Sabtu, 30 November 2013

KuraZushi vs Sushiro



Pengalaman menikmati sushi di Nagoya.

Sepanjang 6 bulan yang telah berlalu, tina bersama mak telah menikmati sushi di 2 buah kedai yang bebeza dengan harga yang sangat bebaloi 105yen sepinggan. Kedai sushi yang menjadi kegemaran kami adalah Sushiro 


Pelbagai jenis sushi yang disediakan yang mejadi kegemaran kami adalag ab, maguro, salmon dan tidak ketinggalan corn roll sushi jadi kegemaran tina


Kedai kedua adalah Kurazushi


Kedai ini tina paling sukalah sebab dapat token tamago jika mengemas pinggan setelah selesai makan

Jumaat, 29 November 2013

Kisah Nasib Si Pokok Kesum

Sebelum datang ke Nagoya Jepun, banyak benda yang mak tina bawa terutama makanan rempah ratus dan tak lupa daun seperti kari, daun limau purut dan pandan. Almaklumlah takut kat sini tak jumpa cari.

Siap bagi tau pakwe nak tanam pokok limau purut kat Jepun. Ini gara-gara pakwe carikan pokok limau purut siap batang yang keras lagi. 

Tapi sebenarnya nak citer saya berjaya tanam pokok kesum kat Nihon ni. Itu pon atas jasa sempai Mysarah bg saya 2 pasu pokok Kesum. Masa awal tanam gaya mcm tak hidup tapi alhamdulilah menjadi hidup. 





Pokok kesum yang ketandusan air sbb musim luruh ni sejuk tuannya datang mood malas nak siram. Musim panas beria-ia nak siram.

Sayonara pokok kesum, mak tina nak serah awak kat tuan baru Suhaibah san.

Khamis, 28 November 2013

Picnic di Shinrin Koen

Enjoy di Taman Nan Hijau

Pada 6 Nov 2013 yang lalu Tina dan maknya menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Umemorizaka Yochien. Kami bersama anak-anak dan ibu-ibu Nihon menaiki sebanyak 3 buah bus ke taman Shinrin Koen yang sangat luas dan menghijau. Di sana pelbagai aktiviti bebas yang dilakukan oleh anak-anak bersama ibu masing-masing. Ibu-ibu juga tidak ketinggalan dapat beramah mesra dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Tina yang sangat happy dapat berjalan di taman



geng ibu-ibu nihon yang sabar menunggu bus bersama anak masing-masing


Seluas saujana mata yang memandang


berkejar-kejaran bersama Jun Kun San


Dah lapar apa lagi makan homemade onigiri 


Yang best Tina main lungsur bersama pengetua. Sangat enjoy!!!


Model chilik G.U

Disebabkan hari ni sejuk bangat..tanpa dijangka kami meredah sejuk demi mencari pakaian seragam tidur drp fabrik mofu...Ya Allah sungguh sempurna..hilang tu rs sejuk....cuma tangan jer x pakai glove lau x..mmg best!!!!

Lengkap tu hihihi kawai ni mak tina punya;)


My Princess Dyan Nur Qistina dia paling seronok sbb dpt pakai baju sepesen mak dia





Rabu, 27 November 2013

Karipap..karipap Chenta

Pertama kali menyediakan karipap di bumi sakura.

Beberapa minggu yang lepas mak tina teringin nak makan karipap. Disebabkan pengalaman lepas belajar membuat karipap dengan salah seorang akak yg pakar membuat karipap gulung. Mak tina menjadi malas wow..hihihihi makwe tina yg habiskan klim karipap tu. hampesss punya mak tina.

Kali ini dengan bantuan Chef Chilik Tina, mak layankan...akhirnya dengan teknik campak mencampak tanpa sukatan yang tepat terhasil 18 biji karipap gulung. Alhamdulilah...


Ini antara kerja anak dara nan seorang ni buat.



Hasil ulian Tina & maknya.


Yang unik Tina soh buat karipap coklat.



Hasil selepas digoreng menjadi bento(bekal) Tina dan ayah. Paginya mak tina menyediakan puding roti raisin cinammon baki daripada pembuatan sandwic Tina kelmarin.