Isnin, 29 September 2014

Karipap kentang dan keledek Jepun

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,






Semasa mak ayah saya bercuti di Nagoya beberapa minggu sudah, mereka rasa seronok dapat makan makanan yang segar seperti ketam, ikan, sayur dan buah buahan di Jepun. Salah satu makanan yang mereka suka adalah keledek Jepun. Kesedapan makan keledek Jepun bakar yang manis sehingga mereka bawa pulang ke Malaysia keledek Jepun tu:)..

Satu permintaan mak saya semasa dok bercuti di sini adalah nak makan karipap.  Nagoya Jepun ni manalah nak cari kuih muih yang jual di kedai gerai. Di sini kami perlu buat sendiri jika nak makan..

Oleh itu dengan bantuan pakcik google saya tertarik dengan resipi karipap rangup daripada Blog Jintanmanis.

dapat dalam 25biji sahaja lebih kurang


Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation

Karipap Rangup

Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan kering.Tuangkan minyak panas & gaul rata. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.Leperkan & isi dgn inti kesukaan.Buat sehingga habis. (saya terap pakai cetak karipap sebab tak mahir klim karipap)

3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.

Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.

Untuk Inti Kentang & Keledek (Olahan saya )

2 biji keledek saiz sederhana
2 biji dengan kentang saiz sederhana
segenggam daging cincang
2 sudu besar serbuk kari
1/2-1 cawan air
daun kari
garam
gula

Bahan kisar
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1 sudu kecil udang kering

Cara-caranya

1. Potong dadu keledek dan kentang dan rendam dalam air, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, dan pes serbuk kari dan daun kari sehingga garing.

2. Kemudian masukkan daging, setelah itu masukan keledek dan kentang bersama air.

3. Apabila seudah sedikit kering boleh masukkan perasa (garam & gula)

Nota: Karipap ni saya frozen dan goreng beberapa kali sebab banyak. Rasa karipap ni sedap seperti karipap orang jual frozen. Mak saya siap puji..alhamdulilah masak dengan ikhlas membuatkannya berhasil:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan