Sabtu, 11 Oktober 2014

DONUT MEALSHAKES

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Semalam selepas puas makan udon dan soba, kami belanja makanan kering di Amika untuk beli tepung dan bahan-bahan baking untuk dijadikan stok. Tina apa lagi oder maknya soh buat donut. Katanya nak makan donut dan cookies...pagi ni saya pon gagahkan diri adun donut dengan mengunakan resipi seperti di bawah. Tina memang peminat Mealshakes jadi saya tambahkan 1 sudu besar Mealshakes dalam adunan donut ni...

Hasil dekorasi Tina Chan



Bahan-bahan:-
(hasil 9 biji donut saiz sederhana)

1/2 kilo tepung gandum
1/2 paket yis segera (yis serbuk)
1/3-2/3 cawan air suam
1 sudu kecil gula
1 biji telur
2-3 sudu besar butter
1/2 sudu besar susu tepung.
1 sudu besar mealshakes
secubit garam halus (garam membuatkan rasa donut lebih lemak)
1 sudu besar gula halus/gula icing


Cara-cara membuatnya...
  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula. 
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan seketika sehingga yis kembang 
  3. Gaul tepung, susu tepung, mealshakes, telur, garam dan butter hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs) 
  4. Masukkan bancuhan yis tadi. 
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat sikit kt tangan, tapi teruskan menguli hingga doh tak melekat lagi. 
  6. Biarkan doh naik seketika kemudian baru canai untuk dibuat bentuk ring/cincin. sebelum tu..taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat) 
  7. Bahagikan adunan kepada doh yang kecil. saya timbang anggaran 50g. 
  8. Kemudian jadikan bentuk ring biar doh naik lagi baru goreng. 
  9. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak. 
  10. Last,gaul dengan gula atau tuang coklat..ikut selera masing2.. 






Hiasan
2 sudu besar serbuk coklat
4 sudu besar whipping cream
1 sudu besar butter
2 sudu besar gula

Cara buat
  1. Masak whipping cream, gula dan serbuk coklat sehingga pekat
  2. Setelah suam masukkan butter
  3. Siap untuk menghias donut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan