Sabtu, 27 September 2014

Roti Sarang Lebah

Assalamulaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,




Tekak ari ni teringin nak makan burger...entah macam mana kemas rak bahan mentah jumpa pumpkin seeds... terus google resepi Roti Sarang Lebah...resepi yang menjadi rujukan adalah daripada Blog Linapg.

RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
By : LiNa Pg
Sumber : Lydia Honey (fb)




















BAHAN UNTUK DOH ROTI

2 cawan tepung gandum
½  sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)(saya tiada yogurt, sy guna susu segar diperah jus lemon)
¼ cawan minyak sun flower (tiada-tukar minyak bunga canola)
½  cawan air suam 
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)


Doh yang telah naik 2x ganda
CARA PENYEDIAAN:


  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.

Menunggu untuk kembang sebelum dibakar







NOTE:-

Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.




















RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

½  cawan brown sugar bukan gula merah ok (saya tukar gula pasir je tiada gula perang)
½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
Sedikit garam
½ st  vanilla essence
25g butter
Sos Butterscotch yang yummy
Cara Penyediaan


  1. Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Kaedah saya
  1. Goreng gula pasir sehingga kuning/coklat dengan api sederhana
  2. Masukkan butter dan kecilkan api
  3. Apabila butter cair masukkan susu cair dan vanila garam
Peringatan:

Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau.



Tina dah tak sabar nak makan roti


Jumaat, 26 September 2014

Otsukaya Syurga Kain Cotton Jepun Nagoya

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera

Lama dah tak mengupdate blog Pelangi Cinta Sazaka ni...ada cerita tapi sejak balik bercuti raya selama hampir 2 bulan di Malaysia banyak kerja kena uruskan. Menjadi pengasuh anak buah dan menjadi bibik mengemas Dyan Homestay Melaka.

Lagi satu alasan lain talaian internet di Malaysia slow jadi memang tak ada moodlah nak update blog bagai.
Depan Pintu Masuk Otsukaya
Ok matlamat saya update blog hari ni saya nak kongsi pengalaman membeli belah kain cotton jepun di Otsukaya Nagoya Jepun.

Rasa keterujaan tu nak dikongsi pada bulan puasa lepas kerana membeli kain Cotton Jepun untuk dibuat baju kurung sedondon kami sekeluarga. Rancangan asal adalah beraya di Nagoya Jepun tetapi secara mendadak suami ajak balik raya 5hari sebelum raya alhamdulilah ada tiket flight murah masa tu:)

Baju Raya Cotton Jepun

Hari Khamis lepas 25 September 2014 kebetulan pulak kena hari orang dapat gaji di Malaysia saya pon daripada kol 11 pagi  sehingga 1.30 tengahari cuci mata di kedai kain Cotton Jepun. Itu pon tak semua kain dapat saya tengok. Mungkin ada harapan buat kunjungan balas sekali lagi.

 Antara jenis-jenis kain yang saya berjaya curi-curi snap..wahahah..perlulah  nak snap lau tak macam mana pula kawan saya dan pilih dan beli. Seronok tu dapat tolong belikan kain Cotton Jepun untuk kawan-kawan sekolah.














Kawan saya kata ini kain selimuy wahaha













Kain untuk Adill

Kain yang telah dibalut





Hasil tangkapan yang telah dipos ke Malaysia

Sangat mudah kerja saya sebab kawan-kawan dah bagi spec nak jenis, warna apa jadi mudah saya dan mencari...jika tidak pening dan rambang mata dan tengok kain-kain ni.

Jika ada yang berminat dengan Cotton Jepun bole ke FB dibawah

Harga sangat berpatutan
RM160/4meter termasuk postage



Jumaat, 15 Ogos 2014

Kek Kukus Buah Mudah


Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam sejahteta,

Hari ni dalam sejarah saya buat kek kukus buah sebanyak 4-5 biji.

Sangat teruja mudah sangat. Jika hari-hari buat kek ni pon saya sanggup. Dulu ayah saya memang simpan resipi kek kukus buah ni. Tiap kali raya kena buat, tapi resipi ayah saya renyah. Kadang-kadang lau dengar jer nak buat kek ni mesti saya dan adik merunggut...alamak sudah ler nak kena bersih semua peralatan dan bahan tak boleh kena setitik air. Tepung kena jemur dulu nak kena asing pukul telur gula dan mentega dan majerin.

Tahun ni resipi sudah hilang apa lagi gunakan khidmat pakcik google la.

Resipi mudah kek kukus buah
600g tepung gandum
600-800g gula halus
400-450g buah campuran
500g mentaga (saya guna 375g mentega+125g majerin planta)
80-100g air
6biji telur
2sudu kecil baking soda
1 sudu kecil serbuk tatar
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu esen vanila
1 sudu esen oren

Cara buat
Ayak tepung dengan serbuk baking soda, serbuk tatar dan serbuk buah pala
Goreng gula sehingga hangus dengan api sederhana kemudian masukkan air,mentega, majerin dan buah campuran masak hingga buah kembang dan matikan api
Masukkan adunan gula dan buah dalam bekas dan biarkan suam.
Setelah adunan suam masukkan tepung dan kacau rata
Pukul telur dalam bekas lain bersama esen vanila sehingga kembang
Kemudian masukkan telur bersama esen oren dalam adunan tepung
Kacau rata tetapi jangan terlebih kacau ya
Masuk dalam loyang yang telah disapu nipis mentega dan tepung. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan tak menitik dalam kek
Kukus 4-6 jam dengan api sederhana dipermulaan dan api perlahan 1 jam terakhir.




Selasa, 22 Julai 2014

Popiah Gulungan Cik Tina

Bento berbuka

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera

Lama dah tak buat popiah sejak dok Jepun ni..alasan tiada kulit popiah segera yang ada jual di sini. Kebiasaan kawan-kawan bawa stok kulit popiah ke Jepun ni. Kebetulan saya restock bahan-bahan buat kuih di Amika saya jumpa kulit popiah frozen.. jadi apa lagi borong la 4 bag hihihi..hampir sebulan menyimpan stok baru sekarang nak mempopih.

Simple anak dara saya tina bersemangat mahu menolong saya gulung popiah. Bolehlah kan kanak punya hasil..ada comel ada panjang;).. apa pon yang penting ada keinginan mahu menolong di dapur.





Resipi Popiah Mudah
3 ulas bawang putih dadu
1/2 labu bawang holand cincang
1 batang Lobak Merah potong seperti mancis
1/4 kubis cincang halus
1 Batang Timun potong seperti mancis
1 bungkus Taugeh
4 keping tauhu dihancurkan
1 sudu besar udang kering
1 bungkus isi ketam hancur
1 biji telur
1/2 cawan air
Garam
Gula
Minyak

Cara memasak
Tumis bawang dan udang kering
Masukkan sayur sayura keras dan diakhiri sayur lembut seperti taugeh
Masukkan tauhu dan isi ketam dan air kacau rata
Masukkan perasa
Akhir sekali masukan telur

Memasak inti popiah tidak memerlukan masa yang lama dalam 10/15 minit dah siap

Isnin, 21 Julai 2014

ODOJ-One Day One Juzuk masuk Berita Harian

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam ramadhan,

Sepanjang bulan Ramadhan ini kami warga Nagoya mengadakan aitiviti ODOJ untuk menambahkan amal ibadat di bulan yang banyak dengan tawaran pahala.

Aktiviti tadarus kami ini diadakan memgunakan medium Skype bagi memudahkan kami bertadarus walaupun tinggal berasingan tanpa perlu berkumpul      di satu tempat.

Aktiviti yang baik ini telah dihidu oleh wartawan Berita Harian. Artikel tentang manfaat teknologi, tadarus memerusi Skype ini telah keluar suratkhabar pada 15 Julai 2014 sempena Nuzul Al Quran.

Aktiviti kami di Nagoya Jepun sebelum dan selepas bulan Ramadhan adalah setiap minggu hari Rabu kaum muslimin dan Jumaat kaum muslimat akan mengadakan tadarus selepas magrib dengan pengisian belajar tajwid, bacaan tafsir dan perkongsian bagi mendalami Al-Quran.


Menjadikan Al-Quran bacaan harian dan sumber panduan kehidupan di dunia dan penolong di Akhirat nanti.

Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Ramadhan,

Menu berbuka puasa kami semalam asam pedas Melaka. Kebetulan saya sedang chat dengan kawan saya Noja yang dok Toyota tanya resepi asam pedas Melaka.

Encik suami pula tiba-tiba macam dapat baca pikiran isteri chat pasal asam pedas maka suruh saya masak asam pedas ikan.

Resepi asam pedas melaka 
3 ketul ikan
Bahan kisar
10 batang cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 ibu jari kunyit
1 ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
Sedikit belacan
2 sudu kecil garam ikut rasa masing-masing
1 sudu kecil gula ikut rasa masing-masing
Sedikit perisa-saya tak guna tu yang ganti gula:)
1-1 1/2 sudu besar pes asam jawa adabi
1-1 1/2 mangkuk air
1 batang serai ketuk
6 helai daun limau purut
3 batang daun kesum
8 batang bendi
8 biji baby tomato
4-5 sudu besar minyak


Cara masak
1. Tumis bahan kisar bersama belacan hingga garing.
2. Masukkan asam jawa, ikan dan bendi kacau rata
3. Masukkan air daun limau purut dan dau kesum.
4. Setelah mendidih masukan perasa dan tomato.
5. Setelah cukup rasa dan terbit minyak padam api.

Siap makan panas sedap..makan dengan roti canai pon sedap.