

#Tips 
Jika ada daun pisang tidak perlu kukus pulut. terus masukkan beras pulut dalam daun pisang ikat dengan tali rapia dan rebus 4jam.

Bahan Kuah
2 buku gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 1/2-2 cawan air
1/2 sudu teh garam
4 sudu teh kicap manis untuk hitamkan kuah
sedikit bancuhan tepung gandum/jagung untuk pekatkan kuah

Cara-cara
Masak gula melaka dan gula pasir dengan air garam
Tapis setelah gula cair
Masukkan kicap dan bancuhan tepung dan masak sehingga pekat


Mudah jer buat kuih ni cuba kena belajar lagi untuk dapatkan lopes yang padat dan kenyal macam kuih chang

Tengah berangan nak belajar buat kuih chang;)


Jumaat, 27 Jun 2014

Resipi Lokching dan sos manis pink


Misi menghabiskan stok ikan kecil sebab dah nak puasa minggu ni....

Pagi semalam buat lokching dan kepok lekor....


Bahan-bahan


1 bekas blender kecil ikan
1 sudu besar garam-agak2 nak masin mana
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh perisa
1/2 sudu teh lada sulah

300-400 gram tepung ubi
1/2 sudu besar baking powder
2-3 ketul ais hancur

Cara-cara 
  1. Semua bahan kisar kecuali tepung ubi
  2. Masukkan tepung ubi dengan ketulan ais hancur 
  3. Uli sebati dan buat doh bulat comel
  4. Rebus dalam air panas sehingga timbul
  5. Angkat dan masukkan dalam air berisi ais
  6. Setelah sejuk dan ditoskan cucuk pada lidi sate
  7. Bakar 






Sos manis pink

3 ulas bawang putih tumbuk/blender
3-4 sudu besar gula-agak2 nak manis mana ya
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perisa
1/2-1 cawan air
4 sudu besar bancuhan tepung ubi
sedikit warna merah
minyak sikit






Cara Masak
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan air dan bahan perasa
  3. Setelah menggelegak masukkan bancuhan tepung ubi dan biarkan pekat
  4. Setelah pekat matikan api
Sedap dimakan petang2 hihihi tapi dah tak sabar jadi makan sarapan.

Siapppp selamat mencuba:)

#Tips
  1. Masa nak gentel doh letak tepung kat tangan untuk mudah nak gentel yer:)

Boleh juga rujuk blog di bawah untuk rujukan

Mandi Sungai di Toyota

Hari sabtu lepas kami group family Medai telah mandi sungai di Toyota. Sungai sangat selasa untuk mandi-manda berkhemah dan bbq....


Kami sekeluarga sangat suka dan akan ke sini lagi jika nak mandi sungai:)







Ikan Bakar

Semangat 

Mandi Laut di Minamichita Aicho

Awal bulan Jun yang lalu kami warga Nagoya telah mengadakan program mandi laut sambil bbq di tepian pantai. Sungguh seronok kerana dapat mandi laut pada cuaca panas berangin sejuk ni hihihih
Makanan yang disediaan oleh adik kohai dan ibu2 Nagoya memang superbbb sedap:)

Walaupun hari sebelumnya terlah berlangsung perlawanan persahabatan antara pasangan suami isteri di sini...kami telah gigih picnic hihihi







Kambing ayam bakar bbq asran memang sedap
Tambah kapsyen
Tina, an naem, almira & arissa sebot
Tina yang suka





geng lelaki

pasangan rentung hihihihi

Kuih Seri Muka Umemoriso

Assalamualaikum wrh wbrkt & Selamat berhujung minggu:)

Sejak join tadarus setiap jumaat..maka ada jer kuih yang saya cuba buat.

Antaranya kuih abok2 dan seri muka



Abok2 kuih sgt mudah sagu mata ikan, kelapa kering, garam, gula melaka dan gula pasir sahaja.

Saya tak ada daun pisang di Jepun ni..guna aluminium foil 







tak cukup beras pulut;)

Seri muka ikut resipi encik http://hairul.com/blog/resepi-kuih-seri-muka-paling-mudah-dan-sedap/

Memang mudah dan sedap

Cuma saya tukar sikit tepung ubi 4 sudu besar dan 2 sudu tepung jagung
Santan juga saya kurangkan hihihi sebab tak cukup santan...tapi kuih tetap sedap dan menjadi😉

Jumaat, 13 Jun 2014

Kebab Homemade Umemoriso Nissin City

Assalamualaikum wrh wbrkt

Ohhhh rupanya ada draf yang belum update hihihi

Cerita pasal kebab homemade

Di Nagoya ni sebenarnya banyak je kedai yang jual makan halal salah satunya kedai makan Turkish

Kami selalu juga la pi makan di Anadoulu Sakae. Memang sedap, tina n ayah suka la makan. 

Di kedai jual bahan basah Zafar ada juga jual roti kebab ni.

Maka suami rajin buat stok, untuk makanan kami sekeluarga. Jika pergi picnic ini antara menu pilihan kami sebab mudah nak buat.



Bahan-bahan
Roti kebab dikukus dan digrill
Salad-hiris halus
Bawang-hiris halus
Tomato-hiris halus

Bahan perapan
3 ketul Ayam boneless
3 sudu besar madu
1 sudu besar mix herb
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu besar paprika
2 sudu sos tiram
2 sudu besar sos tomato

Cara-cara
1. Ayam dicucindan dikeringkan dengan kicthen tissue
2. Campurkan semua bahan gaul rata
3. Perap semalaman/2-3 jam jika tak sempat
4. Bakar 60 minit pada suhu 200-210 darjah
5. Siap masak cincang kecil

Sos
Thousand islands dressing-Mayonis campur paprika sos tomato sikit gula dan lemon kacau rata masuk dalam botol yang mudah untuk dipam pada kebab
Mayonis
Sos tomato

Penyediaan
1.Roti kebab potong 2
2. Masukkan daging ayam yang telah di bakar berselang seli dengan sayuran @ sayur terus dicampur ayam dan digaul dengan dressing thousand island
3. Dressing atas kebab sos thousand island, mayonis dan sos tomato/sos cili

Siap mudahkan...😉

Selamat mencuba


Bahulu Nagoya

Assalamualaikum wrh wbrtk

Berjumpa lg setelah lama bersawang hihihi

Kali ni dengan resipi bahulu Nagoya hihih

Bahan-bahan
60biji lebih kurang guna acuan tokoyaki

5biji telur
200g gula
150-200g tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
1.Pukul telur dan gula sehingga kembang
2. Masukkkan tepung dan baking powder yangbtelah diayak
3. Masukkan esen vanila
4. Bakar pada suhu 170 darjah dalam masa 20-30 minit ikut oven masing2

Siap lama dah tidak membahulu...dulu masa kecil selalu buat bahulu dengan arwah atok...al fatihah atok love u so much n miss u