Sabtu, 31 Januari 2015

Churros di Umemoriso

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,


Pertama kali buat Churros ni. Biasa nak makan masa tengah santai di Outlet Nagashima.

Saya dok cari resipi dan tawakal jer buat dengan tiada nozzel yang sesuai. Bentukkan guna pisau jer.






Anak dara dan ayahnaya juga turut membantu. Sebab maknya menggoreng dan menyira churros:)

Resipi

2 cawan air
2 sudu besar mentaga/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu garam
2 -3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Sira
Gula halus
Serbuk kayu manis

Cara membuat
1. Masak air, gula, garam, mentega sehinga sebati kemudian kecilkan api.
2. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan kacau sebati sehingga menjadi doh.
3. Matikan api dan masukkan telur yang telah dipukul bersama esen vanila.
4. Kacau sehingga sebati. Apabila sedikit sejuk boleh gunakan tangan untuk sebatikan tepung dan telur.
5. Jika ada nozzel size besar mudah untuk bentukkan churros.
Kami tiada nozzel hanya bentukkan dengan pisau sahaja.
6. Apabila minyak panas terus goreng. Doh akan mengembang sikit bila goreng.
7. Setelah masak sirakan dengan gula dan serbuk kayu manis.

Siap sedap makan panas tapi saya suka makan bila sejuk rasa liat sikit hihihih:)




Khamis, 29 Januari 2015

Tokoyaki di Umemoriso

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Lama benar dah tak buat homemade Tokoyaki teragak pula nak buat sendiri..tapi tengah nak memanggil-manggil mood masak yang dah semakin tak rajin...


Dulu saya gunakan resepi seperti blog di bawah. Mudah jer buat tokoyaki ni ada bahan boleh buat lagi.

http://www.secubitgaramnor67.com/2012/02/takoyaki-again.html?m=1

Smoke Salmon Bersama Spegetti

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,


Sangat suka hari ni suami masakan Spegetti bersama ikan Salmon Bakar.  Tina siap bertambah katanya ayah masak sedap.


Menu ni dah lama mengidam baru sekarang mendapat wahaha..alhamdulilah sedap yaamat hihihi:)





Ahad, 25 Januari 2015

Goreng Pisang Cheese Leleh

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Pisang Goreng Cheese Leleh memang dah terkenal di Malaysia. Dok Jepun ni asyik tengok FB macam-macam makanan keluar teringin juga nak makan/rasa makanan yang diviralkan tu. Sini tak der la pisang nipah pisang tanduk bagai...

Apa lagi goreng jer pisang yang ada di suppa(kedai) ok juga pisang goreng cheesenya. Tak muak sangat sebab parut sedikit jer cheese. Taburkan sedikit choc rice menarik selera anak nak makan ni.

Pisang Goreng Cheese Leleh

Pisang Goreng Sambal Kicap

Pelbagai aktiviti hari Ahad sehingga ke Chikusa Sport Center

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Aktiviti seharian Tina semalam main layang-layang dengan ayah. Selain itu, mengajuk burung tekukur dan main slide di koen(padang).




Selepas magrib join ayah main bado(badminton) di Chikusa Sport Center.




Seharian main aktif sahaja makan pon banyak speggeti sepinggan dan mayo corn pizza setengah pan:)... Terkejut tengah dia makan hihihi...

Yang best pertama kali datang sport center ni Tina nampak rock climbing. Apa lagi teruja dia nak main tapi tak tahu pula macam mana nak tanya orang di kaunter. Next time je lah kita main Tina.

Sepanjang laluan ke tingkat 2 ada pameran lukisan. Tina suka sangat, bergambar sakanlah dia.







Khamis, 22 Januari 2015

Soto Wak Ody

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,







Hujung minggu sudah En Suami nak makan soto.

Dapat suami tahu masak...jadi isteri jadi pembantu chef jer lah....usik situ sikit sana sikit..yang lain Chef Ody yang buat hihihi..



Jamuan Soto

Makanan Sampingan

Sempat buat jamuan ringkas di rumah. Makan bersama kawan-kawan tentunya seronok. Kebetulan Tina asyik menyebut nak pergi rumah kak Almira dan Arissa..kita bawa kawan-kawan Tina ke rumah baru seronok main sama-sama.

Jarang sempat snap gambar bila buat jamuan sebab selalu lupa. Kali ni ada peluang snap beberapa gambar.





Kastard Jagung

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Minggu lepas buat kastard jagung..lama dah tak makan..biasa makan, mak yang masakkan sebab tak pandai nak buat kastard jagung ni..senang pon tak pandaikan...rupa2 tak tahu teknik masak..masak kastard ni kena masak sampai pekat kental dan berkilat baru jadi..

Dulu buat kacau/masak kejap jer nampak pekat jer terus masuk dalam loyang jadi krim kastard wahahah macam inti kastard cream puff.




Bawa sikit ke rumah ita tuan rumah buat tadarus kali ni.