Jumaat, 31 Januari 2014

Ayam panggang mix herb

Akibat malas nak masak malam tadi saya hanya sediakan ayam panggang mix herb je untuk mengalas perut. Paling tak tahan suami bawa balik bento Anadoulu untuk saya, ayam grill juga cuma ada tambahan nasi la..memang kegemaran kami makan makanan turkish di sini..doner kebab dan lain-lain






Resipi mudah jer ikut hati campak-campak jer

Bahan-bahan

3 Peha Ayam
2 biji Kentang potong 4
1 batang Lobak Merah  
10 biji baby Tomato
1 biji Bawang Holand potong 4
5 ulas Bawang putih ketuk
Mix herb
Gula perang
Garam
butter
Olive oil

Sos cendawan
3 ulas Bawang putih dadu
1/2 labu Bawang holand dadu
10 biji Cendawan butang dihiris
1/2 cawan Susu
Black Pepper
Garam 
Gula
Stok Ayam 

Cara Penyediaan

  1. Campur kesemua bahan ayam kecuali butter. Perap 2-3 jam. Jika semalaman lagi sedap.
  2. Letakkan buter dan bakar ayam suhu 180-200 darjah selama 45-60 minit.

Sos

  1. Panaskan Butter, masukkan bawang putih dan bawang holand kemudian cendawan
  2. Setelah bawang dan cendawan layu masukan black papper dan susu.
  3. Setelah itu blander bahan sos tadi hingga hancur
  4. Masak semula laraskan kepekatan dengan tambah butter.
  5. Masukkan perisa-garam gula dan stok ayam jika ada







Pagi ini pon sarapan ayam grill juga baki malam tadi. Tp pg ni punya lg sedap sebab perap semalaman:)

Khamis, 30 Januari 2014

Syling oh syiling


Dalam longgokkan duit syiling yen ni tiba2 tersesat duit Malaysia hihihi..saja jer pun bukan boleh gun a pon masa shopping di suppa. 

Minggu ni saya saja minta duit koin daripada suami, kebiasaan dia suka bagi duit kertas untuk belanja. Saya kan suka duit syiling jika dpt 500yen boleh ajar tina masuk tabung. Tidak pon saya yang suka masuk tabung hihihi..

Jiwa kanak2 yang tebal pantang tengok tabung.


Tina punya tabung kat Malaysia pon da berapa bnyk...yang terkilan tabung haji punya tabung staf tabung haji pecahkan tapi tidak ganti pon huhuhu sob2... Sob...hilang 1 koleksi tabung tina bersama mak.


Rabu, 29 Januari 2014

Yaya Abit Stitch

Makin lama makin ramai pulak kawan-kawan tina..lau nak tidur bersusun, aya abit dan stitch huhuhuhu....Si Yaya sampai naik kepam dibuatnya telinga hilang dan bontot berlubang.

Mimum susu sambil menggentel yaya...

Maksu tina siap nak kirim stitch yang besar bagak...tengok ler nnt tina carikan..rasa mcm ada jumpa skali kat Treasure Bomb


Omiyagi(Cenderamata) Malaysia kara kimashita

Alhamdulilah rezeki mencurah-curah. Kawan bagi cenderamata daripada Malaysia. Masa mula datang Nagoya dulu, beria-ia kami membawa stok makanan segera ini.Tetapi sekarang tidak lagi sebab di NAgoya ni pon saya rasa teragak nak makan rendang ke asam pedas ke kuah kacang ke..semua buat sendiri. Janji bahan asas seperti cili dan bawang ada.

Ayam daging pula tidak perlu risau di sini ada beberapa kedai yang menjual produk halal.


p/s:terima kasih daun keladi. saya malu dapat lg huhuhuhu. banyak kali betul membe saya ni bg omiyagi naik segan saya

Window shopping Outlet Nagashima

Hari Ahad yang lepas selepas puas cari epal hijau dan Oren di Gyomu.




Saya telah mengajak suami untuk cuci mata manalah tahu ada sales di Outlet Nagashima. Rancangan asal saya nak g Toki Outlet sebab belum pernah menjejakkan kaki di sana. Tapi en suami kata jauh sangat huwahaha..

Banyak sungguh branded item di sini

Sales paling berbaloi
Kanak2 riang dapat hirup udara sejuk

Big bear

Rambang betul mata kami. Serius saya sampai termuntah tengok banyak barang sales. Tetapi memandangkan jutaan yen tiada maka cuci mata jer le.

Tapi en suami sempat belilan kami anak beranak kasut Crocs yg berharga lebih kurang duit RM 30-RM 50 je.. Alahai best nye....

Ok la sampai di sini sahaja. Opsss sebelum terlupa yg best nye Nagashima Outlet ni ada Theme Park..mmg happening..
Gaint roller coster

Rasa nak terkeluar jantungku

Udang Galah Goreng Butter

Ermm malam2 di bumi nihon teringat pulak udang galah goreng butter yang pernah saya masak.

Kali bertama berjaya membuat serpihan telur yang bertali walaupun stok telur waktu tu tinggal sebiji.

Resipi Udang Galah Goreng Butter

Bahan-Bahan:

20 ekor udang galah
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum

3-4 ulas bawang putih cincang halus
1/2 labu bawang holand potong dadu
5 biji cili padi
1/2 biji jus lemon
1 senduk santan/susu cair
2-3 sudu besar buter
1/2 sudu kecil serbuk kari
2 tangkai daun kari

2 biji kuning telur dipukul rata
1-2 sudu butter

Perisa
Garam
Gula
Cukup rasa

Penyediaan

1. Panaskan butter goreng telur kuning dengan cara tuang telur tinggi ke dalam kuali dan kacau dengan senduk sehingga bertali dan masak.

2. Goreng  1/2 masak udang bersama tepung2 yang telah disatukan.

3. Panaskan butter goreng bawang putih dan bawang holand sehingga naik bau.

4. Masukan daun kari dan  cili padi, serbuk kari dan udang

5. Masukan santan/susu cair dan jus lemon

6. Akhir sekali masukan perisa

Sangat mudah lebih kurang 15-30 minit dah siap masak.

Selamat mencuba.




Jumaat, 24 Januari 2014

International Cooking Classes- Sup Cendawan Winter

Resipi Sup Cendawan Winter


Bahan-bahan

1/2 batang lobak putih disagat halus
3-4 cekak mizuna dipotong 2cm
2-3 bungkus cendawan inoki dikerat 2/3
1 sachet dashi bonito (fishflake)
2-3 cawan air

Perasa
Gula
Soyu

Cara Penyediaan

1. Rebus cendawan inoki bersama sachet dashi bonito sehigga lembut.
2. Masukkan mizuna, parutan lobak putih yang telah ditoskan airnya.
3. Buang sachet dashi, masukan perasa gula dan soyu ikut seimbang rasa masin dan manis:)


Mizuna





Selamat mencuba

Khamis, 23 Januari 2014

International cooking classes-sushi dan sup winter



Hari Jumaat yang berkat ini saya dan rakan telah menyertai kelas memasak makanan Jepun.

Menu yang dipelajari adalah roll sushi dan sup cendawan winter. Baiklah jom saya kongsi cara dan resipinya.

Sushi roll mudah

Bahan-bahan

12 cup gohan(beras jepun)
10 cup mizu (air)
2   cup stok/rendaman seaweed
1 botol cuka sushi

Inti sushi 
Sosej sakana(ikan) potong 2 memanjang
5-6 biji cendawan cetakai direndam semalaman
Telur dadar 
Timun potong 8 memanjang
Halia jeruk
Nori seaweed


Cara-cara penyediaan:-

1. Cuci beras jepun, kemudian masukkan 2 cup stok seaweed dan 10 cup air terus masak (nisbah masak beras jepun 1:1 iaitu satu beras 1 air). 


2. Rebus cetakai bersama gula dan soyu(kicap jepun) sehingga kembang dan lembut. Kemudian toskan dan hiris nipis.

3. Goreng telur dadar dan potong memanjang

4. Setelah nasi masak buang seaweed dan masukkan nasi dalam bekas untuk disejukkan kemudian masukkan cuka sushi. Apabila nasi telah sejuk maka bolehlah sushi dibuat.

5 Sediakan tikar gulung sushi, nori di layur atas dapur gas


6. Letak nori atas tikar,kemudian letakan nasi atas nori gunakan cuka untuk lembabkan nasi.

7. Susun timun,sosej ikan,telur dadar,cendawan cetakai dan halia jeruk dan sedia untuk digulung.

Siappp!!!


Setelah dipotong inilah hasilnya...
Almaklumlah baru belajar tidak berapa nak mampat.

Selamat mencuba


Rabu, 22 Januari 2014

Resipi sup jepun

Sup yang telah diolah/didurhakakan tetapi masih ada rasa jepun walaupun telah dimelayukan.

Komentar simple en suami..ermm ada rasa sup jepun....hihihi boleh ler abg drp tak ado rasa kan.....wakakakaka

Bahan-bahan:-

1/2 ayam potong kecil

1paket konyaku potato corn starch


5-10 biji Satoimo-ubi kecil

2 keping Konbu seaweed/rumpai laut

1 biji Renko lotus root/akar teratai

2-3batang Gabo root/akar jepun/gabo

1 batang carrot

1bungkus fish flakes

Minyak jagung- untuk tumis/jika nak sihat xperlu tumis reneh je

Perasa ikut rasa2 masing2
1 sudu besar Minyak bijan
1 sudu besar Soyu/kicap jepun
1 sudu besar Sato-sugar
1 sudu besar Dashi-perisa
Black paper

Cara-cara

1.Rebus rumpai laut dan fish flake untuk dapatkan stok dengan 2-3 mangkuk air.

2.Potong gabo,carrot,sataimo,lotus ikut kesesuaian.

3. Simpul konyaku sehingga menjadi berpintal dgn teknik potong tengah jgn putus kiri kanan.masukkan hujung samada kiri/kanan ke lubang tengah dan tarik nnt akan dpt hasil mcm di bawah

4.Rebus gabo,carrot,sataimo,lotus dan konnyaku 1/4 lembut, hanya sedikit lembut jgn over cook yer krn nnt nk reneh blk dgn stok seaweed dan fish flake

5.Tapis ambl stok buang rumpai laut dan fish flake.(tp sy x buang sayang oo..gn sikit rumpai laut tu potong kecil.)

6.Panaskan minyak jagung tumis ayam sehingga separuh empuk kemudian masukkan bahan yg 1/4 yg direbus lembut kacau.

7.Masukkan stok rumpai dan fish flake tadi serta masukan perasa.

Setelah sayur 1/2 @ 2/3 lembut dan ayam masak boleh dihidang.

selamat mencuba