Selasa, 14 April 2015

Kuih Serabai



Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Untuk kesekian kalinya buat lagi kuih serabai. Macam biasa durhaha resipi asal. Santan habis gunakan apa yg patut.

2 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk
1 sudu tepung gandum
Secubit garam
500-700ml air santan ikut kepekatan macam nak buat pancake
1 bungkus yis
1/2 sudu gula
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bacuh yis bersama air suam & gula
Kisar semua bahan. Kemudian masukkan bancuhan yis.
Perap 2-3 jam dan boleh digoreng dalam  kuali serabai.

Kuah
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 ketul gula melaka
3-4 sudu gula pasir~jika tidak manis
Secubit garam
daun pandan

Masak gula bersama daun pandan dan air. Kemudan tapis.
Masukkan santan dan garam masak sehingga pekat.

Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 10 April 2015

Mee Hailam



Assalamualaikum wrh wbrkt
& salam sejahtera,

Ni lah dia bila terlajak napping. Mimpi makan mee hailam sedap. Tapi buat sendiri tak der ler sedap mana;(

Nak juga makan benda yang tak der kan.
Lau dok Malaysia teragak nak makan cari jer mana-mana.

Kali ni buat mee hailam dengan cili jeruk ada ler terasa sikit2 mee hailam Malaysia.


Isnin, 6 April 2015

Percubaan Pertama Buat Chawan Mushi

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejatera,


Alhamdulilah percubaan pertama buat Chawan Mushi menjadi. Asyik tengok jer Chawan Mushi ni masa makan sushi. Tekak gatal juga nak rasakan, jadi kita masak sendiri.

Bahan-bahan
Hirisan dada Ayam
Udang
Isi Ketam
Cendawan Chitake Segar dihiris
Fishcake
Hirisan Lobak

Soyu
Lada Hitam
Stok Ayam
Minyak Bijan
Telur



Rebus sedikit air dalam 3 sudu besar air dengan stok ayam.
Pukul sekejap telur dengan garfu jangan sampai berbuih ya.
Masukkan air stok ayam yang dah sejuk dalam telur.
Perisakan dengan sedikit garam & gula.
Hirisan ayam digoreng tanpa minyak sekejap.
Kemudian susun hirisan ayam, udang, isi ketam, cendawan, fishcake.
Taburkan sedikit serbuk lada hitam, soyu, secubit garam & gula.
Kukus sekejap bahan tadi.
Kemudian masukkan telur dan kukus sehingga menjadi kastard telur.
Anggaran masa 5-15minit-boleh lihat tekstur telur jika dah menjadi kastard boleh matikan api.



Tips: Tutup periuk perlu dibungkus dengan kain supaya wap air tidak menitis dalam Chawan Mushi

Daftar Sekolah Rendah Jepun

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Hari ni pendaftaran sekolah Tina. Teruja sangat Tina, katanya sekolah ni seronok best sangat:)







Pendaftaran mula jam 9:30 pagi dan 10:30 taklimat di dalam kelas juga dewan bermula dan berakhir lebih kurang jam 11:30 tengahari. Kami mendengar jer, banyak benda perlu buat dan tahu. Lepas ni memang kena ada penterjemah ler nak isi borang.


Antara perkakasan sekolah Tina, buku, boshi(topi), penggera keselamatan, playdoh dan lain-lain lagi.

Mujurlah baju sukan, kasut, alat tulis, perkakasan bento dah beli hujung minggu. Lepas beli terus tulis nama dan buat apa yang patut.






Hari Rabu bermulalah sesi persekolahan Tina. Gambatte ne Tina Chan:)




Ahad, 5 April 2015

Pizza Homemade


Hari Ahad dah tak tahu nak makan apa saya masakkan Tina pizza. Memang patutlah Tina kata mak dah macam buka restoran. Tengahari makan pizza makan malam makan sate pula.

Projek nak menghabiskan stok sayuran sebenarnya sebab cili capsicum tu tak tahan lama.

Sementara Tina dalam mood cuti sekolah kita layankan jer. Beraktiviti di dapur bersama Tina memang menyeronokkan. Dia buat pizza pelbagai bentuk.


Bahan doh
2 cawan tepung roti
2 sudu minyak zaitun
1/2 cawan air suam
1 paket yis kering
1 sudu besar gula
1/2 sudu tepung
1 sudu kecil mixherbs
1/2 sudu teh origano
1 biji bawang putih dadu halus

  1. Bancuh yis bersama gula dengan sedikit air suam.
  2. Campurkan garam, mixherbs, origano, bawang putih dan minyak zaitun.
  3. Kemudian masukkan bancuhan yis dan gula. 
  4. Uli dengan masukkan sedikit air. Jika masih belum menjadi doh/ tidak melekat dijari tambah sedikit lagi air.
  5. Ambil masa 5-20 minit menguli doh supaya roti lembut.
  6. Rehatkan 1jam.


Sos
Tomato dihancurkan
Tomato puree/sos pasta
Bawang holand cincang
Bawang putih cincang
Mixherbs
Origano
Garam 
Gula
Stok 

Campurkan semua bahan sehingga sebati.

Topping ikut suka:)
Cendawan
Capcicum
Lobak merah
Bawang
Sosej
Tomato
Keju











Hanami di Nagoya Castle



Assalamualaikum & salam sejahtera,

Misi memburu Sakura diteruskan petang semalam. Siap makan tengahari & solat saya dan Tina naik public transport ke Shiyakusho. 


Plan awal nak tengok sakura dengan kawan di Meijo Koen. Akibat salah maklumat saya dan Tina sesat di Nagoya Castle.


Tapi seronok juga kami sempat berhanami sambil melawat Muzium Nagoya Castle. Hajat dah lama nak melawat Nagoya Castle tapi tak ada yang membawa. Ini dah kebetulan sesat redah kasi jadi jer melawat Nagoya Castle.











Sate Ayam & Daging

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,


Petang semalam selepas dah selesaikan iron baju & tulis nama pada peralatan sekolah tina. saya terpikir nak makan sate. Apa lagi keluarkan daging ayam dan nyah beku. Suhu dah semakin tak sejuk memang seronok dok dapur.


Ini percubaan kali ke dua buat sate. Alamdulilah menjadi cuma percubaan buat nasi impit tak jadi. Gatal campur beras jepun dan beras siam. Nasi tak masak sekata. 

Bahan-bahan buat sate semua saya campak tapi rujuk sikit Youtube Nyonya Cooking.

Bahan sate
2 keping dada ayam dihiris
2 keping daging dihiris
Bahan kisar
5 batang serai
1 biji bawang holand
1 ibu jari lengkuas
1/2 ibu jari kunyit
1/2 ibu jari halia
3 biji buah keras
3 sudu kecil ketumbar
2 sudu kecil jintan msnis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar gula perang
5-6 sudu gula pasir( rasa nak manis tambah lagi)
2 sudu kecil garam agak kemasinan

Penyediaan:-
  1. Ayam& daging dipotong, cuci, toskan & diasingkan.
  2. Goreng tanpa minyak ketumbar, jintan manis, jintan putih dan kisar halus.
  3. Kisar halus bawang, serai, lengkus, halia, kunyit & buah keras
  4. Campurkan bahan kisar dan perap dalam mangkuk ayam dan daging.
  5. Letakkan sedikit minyak pada perapan ayam&daging.
  6. Perap sekurang-kurangnya 2 jam


Perap lebih 2 jam dalam peti sejuk

Setelah dicucuk disimpan lagi dalam peti sejuk
Bakar atas kuali Steak sahaja

Kuah sate.
Bahan kisar sate simpan separuh untuk buat kuah satay tapi tambah 5 batang cili kering dan kisar semula.
2 genggam kacang tanah goreng tanpa minyak
Sedikit air asam jawa
2 mangkuk air
Garam
Gula melaka
Gula pasir
Air perapan daging sate
Minyak

Tumis bahan kisaran sehingga garing
Kacang yang telah di goreng dibuang kulit& rendam sekejap
Kemudian kisar separuh kasar.
Setelah bahan telah garing masukkan rendaman kacang gula melaka
Masukkan air dan biarkan mereneh dan pekat.
Setelah pekat masukkan garam gula dan sedikit asam jawa.

Kuah Sate




Nasi Impit tidak menjadi

Anak Dara dah tak sabar nak makan malam



Sama nak tolong


Dapat juga rasa kuali panas terkejut kejap Tina wahaha

Tina sangat seronok dapat menolong sepanjang penyediaan sate ni. Dapat juga merasa terkena kualai panas, nasib tak melecur Tina.