Khamis, 8 Januari 2015

Nasi kandar

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Lama benar tak update blog ni..mood hibernate telah melanda.. Jadi mood masak pon malas jadinya..

Tapi en suami dah oder semalam nak makan ayam goreng mamak jadi..gagahkan jugalah kederat masuk dapur.


Resipi Ayam goreng Mamak

Ayam potong 12
Bahan kisar
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia

Rempah ratus goreng kisar
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Serbuk cili
Serbuk kari

Garam
Kuib ayam

Tepung goreng
1 senduk tepung beras
1-2 senduk tepung jagung
1/3 senduk tepung gamdum
Serbuk cili
Serbuk kari
Garam
Telur
Air sedikit

Daun kari

Minyak

Cara-cara
1. Potong, cuci dan toskan ayam.
2. Perap ayam selama 30-60minit dengan bahan kisar, rempah ratus dan perasa.
3. Bancuhkan bahan tepung seperti membuat tepung goreng pisang.
4. Panaskan minyak masukkan daun kari dan celup ayam dalam tepung terus goreng sehingga masak.

Bendi Goreng Mamak

Bendi hiris serong
1 sudu kecil Biji sawi
2 ulas Bawang putih dan merah hiris
4 biji cili kering hiris
Sedikit ikan bilis
1 biji telur
Sedikit dayn kari
Air asam jawa
Garam gula
Minyak

Cara-cara
1. Tumis bawang ikan bilis, biji sawi, cili kering sehingga naik bau dan masukkan bendi.

2. Kemudian masukan telur dan perasa. Akhir sekali masukkan air asam jawa. Masak sehingga pekat dan angkat.


Daging masak itam
Segenggam daging potong kuib
Bahan kisar
1 labu bawang holand
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia

Bahan tumis
Rempah 5(kayu manis. Cengkih, pelaga, bunga lawang, dayn kari)
4 biji bawang merah hiris

Rempah
3 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk briani faiza
1 sudu rempah ketumbar
1 sudu rempah jintan manis
1/2 sudu remph jintan putih

Serai ketuk

4-5 sudu kicap manis, pekat, masin

Asam jawa

Perasa
Garam gula jika perlu

Kuib ayam

Air

Daun ketumbar
Bawang goreng

Cara-cara
1. Tumis rempah 5 sekawan dan bawang  merah. Masukan bahan kisar tumis hingga garing dan masukkan pes rempah.

2. Setelah sebati masukkan daging dan air masak sehingga daging sedikit empuk.

3. Setelah sedikit empuk boleh masukkn kicap, perasa asam jawa, serai dan daun ketumbar.

4. Masak daging sehingga empuk dan kuah pekat. Kepekatan kuih ikut citarasa masing-masing.

5. Setalah siap masak boleh taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.

Siapppppp:)

Kata en suami teringat makan nasi mamak masa zaman belajar dulu bila makan nasi lauk mamak/ nasi kandar.

Oklah tu kan mana nak cari nasi kandar/mamak kat Jepun ni. Bini juga yang jadi mamak nak bawa mood masak makanan mamak...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan