Isnin, 22 Jun 2015

Disneyland Tokyo

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

5 Jun 2015- Kami sekeluarga adik beradik bergembira di Disneyland Tokyo. Anak-anak paling gembira sebab dapat main pelbagai mainan di sana. Seawal sebelum pukul 9 pagi kami telah sampai untuk membeli tiket masuk. Tiket masuk 6900yen dewasa dan 4500yen untuk kanak-kanak 4-11tahun. Kami berada disana sehingga jam 9malam untuk lihat Once Upon a Time (bunyi & cahaya).













Ahad, 21 Jun 2015

Nasi Kerabu

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,


Ini kali ke-2 suami buat nasi kerabu. Saya tolong sikit jer masak nasi ni. Anak saya Tina pun suka sangat makan nasi ni lawan sambal kelapa tu. Resepi ni saya tanya En Suami dia yang masak sambal2 tu. Tugas simple saya yang buat. Katanya dia rujuk resepi daripada blog kak Gee.

Resipi:-
Nasi
2 cawan beras siam direndam kejap
2 1/2 cawan air 
1/2 sudu teh warna biru
5 helai daun limau

Nasi guna rice cooker sahaja 

Sambal gulai:-
Bahan kisar
15 batang cili kering
1 biji bawang holand
1/2 labu bawang putih

1 tin santan
1/2 cawan air
1 keping asam gelugor
3 sudu gula melaka
1 sudu besar gula pasir ikut selera
5 sudu besar budu
1 sudu teh garam ikut selera masing2
1 batang serai ketuk

Minyak untuk tumis

Panaskan minyak dan tumis serai setelah naik bau masukkan bahan kisar.
Masak sehingga garing kemudian masukkan air dan santan.
Setelah pekat dan pecah minyak masuk budu, perasa dan asam gelugor.

Sambal kelapa:-

2 cawan kelapa parut goreng sehingga coklat

Bahan tumbuk:-
2 ekor ikan aji/kembung (lumur garam dan bakar,kemudian buang tulang)
1/2 ibu jari halia
2 batang serai
1/2 biji bawang holand
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam

Masukkan bahan tumbuk yang telah halus dalam kelapa goreng tadi dan masak sehingga kering.

Sambal cili:-
5-10 biji cili padi
Garam
Gula
Cuka

Tumbuk sehingga hancur

Ulaman:-
Dipotong halus
Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang buncis/panjang
Timun
Taugeh

Lauk lain
Daging salai (lumur garam& kunyit serbuk,kemudian bakar)
Ikan goreng
Ayam goreng
Keropok ikan

Ada solok lada dan telur asin lagi sedap hihihi



Selasa, 9 Jun 2015

Sambutan Hari Lahir Tina yang Ke-7

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Ulang tahun kelahiran Tina tahu ni sangat bermakna kerana maksu, mak ngah sekeluarga datang bercuti di Nagoya. Kami sambut hari lahir Tina yang ke-7 bersama hari lahir mak ngah Aiti & pak ngah Ayie.

Sambutan secara sederhana sahaja tahun ini sebab ayah Tina sibuk dengan urusan belajar, jadi buat majlis potong kek sahaja.

Semangat Baking

Kek Gula Colorful

Tina Deco kek 



Kek Hasil Tangan Tina

Adik Irfan
Adik Teha

Adik Haziq

Alhamdulilah doa Tina nak maksu & makngah datang Jepun dimakbulkan pada tahun ini. Moga doa Tina yang lain dimakbulkan juga.

Ucapan hari lahir untuk Dyan Nur Qistina Binti Mohd Rody:-
Moga Allah merahmati, berkati dan lindungi menjadi anak yang Solehah penyejuk mata dan hati mak ayah.
Semoga Allah memberikan kesihatan berkekalan.
Semoga Tina boleh membaca, faham, dan hafal Al-Quran dengan mudah.
Menjadi anak yang cerdik dan menjadi contoh terbaik kepada agama, bangsa dan negara. Aminnnn. Insya-Allah:)