Jumaat, 24 Oktober 2014

Agar Santan di Umemoriso

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Semalam punya projek membuat agar-agar santan. Buat agar-agar santan ni kadang menjadi kadang tidak mungkin salah sukatan dan lain. Semalam buat ada lembik sikit sebab gatal tambah air dan lupa boh gula batu:( termanis sikit..so lepas ni kena bajet gula la.





Resipi Agar-Agar Santan

20g agar-agar tali
2liter Air
500mlm santan
1-2 biji telur tengok saiz telur
500g gula Melaka jika tak suka manis boleh kurangkan
2-4 sudu besar gula pasir ikut kemanisan gula melaka jika gula melaka dah manis tidak masuk gula pasir pon ok
sedikit gula batu
sedikit garam
daun pandan

Cara-cara.

  1. Masak gula melaka bersama air, gula pasir, gula batu dan daun pandan.
  2. Tapis kemudian masukan agar-agar masak sehingga agar-agar sebati dengan air gula.
  3. Pukul telur bersama garam dan campur ke dalam santan.
  4. Setelah campuran agar-agar mendidih perlahankan api dapur dan masukkan campuran santan tadi terus kacau.
  5. Kuatkan sedikit api dan sentiasa kacau sehingga mendidih atau berbuih.
  6. Setelah telur berketul-ketul terus matikan api dan masukkan ke dalam loyang.
  7. Loyang tersebut perlu dibasahkan sedikit dengan air sebelum dimasukkan agar-agar santan.
  8. Sejukkan dahulu agar-agar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.





Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan