Jumaat, 2 Mei 2014

Shoku Pan-Roti Potong Pakej Seri Kaya

Assalamualaikum wrg wbrkt & Salam Sejahtera:)

Hari ini saya nak buat lagi roti potong cubaan kali ke 4

Ini gara-gara tina nak makan roti bakar dengan nuttella

Dulu pertama kali nak buat roti potong ni tak tahu nak pakai resepi siapa...

Saya tawakal jer tiru resipi daripada blog arenis.blogspot.jp

Alhamdulilah roti potong cubaan pertama saya menjadi lembut dan gebu

Cuma saya macam biasa suka durhaka resipi orang hihih..sebab blog diatas ada letak madu saya x letak pon..yang best dapat tips buat pelembut roti (water roux) sendiri...

Cubaan pertama dulu 

Bahan-bahan
500gram tepung roti
3 sudu kecil yis kering
2 sudu besar butter
2 sudu besar shortening -
1 sudu besar susu tepung - tak guna sebab tak der
2 sudu besar madu - tak guna pon ganti gula pasir je 2-3 sudu besar
250 ml susu segar atau air suam - guna susu pekat 50 ml dan 200 ml air
3 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil garam


Cara-caranya (bread maker je-main campak2 jer)

water roux

  1. Buat water roux (2 sudu tepung & 4 sudu air) masak sehingga kental dengan api perlahan 
  2. Masukkan garam, tepung, butter, shortening, water roux, gula, yis dan air susu dalam bread maker tefal no 1 pilih bakaran roti warna paling cerah ya 
  3. Biarkan bread meker menguli doh 
  4. Bila bread maker berbunyi bip tumbuk doh dan biarkan roti naik 2 kali ganda dan masak automatik 



Siap mudah jimat masa dan tenaga wahahah

Resipi Kaya Mudah




Bahan-bahan

10 sudu besar gula
1 cawan air
1/2 cawan susu cair-lau ada santan lagi sedap
2@3 biji kuning telur
2@3 sudu besar tepung kastard
daun pandan
secubit garam

Cara membuat

  1. Masak gula sehingga perang 
  2. Masukkan air & daun pandan 
  3. Bila mendidih masukkan susu cair masak sekejap 
  4. Matikan api biar sejuk 
  5. Masukkan kuning telur dan tepung kastard & garam 
  6. Masak sehingga pekat 
  7. Bila sejuk kaya akan lagi pekat 



selamat mencuba





Cubaan roti ke 4 turun sekali ganda mungkin kurang tepung dan yis abis huhuhu




Malam pon makan roti bakar:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan