Jumaat, 10 Oktober 2014

Kuih Nona Manis

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Dah lama rasa tak asah kemahiran buat kuih tradisi. Tengok dalam FB pelbagai jenis kuih keluar minggu ni, satu yang menjadi pujaan nak buat kuih Nona Manis. Asal kuih ni daripada Indonesia menurut blog Masam Manis.

Tak berapa nak comel Nona Manis ni..kerana nak cepat siap hihihih
Jom la kita tengok resepi daripada blog Azie Kitchin

Kuih Nona Manis

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ~ campur santan kotak dg sedikit air jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum

Bahan A tiba2 ada pandan wahahaha
  1. Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender.
  2. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
  3. Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan.
*An blender je semua bahan di atas.

Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis (An tambah 2 keping daun limau purut nak bau2 limau)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple


Bahan B


  1. Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.
  2. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.
  3. Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. (lepas adunan A dah meletup, kental terus blender dengan adunan B)
  4. Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih


Kacau adunan sehingga kental
Adunan yg kental
Bahan C
1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus

Masak sehingga pekat
  1. Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
  2. Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik zip lock (bahagian hujung bag plastik digunting)
  3. Sedia untuk dipaip ke atas adunan hijau tadi.

Sapu minyak pada cawan

Piping adunan C

Kukus 7-10 minit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan