Jumaat, 14 November 2014

Puding Karamel Ohsem

Assalamualaikumwrh wbrkt & Salam Sejahtera,


Pertama kali saya buat puding karamel jadi walaupun ada manis sikit sebab derhaka dengan resipi Chef Ezani:(...

Mudah betul resipi Chef Ezani

Bahan-bahan
8biji telur
120g gula-gula hangus
1l susu segar
140g gula halus
3-4 sudu susu sejat
esen vanila
Buah campuran
mentega


Cara-cara:-
Sapukan loyang dengan mentega
Goreng gula sehingga perang
Setelah gula perang terus masuk ke dalam loyang
Pukul rata telur dan esen vanila bekas kaca(bekas tahan panas)
Panaskan susu segar dan gula dan susu segar jangan sampai mendidih dalam kuali yang digoreng gula hangus
Setelah itu campurkan susu panas dalam telur perlahan-lahan sambil dikacau
Setelah sebati, tapiskan campuran telur dan susu ke dalam loyang
Tutup loyang dengan aliminium foil
Kukus 20-30minit tengok keadaan telur dah masak/tak jika belum masak boleh tambah masa kukusan






Tambahan buah delima menaikkan mood Tina nak makan

Tangan Tina

Pencuci mulut dijamu pada malam kami buat tahlil untuk wan Azrina...Al Fatihah moga wan Azrina ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman

Macam biasa setiap hari Jumaat kami akan mengadakan tadarus secara giliran di rumah pelajar di Nagoya. Kali ni giliran saya sebab suami outstation tak boleh nak keluar nanti kesian pula nak minta tolong adik-adik kohai hantar...


Ohhh...ada beday boy Irfan anak Hana..semoga menjadi anak yang soleh ya Irfan...Otanjoubi Omedetau Irfan:)

Masak Gulai Kawah



Tambah kapsyen


Tambah kapsyen

Popiah Nestum Coklat

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Popiah Nestum Coklat


Petang ni projek buatkan Tina Popiah Sayur dan Popiah Nestum.

Popiah Nestum ni senang sangat rupanya nak buat:)

Resipi dan cara khas buat sahabat kolej tini...comel baby boy Tini:)

Bahan-bahan:-
10keping Kulit popiah
Sedikit air bancuhan tepung gandum-jadikan gam
2 paket Nestum coklat

Cara buat:-

  1. Gulung kulit popiah.jika nak lubang awal tu halus guna batang lidi..(akak awal guna gulungan ke dua tak guna pon batang lidi tu)
  2. Gam hujung kulit popiah dengan bancuhan tepung gandum.
  3. Siap semua potong/gunting serong- serong.
  4. Goreng dengan api sederhana takut hangit nnt api besar.
  5. Kisar 1 paket nestum 1paket lagi biar kasar.
  6. Bila popiah yang digoreng dah sejuk sikit boleh curahkan serbuk nestum.


1. Bahan Mudah

2. Siap 10 gulung

3. Separuh jalan gunting

4. Siap gunting

5. Siap goreng



Siap Selamat mencuba:)



Siap popiah sayur

Selasa, 11 November 2014

Hakuba Alpen Resort Jepun Naik Iwatake Gondola (Cable Car)

Asslamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,



Bersambung daripada cerita sebelum ni....

Selepas check out daripada tempat penginapan kami makan tengahari dan terus ke Iwatake Gondola untuk tengok permandangan Musim Luruh.

Pergerakan kami amat terbatas kerana bila sampai ke puncak hujan mula renyai.

Selepas berjalan-jalan dan snap gambar kami pun turun untuk meneruskan perjalanan pulang ke Nagoya dengan singgah sebentar ke Matsumoto Castle.




Macam dalam studio 




Pemandngan dari Cable Car

Gambar Keluarga

Aksi harus melompat

Pintu Masuk/Keluar

Warna pelbagai 

Harga untuk naik Cable Car

Sini lagi seronok musim winter

Gambar ibu2

Gambar Bapa2
Hujan sudah


Tambah kapsyen

Daun dah banyak luruh

Tambah kapsyen

Tambah kapsyen
Baby Nuha









Dalam hujan pon sempoi kami ni






Singgah Hakuba, Nagano Jepun

Asslamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Dah penat menyokong pasukan bola sepak rakyat Malaysia di Toyama kami bergerak ke Hakuba, Nagano untuk menginap semalam sebelum pulang ke Nagoya

Wah sangat cantik tempat ni....sesuai untuk peminat ski..

Sepanjang perjalanan ke Hakuba jalan memang dahsyat kerap lalu terowong dan lereng bukit.

Alhamdulilah kami selamat sampai ke resort ala2 homestay malam itu...

Hakuba Pension Tougarashi



Onsen

Laluan ke Onsen

Permandangan dari jendela kamar

Ruang Kopi

Ala2 Philea Hotel 



Barangan ada rumah ni

Kiri Kanan Jalan Daun Kuning






Tina tak der mood nak jalan pagi tu



Geng Bapa2 Selfie Selepas Check-Out



Awal pagi kami bersiar-siar melihat keindahan Allah...sangat cantik dan teruja..daun-daun dah banyak luruh.
Persekitaran resort sangat cantik dengan pelbagai rekabentuk rumah agam

Kami Check out daripada resort dalam 10.30 pagi dan terus mencari tempat mengalas perut sebelum ke Hakuba Alpen Resort.

Sehingga bersambung...