Isnin, 9 Mac 2015

Sambutan Perpisahan & Kedatangan Kawan Baru

Assalamualaikum,

Hi, lama betul tak update cerita. Tak ada benda menarik nak kongsi hihihi....Ahad lepas bersempena beberapa rakan nak balik Malaysia. Tuan rumah Azira sekeluarga jemput kami semua jamuan tengahari.

Semua makanan sedap belaka. Pelbagai jenis potluck macam jamuan hari raya.

Antara yang diraikan family My&Arai, Syafa, Azrina, Fatin, Siti&Rahmat dan tak lupa sambutan rakan baru Sidah&Anas.

Meriah anak dan mak bapak daripada jam 1 tengahari sampai jam 11 malam kami berkumpul berborak. Aktiviti yang tak boleh tahan geng suami memasak makan malam. Paling best ada makan lewat malam dominos pizza wahah..Haruslah badan lagi sihat walafiat lepas ni.


Geng ibu Nagoya

Meriah & kenyang sangat

My potong kek

Anak Shida-->Fatimah

deko sememeh..maklumlah tak pakar:(
Saya ditugaskan buat kek, tapi dah bagitahu awal takut tak jadi. Kebiasaannya buat kek tak jadi.

Kali ni saya buat kek campak-campak/agak-agak wahaha. Hasil buat ikut suka hati...

Tapi bila tengok balik lepas siap masak rupa kek macam cheese kek.

Hari ni nak ingat balik apa cara saya campak-campak tu. Mana tahu nak cuba buat lagi.

Bahan-bahan
3 biji telur size L (asingkan putih dan kuning)
2 cawan tepung gandum/tepung kek
1 cawan gula halus
100g mentega dicairkan
1/2 cawan air suam
1/2 sudu baking powder
1 sudu teh esen vanila
1-2 sudu besar jus lemon

Caranya.
  1. Panaskan oven sehingga 180 darjah
  2. Pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan gula, pukul sehingga bertanduk.
  3. Pukul kuning telur gula esen vanila sehingga kembang.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder.
  5. Kacau tepung selang seli dengan air suam dan jus lemon.
  6. Lepas sebati masukkan putih telur dan kacau pelahan dan sekejap.
  7. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 30-45minit ikut oven masing-masing. 
Tips jika bahagian atas ke dah coklat/perang dan adunan belum betul masak. Ambil aluminum foil dan letak atas loyang supaya kek tak rentung.

Deko
Strawberry & kiwi
Wipping cream
Kastard keju( susu cair, coklat putih, keju phildalphea 2 kiub kecil, bancuhan tepung jagung jus lemon masak dan sejukkan)

Whipping cream yang telah dipukul kembang dengan 1 sudu gula dicampur dengan kastard keju.

Masuk dalam pipping bag dan bekukan sekejap supaya mudah nak deko.


Lebihan kek buat Victoria Sandwich deko oleh Tina
.

Sempat juga buat puding kastard








Tiada ulasan:

Catat Ulasan