Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2014

Bola Sepak di Toyama Jepun

Assalamualaikum Wrh Wbrkt & Salam Sejahtera,

Majulah sukan untuk Negara

Rombongan rakyat Malaysia ke Toyama Universiti pada 1 November 2014

Tahniah kepada Ajak kerana menjadi pemain bola sepak harapan....




Tu dia pasukan Nagoya baju putih


Ibu2 dan adik2 daripada Nagoya jadi pom pom girl hihihi

Kuih Muih Jualan My


Selfie
Penyokong Cilik


Isnin, 6 Oktober 2014

Seminggu Pakwe & Makwe Tina di Jepun

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Setelah hampir sebulan setengah balik beraya di Malaysia. Masa dinantikan adalah kembali semula ke sarang kami di Umemoriso, Nagoya Aichi Jepun. Balik kali ini rasa seronok pertama kali balik sendiri tanpa suami tapi dibawa bersama pakwe dan makwe Tina Chan.

Makwe dan pakwe Tina memang selalu bila facetime dengan kami asyik aja menyebut nak datang jalan Jepun. Makanya kami merealisasikan harapan untuk tengok dan berjalan-jalan di Jepun.

8/09/2014- sampai ke Nagoya Jepun
Pakwe sampai ke Hutan Buluh Kyoto
Mood Jepun mari



Singgah Tengok rusa di Nara
Alhamdulilah sampai akhirnya makwe Tina ke sarang kami:)
Misi Jalan2 cari makan


Briani sedap kata Pakwe nanti bole datang Jepun lagi 

Singgah Noritake Garden
Ajak pakwe makwe shopping

15/09/2014-Masa untuk pulang ke Malaysia


Secara keseluruhan makwe pakwe kata makanan seperti buah-buahan anggur, buah pisang kaki, jagung keledek Jepun segar sedap manis. Makanan laut ikan saba, ketam dan lain-lain sedap.

Buah-buahan sempat juga dibawa pulang ke Malaysia untuk dirasakan anak cucu dan sedara-mara.
Insya-Allah ada rezeki lagi nanti sampai lagi la pakwe dan makwe ke Jepun. Walaupun seminggu dok sini macam-macam dapat tengok dan rasa:)

Nota: Pakwe & makwe adalah panggilan datuk dan nenek untuk negeri Melaka. Saya juga memanggil arwah atok nenek dengan panggilan tersebut. Al-Fatihah.

Ahad, 2 Februari 2014

Nagoya honjin

Aktiviti kami setiap hari Sabtu jika ayah free adalah menghantar tina mengaji di Masjid Nagoya. Di sini pelbagai aktiviti kanak akan dilakukan selepas sesi mengaji. Antaranya adalah mewarna bertaaruf buat seni origami dll.

Tina memang suka sangat datang sini. Jika kami tidak ke sini pasti Tina akan bertanya kenapa kita tak ke masjid mak? Bila kita nak ke sana mak?...jd ayah la jadi mangsa gegauan mak...nak pergi menaiki public transport belum mahir lagi nak ke sana. Lepas ni nampak gaya perlu belajar la ya mak Tina:)


Masa ni dok minta nak warna bunga..tp kertas bentuk bunga dah abis..
Pantang nampak warna pasti teruja Tina


Rabu, 29 Januari 2014

Window shopping Outlet Nagashima

Hari Ahad yang lepas selepas puas cari epal hijau dan Oren di Gyomu.




Saya telah mengajak suami untuk cuci mata manalah tahu ada sales di Outlet Nagashima. Rancangan asal saya nak g Toki Outlet sebab belum pernah menjejakkan kaki di sana. Tapi en suami kata jauh sangat huwahaha..

Banyak sungguh branded item di sini

Sales paling berbaloi
Kanak2 riang dapat hirup udara sejuk

Big bear

Rambang betul mata kami. Serius saya sampai termuntah tengok banyak barang sales. Tetapi memandangkan jutaan yen tiada maka cuci mata jer le.

Tapi en suami sempat belilan kami anak beranak kasut Crocs yg berharga lebih kurang duit RM 30-RM 50 je.. Alahai best nye....

Ok la sampai di sini sahaja. Opsss sebelum terlupa yg best nye Nagashima Outlet ni ada Theme Park..mmg happening..
Gaint roller coster

Rasa nak terkeluar jantungku

Ahad, 8 Disember 2013

Noritake Garden

Bersiar di Noritake Garden


Sabtu minggu yang lepas kami sekeluarga telah berjumpa dengan salah seorang staf UTeM yang akan melanjutkan sabatikal di Nagoya. Jadi aktiviti kami sekeluarga hari tu sangat padat daripada pagi jejak ke malam. Lokasi pertama menjemput PM Ir Talib dari Hotel Wing International Nagoya.

Sebelum kita sampai ke hotel, dapat la bergambar ala2 citer Autumn in my Heart

Rasa mcm baru je kawin..wekk!!!
My heart n my soul

Singgah solat Zohor dulu di Masjid Nagoya selepas makan sarapan merangkap tengahari di Turkish Taste Nagoya



Sesi posing jer kat Noritake Garden..errmm cuci2 mata jer la sbb mahal. Next time kami datang lagi jika berhajat nak membeli:)


Tina suka train ni
Honeymoon naik kereta rusa:)
British style bangunan ni
Rusa ni tina siap nak naik lagi huhuh
Seronok betul tina dapat bergambar dengan omiyagi
 Pintu Noritake Garden Shop

Lepas Asar kami kembali lagi ke Masjid Nagoya untuk menghantar Tina mengaji. Tina sudah beberapa kali mengajak maknya ke sini untuk belajar mengaji. Baru kali ni dimakbulkan permintaannya. Almaklumlakan ayah dan mak tina setiap hujung minggu banyak bebeno aktivitinya.

Tina & Tomodachi





Makan popcorn



Selesai mengaji ada kudapan petang. Seronok betul Tina. Next time kita datang lagi Insya-Allah.





Sabtu, 30 November 2013

KuraZushi vs Sushiro



Pengalaman menikmati sushi di Nagoya.

Sepanjang 6 bulan yang telah berlalu, tina bersama mak telah menikmati sushi di 2 buah kedai yang bebeza dengan harga yang sangat bebaloi 105yen sepinggan. Kedai sushi yang menjadi kegemaran kami adalah Sushiro 


Pelbagai jenis sushi yang disediakan yang mejadi kegemaran kami adalag ab, maguro, salmon dan tidak ketinggalan corn roll sushi jadi kegemaran tina


Kedai kedua adalah Kurazushi


Kedai ini tina paling sukalah sebab dapat token tamago jika mengemas pinggan setelah selesai makan

Khamis, 28 November 2013

Picnic di Shinrin Koen

Enjoy di Taman Nan Hijau

Pada 6 Nov 2013 yang lalu Tina dan maknya menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Umemorizaka Yochien. Kami bersama anak-anak dan ibu-ibu Nihon menaiki sebanyak 3 buah bus ke taman Shinrin Koen yang sangat luas dan menghijau. Di sana pelbagai aktiviti bebas yang dilakukan oleh anak-anak bersama ibu masing-masing. Ibu-ibu juga tidak ketinggalan dapat beramah mesra dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Tina yang sangat happy dapat berjalan di taman



geng ibu-ibu nihon yang sabar menunggu bus bersama anak masing-masing


Seluas saujana mata yang memandang


berkejar-kejaran bersama Jun Kun San


Dah lapar apa lagi makan homemade onigiri 


Yang best Tina main lungsur bersama pengetua. Sangat enjoy!!!