Ahad, 21 Jun 2015

Nasi Kerabu

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,


Ini kali ke-2 suami buat nasi kerabu. Saya tolong sikit jer masak nasi ni. Anak saya Tina pun suka sangat makan nasi ni lawan sambal kelapa tu. Resepi ni saya tanya En Suami dia yang masak sambal2 tu. Tugas simple saya yang buat. Katanya dia rujuk resepi daripada blog kak Gee.

Resipi:-
Nasi
2 cawan beras siam direndam kejap
2 1/2 cawan air 
1/2 sudu teh warna biru
5 helai daun limau

Nasi guna rice cooker sahaja 

Sambal gulai:-
Bahan kisar
15 batang cili kering
1 biji bawang holand
1/2 labu bawang putih

1 tin santan
1/2 cawan air
1 keping asam gelugor
3 sudu gula melaka
1 sudu besar gula pasir ikut selera
5 sudu besar budu
1 sudu teh garam ikut selera masing2
1 batang serai ketuk

Minyak untuk tumis

Panaskan minyak dan tumis serai setelah naik bau masukkan bahan kisar.
Masak sehingga garing kemudian masukkan air dan santan.
Setelah pekat dan pecah minyak masuk budu, perasa dan asam gelugor.

Sambal kelapa:-

2 cawan kelapa parut goreng sehingga coklat

Bahan tumbuk:-
2 ekor ikan aji/kembung (lumur garam dan bakar,kemudian buang tulang)
1/2 ibu jari halia
2 batang serai
1/2 biji bawang holand
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam

Masukkan bahan tumbuk yang telah halus dalam kelapa goreng tadi dan masak sehingga kering.

Sambal cili:-
5-10 biji cili padi
Garam
Gula
Cuka

Tumbuk sehingga hancur

Ulaman:-
Dipotong halus
Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang buncis/panjang
Timun
Taugeh

Lauk lain
Daging salai (lumur garam& kunyit serbuk,kemudian bakar)
Ikan goreng
Ayam goreng
Keropok ikan

Ada solok lada dan telur asin lagi sedap hihihi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan