Selasa, 26 Mei 2015

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,



Lama dah tak update resipi di blog. Sibuk update pic bento Tina Chan& ayah dalam mukabuku sahaja.

Semalam buat bentou untuk tadarus ayah. Kek sarang semut tapi tak bersarang sangat sebab salah teknik tak pukul telur sehingga kembang hanya kacau rata sahaja.

Hari ni tengok balik youtube ada guna resipi sama macam resipi Masam Manis.

Bahan
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega cair
1/3 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonata
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur

Cara
Goreng gula sehingga coklat dengan api sederhana.
Setelah gula cair&coklat bukan hangus  ya, curah air panas dan kacau sehinnga larut. Matikan api dan sejukkan air gula pada suhu bilik.
Cairkan mentega dan biarkan pada suhu bilik.
Telur pada suhu bilik dipukul sehingga kembang bersama esen vanila
Setelah kembang masukkan susu pekat.
Kemudian masukkan mentega cair dan tepung gandum yang telah di ayak dengan soda bikarbonat.
Akhir sekali masukkan air gula kacau sebati.
Peram 3-5 jam kemudian bakar pada suhu 170 darjah selama 45minit. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu selama 15 minit.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan