Memaparkan catatan dengan label Musim Panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Musim Panas. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2014

Makan Mee Sungai semasa Sesi Ziarah di Ehime

Cuti Golden week musim panas  yang lalu telah jatuh pada Hari Raya Aidilfitri. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang menziarah kawan UTeM yang ada di Ehime pelbagai aktiviti musim panas kami lakukan bersama antaranya adalah menghayati mee sungai yang simple dan enak.

Antara bahan pelengkap mee sungai

laju tu mee sungai mengalir

siap berebut nak dapatkan mee nak makan

Ada juga sesi memancing ikan di kolam. Ikan yang dipancing akan dibakar dengan garam. Jadi kami makan bergaram je lah. En suami berjaya memancing ikan hampir lebih daripada 6 ekor. Masa tu rasa teruja sebab tak pernah tengok dia tunjuk bakat memancing..sekejapan je ikan tu makan upan en Mat Rod..hihihihi
Aktivit tambahan memancing

Sang Juara Pancing



Sabtu, 1 Februari 2014

Merindui Musim Panas yang Indah di Bumi Sakura

Setelah hampir 6 bulan menetap di bumi Sakura ni saya dapat merasa 4 musim yang indah. Mula datang sini dalam hujung bulan 5 masuk ke bulan 6 dapat rasa sikit musim bunga waktu tu sampai Chubu Airport anginnya macam duduk dalam aircond kereta:)....

Bulan Jun mula rasa musim panas, musim panas di sini lagi panas daripada Malaysia. Masa solat juga tidak banyak beza dengan Malaysia cuma beza 1 jam lebih kurang. Musim ini juga mencabar kerana kita puasa dan raya dalam musim summer. Penduduk Jepun sangat suka dengan musim panas kerana mereka boleh mandi-manda di pantai dan sungai. Kami pun tidak melepaskan peluang pergi ke pantai semasa menziarah salah seorang sahabat UTeM yang belajar di Ehime.

tina yang suka main air laut


main pasir yang putih memang seronok


mandi sungai


upacara bbq ikan udang sedap