Selasa, 10 Mac 2015

Jamuan Okonomoyaki

Salam, Hai,

Dah lama teringin nak makan okonomiyaki tapi tak tahu mana satu boleh makan. Hasil pertolongan adik Safoo dapatlah kami merasai keseronokan menyediakan Okonomiyaki sendiri di kedai.

Bukan okonomiyaki sahaja ya. Boleh buat mee goreng mamak juga cuma kena bawa bekalan ayam, daging, telur dari rumah jika nak lagi sedap.

Akan datang lagi next time sebab dah tahu menu mana yang boleh makan.



Chef Ody buat bentuk murtabak

Adik Safoo tolong pesan makanan

Tu Ada cara tak

Sangat suka dapat rasai pengalaman buat & makan Okonomiyaki

Tu dia Zira & saya



Oyakodon & payes (Bangladesh dessert)

Salam,

Lama dah tak join cooking class. Bulan lepas sempat join International cooking Class.
Tema Bagladesh dish & Oyakodon. Oyakodon tu nasi biasa letak campuran telur, ayam, daun bawang, bawang dan kuah sikit. Makan dengan sup dan salad. Orang Jepun memang mementingkan kesihatan makan banyak sayur dan minum mesti air ocha ya no more air manis. hihihi tu sebab umur diorang ni panjang.


Oyakodon


Pelajar & Sensei

Soyu

Antara bahan untuk masak


Resipi Oyakodon

Dashi 1 paket
Gula
Soyu
Telur ayam
Bawang holand
Daun bawang
Isi ayam
Air

Cara.
1. Rebus dashi dan 1-2 cawan air untuk dapatkan stok.
2. Campuran gula, soyu & stok dashi.
3. Goreng tanpa minyak bawang holand, batang daun bawang dan ayam.
4. Masukkan campuran gula, soyu dan stok dashi.
5. Bila ayam dah masuk curahkan telur yg telah dipukul/dadar.
6. Kira smp 20 dan matikan api siap.
7. Curahkan atas nasi.

Biasa org masak oyakodon guna buta hihihi..ni ganti ayam.
 payes

Payes ni pencuci mulut
Masak dengan susu segar, beras khas dari banglades, bunga pelaga dan bunga cengkih gula.

Macam bubur sum-sum pon ada bila makan cuma rasa rempah jer lah.






Kerepek Gunting Umemoriso


Salam,

Hi ada anak dara yang suka makan kerepek ni...mak dara terpaksalah gigih belajar buat kerepek. Oder maruku bagai..manalah ada bahan...

Nasib ada cara mudah buat kerepek gunting.

Mudah sangat 2 cawan dapat 4 bag ziploc size s.

Nak ingat balik bahan-bahan dan cara buat kenalah taip diblog ni. Ada tempahan kali kedua daripada si anak dara, Tina nak lagi kerepek sedap katanya.

kredit to:http://buatkuihraya.blogspot.jp/2013/07/cara-buat-maruku-gunting.html


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar udang kering
1/2 sudu besar serbuk cili-jika nak pedas boleh tambah lagi
1 sudu teh jintan manis
1/2 susu teh jintan putih
1/2 sudu teh garam
1/2 kuih ikan bilis
1 sudu minyak masak
Air secukupnya
Daun kari

Minyak untuk goreng

Cara buat
  1. Kisar udang kering dan jintan hingga halus.
  2. Campurkan semua bahan dan tambah air sedikit sehingga menjadi doh seperti karipap.
  3. Bahagikan kepada size kecil untuk dicanai nipis dan dipotong/gunting.
  4. Jangan terlalu besar potong kerana kerepek akan kembang sikit bila digoreng.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
  6. Semasa menggoreng boleh taburkan daun kari.



Selamat mencuba.

Isnin, 9 Mac 2015

Sambutan Perpisahan & Kedatangan Kawan Baru

Assalamualaikum,

Hi, lama betul tak update cerita. Tak ada benda menarik nak kongsi hihihi....Ahad lepas bersempena beberapa rakan nak balik Malaysia. Tuan rumah Azira sekeluarga jemput kami semua jamuan tengahari.

Semua makanan sedap belaka. Pelbagai jenis potluck macam jamuan hari raya.

Antara yang diraikan family My&Arai, Syafa, Azrina, Fatin, Siti&Rahmat dan tak lupa sambutan rakan baru Sidah&Anas.

Meriah anak dan mak bapak daripada jam 1 tengahari sampai jam 11 malam kami berkumpul berborak. Aktiviti yang tak boleh tahan geng suami memasak makan malam. Paling best ada makan lewat malam dominos pizza wahah..Haruslah badan lagi sihat walafiat lepas ni.


Geng ibu Nagoya

Meriah & kenyang sangat

My potong kek

Anak Shida-->Fatimah

deko sememeh..maklumlah tak pakar:(
Saya ditugaskan buat kek, tapi dah bagitahu awal takut tak jadi. Kebiasaannya buat kek tak jadi.

Kali ni saya buat kek campak-campak/agak-agak wahaha. Hasil buat ikut suka hati...

Tapi bila tengok balik lepas siap masak rupa kek macam cheese kek.

Hari ni nak ingat balik apa cara saya campak-campak tu. Mana tahu nak cuba buat lagi.

Bahan-bahan
3 biji telur size L (asingkan putih dan kuning)
2 cawan tepung gandum/tepung kek
1 cawan gula halus
100g mentega dicairkan
1/2 cawan air suam
1/2 sudu baking powder
1 sudu teh esen vanila
1-2 sudu besar jus lemon

Caranya.
  1. Panaskan oven sehingga 180 darjah
  2. Pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan gula, pukul sehingga bertanduk.
  3. Pukul kuning telur gula esen vanila sehingga kembang.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder.
  5. Kacau tepung selang seli dengan air suam dan jus lemon.
  6. Lepas sebati masukkan putih telur dan kacau pelahan dan sekejap.
  7. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 30-45minit ikut oven masing-masing. 
Tips jika bahagian atas ke dah coklat/perang dan adunan belum betul masak. Ambil aluminum foil dan letak atas loyang supaya kek tak rentung.

Deko
Strawberry & kiwi
Wipping cream
Kastard keju( susu cair, coklat putih, keju phildalphea 2 kiub kecil, bancuhan tepung jagung jus lemon masak dan sejukkan)

Whipping cream yang telah dipukul kembang dengan 1 sudu gula dicampur dengan kastard keju.

Masuk dalam pipping bag dan bekukan sekejap supaya mudah nak deko.


Lebihan kek buat Victoria Sandwich deko oleh Tina
.

Sempat juga buat puding kastard








Sambutan Hari Lahir di Kedai Makan Korea Kanmiya

Assalamualaikum,

Hi semalam Encik Suami ajak makan malam di kedai Korea Kanmiya.

Siangnya sempat mengendeng nak makan sini katanya tak mahu.

Rupanya ada kejutan nak bawa pergi makan sini.

Sedap juga makanan di sini lepas ni terasa nak makan korea boleh la ke sini. Kali pertama ke sini setelah sekian lama mengidam nak makan makanan Korea.

Daripada 5 bintang saya bagi 4 bintang sebab sangat kena dengan tekak saya yang amat suka makanan Korea. I Love KimcHi:)

Rasa lebih kurang okonomiyaki & cucur udang tapi inti sotong

Terima kasih banyak serta makan dengan beday girl;)

Siap ada present:)



Ahad, 22 Februari 2015

Kuih serabai

Assalamualaikum wrh wbrkt& salam sejahtera,

Kuih serabai ni dah 2 kali buat. Dulu buat lama nak siap. Sekarang dah ada kuali non stick untuk buat pancake 2x goreng siap.



Senang jer buat serabai ni..kebetulan ada 2 biji pisang yang tak dimakan. Kita buat la serawa pisang hihi..yang sedap serawa  durian.

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung beras
2 sudu nasi sejuk
1/2 sudu kecil/ secubit garam
1 sudu gula
1 sudu yis
1 cawan air santan(3 sudu santan pekat kotak+air)


Cara buat:-
Kisar semua bahan dan peram 2 jam
Setelah itu boleh goreng dalam kuali acuan khas.


Resipi kuah:-
Serawa pisang
2-3 sudu gula merah
1 sudu gula pasir-ini pilihan jika dah manis tak perlu
1/2 cawan air
1 cawan air santan 
Pisang dihiris
1/2 sudu kecil garam

Cara buat:-
Masak gula merah & air sehingga larut & tapis
Masak semula air gula bersama santan dan garam.
Apabila sudah pekat masukkan pisang.

Siap untuk dihidangkan.

Congo Bar air tangan Dara Dyan Nur Qustina

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,



Lama tak buat kuih muih morden minggu lepas saya ajak anak dara tolong buat Congo Bar. 

Resipi 
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan oat
150-200g gula perang
5 sudu besar mentega dicairkan
5 sudu besar majerin dicairkan
3 biji telur 
1/2-1 sudu besar baking powder
1 cawan coklat chip
1/2 cawan badam hancur
1/2 cawan badan hiris
1 sudu kecil vanila

Cara buat:-
1. Panaskan ketuhar 180 darjah.
2. Campurkan gula perang dan majerin & mentega.
3. Setelah sebati masukkan telur serta esen vanila dan kacau rata.
4. Masukkan tepung dan baking powder.
5. Masukkan badan hancur & choc chip kacau rata.
6. Masukkan dalam loyang 4 segi 10*10 yang telah dialas aluminium foil supaya mudah untuk dikeluarkan.
7. Taburkan badan hiris atas permukaan dan bakar selama 30 minit.

Setelah masak tunggu sejuk baru dipotong simpan dalam bekas. Congo ini tahan lama jika disimpan elok. Sedap dimakan cecah@bersama susu segar.