Jumaat, 13 Jun 2014

Kebab Homemade Umemoriso Nissin City

Assalamualaikum wrh wbrkt

Ohhhh rupanya ada draf yang belum update hihihi

Cerita pasal kebab homemade

Di Nagoya ni sebenarnya banyak je kedai yang jual makan halal salah satunya kedai makan Turkish

Kami selalu juga la pi makan di Anadoulu Sakae. Memang sedap, tina n ayah suka la makan. 

Di kedai jual bahan basah Zafar ada juga jual roti kebab ni.

Maka suami rajin buat stok, untuk makanan kami sekeluarga. Jika pergi picnic ini antara menu pilihan kami sebab mudah nak buat.



Bahan-bahan
Roti kebab dikukus dan digrill
Salad-hiris halus
Bawang-hiris halus
Tomato-hiris halus

Bahan perapan
3 ketul Ayam boneless
3 sudu besar madu
1 sudu besar mix herb
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu besar paprika
2 sudu sos tiram
2 sudu besar sos tomato

Cara-cara
1. Ayam dicucindan dikeringkan dengan kicthen tissue
2. Campurkan semua bahan gaul rata
3. Perap semalaman/2-3 jam jika tak sempat
4. Bakar 60 minit pada suhu 200-210 darjah
5. Siap masak cincang kecil

Sos
Thousand islands dressing-Mayonis campur paprika sos tomato sikit gula dan lemon kacau rata masuk dalam botol yang mudah untuk dipam pada kebab
Mayonis
Sos tomato

Penyediaan
1.Roti kebab potong 2
2. Masukkan daging ayam yang telah di bakar berselang seli dengan sayuran @ sayur terus dicampur ayam dan digaul dengan dressing thousand island
3. Dressing atas kebab sos thousand island, mayonis dan sos tomato/sos cili

Siap mudahkan...😉

Selamat mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan