Jumaat, 29 Mei 2015

Kek Carot Lembut dengan Krim Cheese Leleh



Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Semalam hari lahir en suami..terpikir nak buat kek..tapi en suami tak suka makan kuih muih manis. Kebetulan ada tadarus setiap Jumaat malam Sabtu. Saya hanya membuat separuh adunan sahaja. Gunakan resipi daripada blog aziejaya.

Saya suka rasa kek carot macam ni ada rasa lembut, kekacang walnut & kismis. Rasa makan kek Secret Recipe pulak.

Cuma saya tidak berjaya buat cream cheese frosting. Krim saya jadi cheese leleh gitu sebab terlebih bahan cair. 

Lepas ni jika teringin buat cheese kek akan gunakan resipi ni:)


Kek Karot Nana Ain
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung (guna minyak bunga sahaja,tiada stok minyak jagung)
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Cara cara
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
2.Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3. Masukkan karot, walnut dan kismis.
4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
5. Sapukan cream cheese apabila telah sejuk. 


Krim Cheese Leleh


Kek yang dah siap bakar

Kek Sebelum Bakar



Selasa, 26 Mei 2015

Lepat Pisang


Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Hari ini tekak teragak nak makan lepat pisang...tetapi lepat pisang ni versi orang ada diabetes pulak hihihui.....kurang gula...sesuai untuk bento Tina ke sekolah pagi tadi.

Bahan
2 biji pisang size sederhana dilenyek
1 sudu santan pekat dalam tin
2/3 cawan air
5 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung beras
2 sudu kelapa kering
2 sudu kecil gula
1/3 sudu garam

Daun pisang dilayurkan

Cara membuat
Campurkan semua bahan dan buat seperti adunan cekodok pisang.
Masukkan kedalam dalam pisang 1-2 sudu besar.
Lipat daun pisang dan susun dalam periuk kukus.
Kukus selama 25minit atau sehingga masak.

Sebelum dikukus

Mudah sahaja buat lepat, jika di Malaysia kami beli sahaja.:)

Suami Tak Suka makan kuih manis-saya makan sorang tu huhuhu

Bento Tina



Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,



Lama dah tak update resipi di blog. Sibuk update pic bento Tina Chan& ayah dalam mukabuku sahaja.

Semalam buat bentou untuk tadarus ayah. Kek sarang semut tapi tak bersarang sangat sebab salah teknik tak pukul telur sehingga kembang hanya kacau rata sahaja.

Hari ni tengok balik youtube ada guna resipi sama macam resipi Masam Manis.

Bahan
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega cair
1/3 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonata
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur

Cara
Goreng gula sehingga coklat dengan api sederhana.
Setelah gula cair&coklat bukan hangus  ya, curah air panas dan kacau sehinnga larut. Matikan api dan sejukkan air gula pada suhu bilik.
Cairkan mentega dan biarkan pada suhu bilik.
Telur pada suhu bilik dipukul sehingga kembang bersama esen vanila
Setelah kembang masukkan susu pekat.
Kemudian masukkan mentega cair dan tepung gandum yang telah di ayak dengan soda bikarbonat.
Akhir sekali masukkan air gula kacau sebati.
Peram 3-5 jam kemudian bakar pada suhu 170 darjah selama 45minit. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu selama 15 minit.