Memaparkan catatan dengan label Masakan Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan Melayu. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2015

Nasi Kerabu

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,


Ini kali ke-2 suami buat nasi kerabu. Saya tolong sikit jer masak nasi ni. Anak saya Tina pun suka sangat makan nasi ni lawan sambal kelapa tu. Resepi ni saya tanya En Suami dia yang masak sambal2 tu. Tugas simple saya yang buat. Katanya dia rujuk resepi daripada blog kak Gee.

Resipi:-
Nasi
2 cawan beras siam direndam kejap
2 1/2 cawan air 
1/2 sudu teh warna biru
5 helai daun limau

Nasi guna rice cooker sahaja 

Sambal gulai:-
Bahan kisar
15 batang cili kering
1 biji bawang holand
1/2 labu bawang putih

1 tin santan
1/2 cawan air
1 keping asam gelugor
3 sudu gula melaka
1 sudu besar gula pasir ikut selera
5 sudu besar budu
1 sudu teh garam ikut selera masing2
1 batang serai ketuk

Minyak untuk tumis

Panaskan minyak dan tumis serai setelah naik bau masukkan bahan kisar.
Masak sehingga garing kemudian masukkan air dan santan.
Setelah pekat dan pecah minyak masuk budu, perasa dan asam gelugor.

Sambal kelapa:-

2 cawan kelapa parut goreng sehingga coklat

Bahan tumbuk:-
2 ekor ikan aji/kembung (lumur garam dan bakar,kemudian buang tulang)
1/2 ibu jari halia
2 batang serai
1/2 biji bawang holand
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam

Masukkan bahan tumbuk yang telah halus dalam kelapa goreng tadi dan masak sehingga kering.

Sambal cili:-
5-10 biji cili padi
Garam
Gula
Cuka

Tumbuk sehingga hancur

Ulaman:-
Dipotong halus
Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang buncis/panjang
Timun
Taugeh

Lauk lain
Daging salai (lumur garam& kunyit serbuk,kemudian bakar)
Ikan goreng
Ayam goreng
Keropok ikan

Ada solok lada dan telur asin lagi sedap hihihi



Ahad, 26 April 2015

Nasi Kunyit

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Hari ni bentou(bekal) anak & suami nasi kunyit.


Bahan Nasi Kunyit
2 1/2 cawan beras cuci & rendam 1/2 jam ada basmathi lagi sedap (sukatan air jika basmathi 1:1)
1/2 cawan susu cair
3 cawan air
1 helai daun pandan

Hirisan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 /3 ibu jari halia
Rempah lima 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
2/3 teh serbuk kunyit
2 sudu Minyak
1 sudu marjerin sebab saya tiada minyak sapi

Cara masak
  1. Panaskan minyak & marjerin.
  2. Tumis rempah, bawang,halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan daun pandan dan serbuk kunyit.
  4. Masukkan beras kacau rata dan masukan susu cair dan air.
  5. Setelah itu boleh masukkan dalam rice-cooker dan biarkan masak.
Salad
Timun
Lobak merah
Jagung
Garam
Gula
Jus lemon
  1. Hiris sayuran bentuk kiub.
  2. Campur gula, garam dan jus lemon dan simpan dalam peti ais.
Ayam Goreng Rempah
1/2 ayam kerat sederhana besar
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Daun kari
Minyak

Caranya:-
  1. Campurkan semua bahan dan biarkan seketika.
  2. Goreng daun kari dan masukkan ayam.
  3. Goreng sehingga masak.
Kari telur
3 biji telur yang telah direbus
Rempah tumis 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
Hiris
Bawang merah
Bawang putih
Halia
3 sudu Rempah kari
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 batang serai titik
1 hiris lengkus titik
daun kari
1/2 asam keping
2-3 sudu minyak untuk tumis
Garam
Gula

Caranya:-
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, serai, lengkus dan daun kari dan bahan hirisan. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan pes kari setelah garing masukkan telur, susu cair & air
  3. Apabila kari semakin pekat masukkan perasa dan asam keping


Siap sedia untuk dimakan.:)



Khamis, 22 Januari 2015

Soto Wak Ody

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,







Hujung minggu sudah En Suami nak makan soto.

Dapat suami tahu masak...jadi isteri jadi pembantu chef jer lah....usik situ sikit sana sikit..yang lain Chef Ody yang buat hihihi..



Jamuan Soto

Makanan Sampingan

Sempat buat jamuan ringkas di rumah. Makan bersama kawan-kawan tentunya seronok. Kebetulan Tina asyik menyebut nak pergi rumah kak Almira dan Arissa..kita bawa kawan-kawan Tina ke rumah baru seronok main sama-sama.

Jarang sempat snap gambar bila buat jamuan sebab selalu lupa. Kali ni ada peluang snap beberapa gambar.





Isnin, 21 Julai 2014

Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Ramadhan,

Menu berbuka puasa kami semalam asam pedas Melaka. Kebetulan saya sedang chat dengan kawan saya Noja yang dok Toyota tanya resepi asam pedas Melaka.

Encik suami pula tiba-tiba macam dapat baca pikiran isteri chat pasal asam pedas maka suruh saya masak asam pedas ikan.

Resepi asam pedas melaka 
3 ketul ikan
Bahan kisar
10 batang cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 ibu jari kunyit
1 ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
Sedikit belacan
2 sudu kecil garam ikut rasa masing-masing
1 sudu kecil gula ikut rasa masing-masing
Sedikit perisa-saya tak guna tu yang ganti gula:)
1-1 1/2 sudu besar pes asam jawa adabi
1-1 1/2 mangkuk air
1 batang serai ketuk
6 helai daun limau purut
3 batang daun kesum
8 batang bendi
8 biji baby tomato
4-5 sudu besar minyak


Cara masak
1. Tumis bahan kisar bersama belacan hingga garing.
2. Masukkan asam jawa, ikan dan bendi kacau rata
3. Masukkan air daun limau purut dan dau kesum.
4. Setelah mendidih masukan perasa dan tomato.
5. Setelah cukup rasa dan terbit minyak padam api.

Siap makan panas sedap..makan dengan roti canai pon sedap.

Jumaat, 7 Februari 2014

Asam Rebus Ikan Sardin


Bahan-Bahan

1 tin sardin
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar bawang besar blender
1/4 sudu besar kunyit blender
sedikit belacan
2-3 keping asam keping
1 bungkus campuran tahu kering dan soo hoon direndam
Garam
Gula
Perisa

Cara-Cara

  1. Panaskan air dalam periuk kecik/sedang.
  2. masukkan cili,bawang, kunyit dan belacan
  3. Setelah mendidih masukkan sardin, tahu kering, soo hoon dan asam keping
  4. Akhir sekali masukan perasa garam,gula dan (ajinamota jika suka)


Siap...senang je kurang 30minit kot dah siap

Tips-Jika nak lagi sedap tambahkan hirisan bawang besar, halia dan cili padi mmg lg best....

Rabu, 29 Januari 2014

Udang Galah Goreng Butter

Ermm malam2 di bumi nihon teringat pulak udang galah goreng butter yang pernah saya masak.

Kali bertama berjaya membuat serpihan telur yang bertali walaupun stok telur waktu tu tinggal sebiji.

Resipi Udang Galah Goreng Butter

Bahan-Bahan:

20 ekor udang galah
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum

3-4 ulas bawang putih cincang halus
1/2 labu bawang holand potong dadu
5 biji cili padi
1/2 biji jus lemon
1 senduk santan/susu cair
2-3 sudu besar buter
1/2 sudu kecil serbuk kari
2 tangkai daun kari

2 biji kuning telur dipukul rata
1-2 sudu butter

Perisa
Garam
Gula
Cukup rasa

Penyediaan

1. Panaskan butter goreng telur kuning dengan cara tuang telur tinggi ke dalam kuali dan kacau dengan senduk sehingga bertali dan masak.

2. Goreng  1/2 masak udang bersama tepung2 yang telah disatukan.

3. Panaskan butter goreng bawang putih dan bawang holand sehingga naik bau.

4. Masukan daun kari dan  cili padi, serbuk kari dan udang

5. Masukan santan/susu cair dan jus lemon

6. Akhir sekali masukan perisa

Sangat mudah lebih kurang 15-30 minit dah siap masak.

Selamat mencuba.