Rabu, 1 April 2015

Brownies Tina

Brownie peroi elaok dimakan dengan aiskrim vanila

Semalam kami berhanami untuk kali ke dua. Plan asal nak pergi bersama kawan tapi dah salah maklumat kami terpisah.
Ni aktiviti sebelum berhanami buat brownies campak2.
Pakai buat sahaja ikut gerak hati. Brownies nampak elok tetapi berderai. Mungkin terlalu lama masa membakar.
Tapi oleh kerana rasa elok sahaja jadi hari ni nak ingat balik apa bahan yang dicampak-campak tu. Seronok buat brownies ni anak dara yang tolong, mak dara arahkan sahaja.

Tina tolong kacau

Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung kek
1/2 cawan serbuk coklat
1 cawan minyak zaitun
1 cawan susu masam(susu letak jus lemon)
1 cawan gula perang
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 tutup botol esen vanila
1/2 cawan chip coklat


Antara bahan yang telah 1/2 siap


Caranya
Campurkan tepung, serbuk coklat, baking powder, soda dan tapis.
Kemudian masukkan chip coklat dalam campuran tepung.
Panaskan ketuhar 180 darjah.
Telur dan gula dikacau sehingga rata dengan whisk.
Kemudian masukkan esen vanila dan minyak zaitun.
Setelah itu masukkan campuran tepung dan susu berselang-seli.
Masukkan dalam loyang yang telah dialas  aluminium foil/kertas minyak dan disapu dengan mentega.
Bakar sehingga masak jika dilihat ada resipi brownie bakar 200darjah 20-25 sahaja.

Saya telah terlebih bakar 40-50 minit brownies jadi berderai tak moist seperti yang dijangkakan huhuhuh

†ina masukkan susu & tepung


Tuang dalam loyang ya






Setelah Siap di bakar

Selasa, 31 Mac 2015

Majlis Tamat Sekolah Dyan Nur Qistina binti Mohd Rody di UMEMORIZAKAHOIKUEN


Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Dyan Nur Qistina sudah tamat sekolah Uemorizaka Hoikuen. Lebih kurang setahun lebih tina sekolah di sini. Sebelum ni sekolah di Umemorizaka Yochien. 

Kunihiko Hayashi Sensei yang sabar banyak tolong tina daripada zero nihongo kepada boleh lah cakap sedikit nihongo.

Ajar makan sayur dan art daripada kertas. Majlis graduasi anak-anak yang penuh meriah dan nampak korporat. Ada juga kadang-kadang kesedihan rasa nak ucap sayonara. Persembahan diselang-seli dengan lagu daripada anak-anak dan sensei.

Moga kita jumpa lagi terima kasih Sensei kerana mengasuh Tina.








Hanami 2015 di Heiwa Koen


Hari Isnin lepas kami berhanami di Heiwa Koen. Bergerak daripada rumah selepas zohor dalam pukul 12:15 tengahari.

Semua warga Malaysia daripada Nagoya Universiti berkumpul. Makan, borak, tengok bunga sakura, bergambar.

Macam-macam makanan dimasak oleh ibu-ibu. Kami santai di taman ni sebelum Magrib pulang.

Walaupun bunga belum sepenuhnya berkembang tapi perlu juga berhanami sebab tengok forecast hujan sahaja minggu sakura berkembang. Beberapa hari sahaja cuaca elok.
















Belum puas sebenarnya tengok sakura ni. Ada plan nak jalan tengok sakura dengan Tina. Ayah sibuk kita jalan berdua pula lah tina.



Ahad, 22 Mac 2015

Hasil Sulaman Tina & Mak

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam sejahtera,


Hasil tangkapan si anak dara. Tina jika nampak benda art memang teruja sahaja.


Ni papan menyulam Japan Artec. Permulaan dan pengakhiran mak jugalah yang menyiapkan. Adalah juga dia dok buat tapi mak pon dah syok buat tak sempat ajar dengan betul.


Lepas ni kita asah lagi kemahiran tangan yang tak mahir pegang benang:(


Punca Tina nak sangat beli ni sebab di hokuien, sensei ada bagi alat menyulam dan panduan. Tapi dok pusing, lilit tak pon jadi. Lepas tu jadi tukun jer pemberian sensei tu:(



Hasil sulaman semalam boleh buat alas cawan

Jumaat, 20 Mac 2015

Kerepek Tiram

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam Sejahtera,


Ada yang panggil kerepek tiram, lidah buaya, kerepek kapal terbang terbang. Sementara mood kerajinan mari kita asah kemahiran memasak. Nanti dah balik Malaysia jangan haraplah nak ada masa masak kuih-muih yang renyah ni kan:(

Resipi Kerepek Tiram

Rujukan: http://www.myresipi.com/top/detail/3853

500g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu marjerin
160ml air
1/2 sudu teh garam

Gam
6 sudu minyak
6 sudu tepung jagung

Minyak untuk goreng

Gula kastor

Cara buat
1. Campurkan tepung jagung & minyak kacau sebati.
2. Campurkan tepung dan magerin menjadi serbuk roti dan masukkan telur.
3. Air & garam kacau sebati masukkan kedalam campuran tepung dan bentuk doh sehingga tidak melekat dijari.


4. Bahagikan doh kepada bahagian yang lebih kecil supaya mudah untuk dicanai.
5. Canai leper dan lebar doh yang telah dibahagikan, sapukan gam rata dan gulung.

6. Setelah selesai gulung semua doh, letakkan tepung gandum atas papan pencanai. Potong serong doh, potong kecil kecil boleh jadi 15-20 keping.
7. Kemudian ambil doh yang telah dipotong serong canai nipis. Contoh seperti gambar di bawah.


8. Panaskan minyak masak dan goreng doh sehingga kuning/coklat sedikit.


9. Taburkan gula halus



Siap Kerepek Tiram & kerepek gunting
Siap sedia dimasukkan dalam bag zip lock. Anak dara yang masukkan ni..katanya boleh buat jual huhuhuhu....lau mak over rajin memang dah boleh buat jual an Tina...Memandangkan kerajinan mak Tina ikut mood makanya tiada ler bahan jualan kukikiki


Rabu, 18 Mac 2015

Kuih Koci Labu


Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,



Lama dah teringin nak buah kuih koci labu ni. Tapi disebabkan tiada daun pisang selalu terbantu nak membuat kuih koci ni. Kebetulan kawan balik Malaysia saya dok kecek daun pisang. 

Cara-cara
Kulit
1/2 biji labu
Tepung pulut secukupnya
secubit garam
Air tenggelamkan labu

Inti
2 Kelapa kerung
1/2 ketul Gula Melaka
5 sudu gula pasir
Daun pandan
secubit garam
Sedikit air
1 sudu tepung gandum

Dadih Santan
3 Santan
2 Tepung beras
Daun Pandan
Sedikit air

Daun pisang dilayurkan dan potong kecil untuk mudahkan proses bungkus kuih koci.

Cara buat.
Kukus /rebus labu sehingga lembut.
Sementara itu boleh masakkan inti, 
Masak gula pasir, gula melaka dan air sehingga larut kemudian tapiskan.
masukkan semua bahan dalam kuali kecuali tepung. Apabila inti semakin kering masukkan tepung gandum dan bila sudah sejuk sikit terus bulatkan.


Inti kelapa
Apabila labu telah lembut masukkan garam lenyek halus dan tambahkan tepung pulut sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada jari.
    Labu direbus dengan air dan sedikit garam kemudian lenyek
    Labu yang telah ditambah tepung pulut




















Masak dadih santan sehingga pekat untuk digunakan semasa proses membungkus.

Dadih santan dimasak sehingga pekat

























Ambil daun pisang letakkan sedikit minyak masak supaya doh kuih koci mudah untuk dibentuk.
Leperkan adunan doh dan letakkan inti kelapa. Setelah dibulatkan letakkan dadih santan dan lipat daun pisang dengan kemas.
Susun dalam periuk kukusan dan kukus selama 20-30minit dengan api yang panas.
Apabila kulit pisang nampak berkilat ambil 1 biji kuih koci untuk memastikan kuih koci dah masak.

Untuk mudahkan penyediaan inti kelapa dibulatkan dahulu
Sapukan sedikit minyak untuk mudahkan bentuk kuih koci


Letakkan dadih santan di atas dan di bawah kuih koci