Jumaat, 14 November 2014

Puding Karamel Ohsem

Assalamualaikumwrh wbrkt & Salam Sejahtera,


Pertama kali saya buat puding karamel jadi walaupun ada manis sikit sebab derhaka dengan resipi Chef Ezani:(...

Mudah betul resipi Chef Ezani

Bahan-bahan
8biji telur
120g gula-gula hangus
1l susu segar
140g gula halus
3-4 sudu susu sejat
esen vanila
Buah campuran
mentega


Cara-cara:-
Sapukan loyang dengan mentega
Goreng gula sehingga perang
Setelah gula perang terus masuk ke dalam loyang
Pukul rata telur dan esen vanila bekas kaca(bekas tahan panas)
Panaskan susu segar dan gula dan susu segar jangan sampai mendidih dalam kuali yang digoreng gula hangus
Setelah itu campurkan susu panas dalam telur perlahan-lahan sambil dikacau
Setelah sebati, tapiskan campuran telur dan susu ke dalam loyang
Tutup loyang dengan aliminium foil
Kukus 20-30minit tengok keadaan telur dah masak/tak jika belum masak boleh tambah masa kukusan






Tambahan buah delima menaikkan mood Tina nak makan

Tangan Tina

Pencuci mulut dijamu pada malam kami buat tahlil untuk wan Azrina...Al Fatihah moga wan Azrina ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman

Macam biasa setiap hari Jumaat kami akan mengadakan tadarus secara giliran di rumah pelajar di Nagoya. Kali ni giliran saya sebab suami outstation tak boleh nak keluar nanti kesian pula nak minta tolong adik-adik kohai hantar...


Ohhh...ada beday boy Irfan anak Hana..semoga menjadi anak yang soleh ya Irfan...Otanjoubi Omedetau Irfan:)

Masak Gulai Kawah



Tambah kapsyen


Tambah kapsyen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan