Sabtu, 1 Februari 2014

Merindui Musim Panas yang Indah di Bumi Sakura

Setelah hampir 6 bulan menetap di bumi Sakura ni saya dapat merasa 4 musim yang indah. Mula datang sini dalam hujung bulan 5 masuk ke bulan 6 dapat rasa sikit musim bunga waktu tu sampai Chubu Airport anginnya macam duduk dalam aircond kereta:)....

Bulan Jun mula rasa musim panas, musim panas di sini lagi panas daripada Malaysia. Masa solat juga tidak banyak beza dengan Malaysia cuma beza 1 jam lebih kurang. Musim ini juga mencabar kerana kita puasa dan raya dalam musim summer. Penduduk Jepun sangat suka dengan musim panas kerana mereka boleh mandi-manda di pantai dan sungai. Kami pun tidak melepaskan peluang pergi ke pantai semasa menziarah salah seorang sahabat UTeM yang belajar di Ehime.

tina yang suka main air laut


main pasir yang putih memang seronok


mandi sungai


upacara bbq ikan udang sedap






Tiada ulasan:

Catat Ulasan