Jumaat, 25 April 2014

Pesemboq Padang Kota vs Rojak Mamak Duyong

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)


Beberapa minggu sudah kami bercadang membawa tina ke playground

Saya penuh semangat masakkan nasi goreng cina dan pesembor..

Konon nak bt picnic la lepas tina dah penat main..

Lagi pon dah lama tak makan cucur udang dan pesemboq..gara2 blk Malaysia kejap dapat makan pesemboq Padang Kota Lama saya pon buat la pesemboq yang super mudah hihihi



Jom kita tgk resipi mudah pesemboq

Resipi Cucur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk penaik
1 sudu besar udang kering blender
taugeh 
kucai 
lobak merah
Udang
1 biji telur
1/2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Bagaimana untuk membuat


  1. Campurkan semua bahan kecuali telur
  2. Biarkan ia selama 1 jam
  3. Sebelum goreng, campuran telur ke dalam bahan

Sos/Kuah Kacang
Bahan Kisar
1 sudu besar cili kering 2 sudu besar bawang merah
1 sudu besar bawang putih
1 sudu kecil udang kering
1 inci halia ( lengkuas pilihan )
1 sudu besar serbuk ketumbar (pilihan)

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili 
5 sudu besar kacang tanah goreng tanpa minyak
1 cawan air
1 sudu besar kicap manis ( Kicap Manis )
1 1/2 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
4 sudu minyak
1 sudu besar asam jawa(pilihan)
4 keping Marie Cookie hancur
tepung jagung untuk memekatkan kuah(pilihan)

Bagaimana untuk membuat :

  1. Kisar bahan-bahan pes rempah dan kisar sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan goreng pes rempah sehingga wangi dan bau pedas.
  3. Tambah kacang , biskut marie , jus asam jawa, air, gula , kicap manis dan kacau dengan teliti. 
  4. Reneh pada masa api kecil terus kacau selama 5-10 minit sehingga kuah kacang bertukar lancar. 
  5. Hidangkan pada suhu bilik dengan pesemboor :)

bahan lain
timun
telur
bebola ikan
kentang rebus
tauhu
pucuk

Selamat mencuba;)


Khamis, 24 April 2014

Hanami o Hana-Musim Bunga yang Indah


Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)


Musim bunga 2014

Banyak sangat bunga di Jepun di sampai tidak menang mata nak tengok...subahanallah


Cantik sangat...banyak2 musim...

Musim bunga yang saya rasa seronok sangat

Boleh berhanami-picnic sambil melihat2 kebesaran Allah

Dikelilingi dengan keindahan bunga sakura


Tina & Kawan


Gambar Bapa2

Gambar Keluarga

Heiwa Koen

Waktu senja pon Sakura nampak cantik





Sakura yang Indah






Tulips Putih di Morikoro Koen




Depan Rumah


Gokisocho Koen






Ume-Hirabari Agriculture Park

Gambar ibu2

Popiah Basah

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)

Dok jepun tapi tekak asyik nak makan makanan Melayu Malaysia.

Lagi waktu ni baru baik demam...mood malas memang datang sekali...

Tapi sebab tekak manja kan nak makan tu nak makan ni kita pon apa lagi ler g dapur...

Bagi dapor tu berasap wahahahah



ok la ni popiah basah jepun saya namakan sebab apa?...

Sebab kat sini jadi sikit popiah nyer...dulu kat Malaysia gatal juga buat tapi tak jadi...

Akhirnya ke tong sampah adunan kulit popiah tu...


Kulit popiah
1ke 2 cawan tepung gandum
1 ke 2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
Air agak2 mcm nak bt cucur kental

Da siap bancuh rehatkan kejap dalam peti ais lebih drp 1/2jam

Nak buat kulit popiah ni kena  kesungguhan betul sebab nya...kena pakai jari tau nak buat kulit popiah ni...aduhai...masak jari-jemariku yang gebu ni...hihihiihi..jangan marah abang mat gebu terpakai pula nama gebu..gebu tu hihihihi

Sos
1bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering kisar
Segengam kacang tanah tumbuh
3sudu sos tiram
5 sudu kicap manis
1 buku gula melaka
2 sudu madu
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
Tepung jagung untuk memekatkan sos

Bawang kicar dan tumis dan masukkan sos serta bahan lain

Inti
Dadu bawang besar dan bawang putih
Lobak merah
Sengkuang cina-xder an tukar lobak putih
Taugeh
Tauhu dihancurkan

Goreng semua bahan diatas.



Percubaan pertama nampak bersememeh tapi jangan risau...cover dengan sos da kacang selamat wahahahaha





Selamat mencuba ni resipi yang sgt simple an nk share link tp da xder pulak..kat link tu ada sukatan yang jelas...an mcm biasa x suka guna sukatan..main campak2 je huhuhu

Puding Roti Cinommon & Bluebarries

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)

Ini la pencuci mulut yang selalu saya buat jika roti potong anak(tina) da tak abis makan...

Resipi mudah mmg da ingat kat kepala hihihi...bahan2 pon memang da ada di rumah jadi boleh la buat hihihi...



Resipi Puding Roti Cinnamon Bluebarries


8 keping roti dicarik
2-3 cawan Susu segar
2 biji telor
2 sudu besar butter
4 sudu besar gula
½ sudu kecil esen vanilla
Segengan bluebarries
Serbuk cinamom

1. Rendam roti bersama 1 cawan susu sekejap
2. Blender susu, telur, esen vanilla, gula, 2 sudu butter
3. Susun roti dalam Loyang dan curahkan adunan yang diblender
3. tabur bluebarrie dan serbuk cinnamon




Sos
3 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
Susu segar
Dimasak sehingga pekat





Siappp selamat dimakan alhamdulilah



Kanak-kanak ini pon suka hihhhih

Resipi Chicken Chop Express

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)

Rasa da bersarang da blog Pelangi Cita Sazaka ni x ditulis hihihih...

Bz sangat la konon nyer...hihihi

Minggu ni tiba2 nak tukar angin masak ala western...

dah lama da x makan chicken chop...last thn lepas suamiku masakkan

Lamb Chop..mmg mantopbbb sedap

ya la suami masak apa pon mmg semua sedap..hihihihihi

Jom saya nak share resipi Chicken Chop Express ala KFC bak kata ayah saya sbb ada wadges hihihi





Bahan ayam perap
3 keping ayam boneless
1 biji Telur
1/2 sudu kecil serbuk Lada hitam
1/2 sudu kecil Sebuk kari
1/4 sudu kecil garam

Tepung goreng
2 sudu besar Tepung gandum
4 sudu besar Tepung jagung
2 sudu besar Tepung beras
Garam sikit
Serbuk kari sikit

Sos black paper
3 ulas Bawang putih cincang
1 labu Bawang besar cincang
2 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar Kicap masin
2 sudu besar Kicap manis
3 sudu besar Lada hitam hancur
1/2 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil Gula
Stok ayam
Tepung jagung untuk pekatkan sos
1/2 cawan air

Wadges

Kentang potong 8-10
Tepung goreng
2 sudu besar Tepung gandum
4 sudu besar Tepung jagung
2 sudu besar Tepung beras
Garam sikit
Serbuk kari sikit
Serbuk lada hitam sedikit

Sayuran
Tomato
Kacang Buncis
Salad

Mudah hihihihi kejap jer siap...

Selamat mencuba

Khamis, 6 Mac 2014

Mee Kari Nyonya

Asslamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)



Mee Kari Nyonya
Hari Jumaat yang berbahagia ini saya nak kongsi resipi Mee Kari Nyonya.

Puas saya baca semua resipi tengok youtube mencari kaedah dan cara memasak mee kari Nyonya tp kebanyakannya adalah Mee Kari Melayu huhuhu....

So pagi ni saya tawakal jer mencuba buat Mee Kari Nyonya mengikut selera saya dan suami. Masing-masing memang peminat makan Nyonya dan chinese cuisine...

Ok Jom kita tengok resipi:)

Bahan-bahan

Bahan kisar
2 batang cili merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inchi/ibu jari lengkuas
1 inchi/ibu jari halia
1/2 sudu kecil udang kering
1/2 sudu kecil belacan

Rempah
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
1 biji pelaga

Bahan Perap
2 dada ayam
2 sudu rempah kari
(ayam dipotong sederhana kecil dan diperap dengan rempah kari)

2 biji kentang kecil didadu
Tofu kering
Fish Ball
Udang

1 cawan santan pekat
2-3 cawan air

3-4 sudu besar minyak

Perisa ikut selera masing-masing
Asam Keping
Stok Ayam
Garam
Gula
Ajinomoto-jika suka (saya x suka hihihi)

Bahan Hiasan/hirisan
Sawi
Taugeh
Timun
Telur
Bawang Goreng
Tauhu
Limau kasturi-kat jepun x jumpa huhuh

Mee kuning dicelur

Sambal Goreng

Bahan Kisar
Cili merah
Cili kering
Bawang kecil
Bawang putih
Belacan

Minyak

Perisa
Gula, Garam
Asam Jawa

Cara membuat kuah
  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar. tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sehingga ayam separuh masak kemudian masukkan air
  4. Setelah mendidih masukan udang, tofu kering, kentang, fish ball dan santan
  5. Setelah santan sebati dengan bahan lain masukan perisa
  6. Tumis kesemua bahan kisaran sehingga garing
  7. Masukkan asam jawa dan perisa 


Cara buat sambal goreng


  1. Tumis bahan kisar sehingga garing
  2. Masukan perisa 

Cara Hidangan
  1. Masukkan mee dalam mangkuk kemudian masukkan kuah
  2. Hias mee dengan bahan hirisan dan sambal goreng tadi 

siappp...selamat mencuba 

Jumaat, 7 Februari 2014

Yuki di Umemoriso

Tanggal 8 Februari 2014 dalam sejarah pertama tinggal di Umemoriso saya sekeluarga dapat menikmati kebesaran Allah menurunkan salji. 



Salji ini ditunggu-tunggu oleh kami menurut ramalan cuaca salji akan turun hari Sabtu. Maka dengan pengharapan maka Allah turunkan salji.


Jika diikutkan salji turun pagi, saya siap tidur lewat semata-mata nak tunggu yuki. Akhirnya kantoi tertidur,suami yg kejutkan bagi tau salji ada turun.


Saya dan tina siap2 cari baju main snow dan peralatan main snow memang terbaik.


Perasaan teruja yang tak tahu macam mana nak cakap tuhan jer yang tahu.
Niat malam tadi nak makan nasi hujan panas pon tertunai sebab hati gembira dapat main yuki.