Sabtu, 31 Januari 2015

Churros di Umemoriso

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,


Pertama kali buat Churros ni. Biasa nak makan masa tengah santai di Outlet Nagashima.

Saya dok cari resipi dan tawakal jer buat dengan tiada nozzel yang sesuai. Bentukkan guna pisau jer.






Anak dara dan ayahnaya juga turut membantu. Sebab maknya menggoreng dan menyira churros:)

Resipi

2 cawan air
2 sudu besar mentaga/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu garam
2 -3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Sira
Gula halus
Serbuk kayu manis

Cara membuat
1. Masak air, gula, garam, mentega sehinga sebati kemudian kecilkan api.
2. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan kacau sebati sehingga menjadi doh.
3. Matikan api dan masukkan telur yang telah dipukul bersama esen vanila.
4. Kacau sehingga sebati. Apabila sedikit sejuk boleh gunakan tangan untuk sebatikan tepung dan telur.
5. Jika ada nozzel size besar mudah untuk bentukkan churros.
Kami tiada nozzel hanya bentukkan dengan pisau sahaja.
6. Apabila minyak panas terus goreng. Doh akan mengembang sikit bila goreng.
7. Setelah masak sirakan dengan gula dan serbuk kayu manis.

Siap sedap makan panas tapi saya suka makan bila sejuk rasa liat sikit hihihih:)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan