Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,
Ulang tahun kelahiran Tina tahu ni sangat bermakna kerana maksu, mak ngah sekeluarga datang bercuti di Nagoya. Kami sambut hari lahir Tina yang ke-7 bersama hari lahir mak ngah Aiti & pak ngah Ayie.
Sambutan secara sederhana sahaja tahun ini sebab ayah Tina sibuk dengan urusan belajar, jadi buat majlis potong kek sahaja.
 |
| Semangat Baking |
 |
| Kek Gula Colorful |
 |
| Tina Deco kek |
 |
| Kek Hasil Tangan Tina |
 |
| Adik Irfan |
 |
| Adik Teha |
 |
| Adik Haziq |
Alhamdulilah doa Tina nak maksu & makngah datang Jepun dimakbulkan pada tahun ini. Moga doa Tina yang lain dimakbulkan juga.
Ucapan hari lahir untuk Dyan Nur Qistina Binti Mohd Rody:-
Moga Allah merahmati, berkati dan lindungi menjadi anak yang Solehah penyejuk mata dan hati mak ayah.
Semoga Allah memberikan kesihatan berkekalan.
Semoga Tina boleh membaca, faham, dan hafal Al-Quran dengan mudah.
Menjadi anak yang cerdik dan menjadi contoh terbaik kepada agama, bangsa dan negara. Aminnnn. Insya-Allah:)