Khamis, 27 November 2014

Apam Balik Lembut

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam sejahtera,

Apam balik lembut, makan panas sedap


Apam balik ni memang kesukaan saya...jika ke pasar malam akan beli hihihi...sekarang apam balik dah macam-macam variasi..ada letak choc rice perisa pandan dan lain-lain.

Tapi apam balik original juga menjadi kegemaran saya.

Minggu ni cuaca hujan dan sejuk...tu membuatkan tekak ada je nak makan sesuatu...


Sebelum masak nasi Ayam Hainan. Saya menyediakan adunan apam balik. Suami kata lembut apam balik kali ini. Resipi saya dah lupa daripada blog mana, sebab bila nak tengok balik dah tak ada pulak...ni pon pakai ingat-ingat balik resipi, nak simpan mana tahu nak makan lagi apam balik guna je resipi ni..

Bahan-bahan
300g tepung gandum
50g gula
300g air
2 sudu besar susu tepung
2 biji telur
2 sudu besar butter dicairkan
sedikit garam
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu besar soda bikabonate
1/2 sudu besar yis kering

Jagung kastard
Jagung
2-3 sudu tepung kastard
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan air

Kacang tanah goreng dan tumbuk
Gula

Cara-cara

Masak jagung kastard
  1. Campur bahan kastard jagung setelah pekat matikan api
  2. Bila sedikit sejuk kisar sikit dengan kitchen aids
  3. Siap untuk diletak atas apam balik nanti.


Sediakan bancuhan tepung

  1. Campurkan tepung, gula, baking powder, soda, garam dan air, kacau rata pakai wishk sahaja.
  2. Cairkan butter, lepas suam kuku terus tuang sikit-sikit dalam bancuhan tepung.
  3. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam bacuhan tepung.
  4. Akhir masukan yis dan kacau sehingga sebati.
  5. Biarkan 30 minit.
  6. Setelah itu boleh dimasak atas kuali non stick dengan api sederhana, seeloknya guna kuali yang ada tutup supaya apam balik masak sekata di atas. tepung 2/3 masak baru masukkan kastard jagung, gula dan kacang tutup kejap dan boleh dilipat apam balik tersebut.

*Jika bancuhan tepung cair boleh tambah sikit lagi tepung biar bancuhan tepung pekat.




Siapkan bahan sebelum dimasak

Pakai Non Stick Pan je, jadi apam  tak berapa tebal



Siap, memang sedap


Tiada ulasan:

Catat Ulasan