Selasa, 10 Mac 2015

Kerepek Gunting Umemoriso


Salam,

Hi ada anak dara yang suka makan kerepek ni...mak dara terpaksalah gigih belajar buat kerepek. Oder maruku bagai..manalah ada bahan...

Nasib ada cara mudah buat kerepek gunting.

Mudah sangat 2 cawan dapat 4 bag ziploc size s.

Nak ingat balik bahan-bahan dan cara buat kenalah taip diblog ni. Ada tempahan kali kedua daripada si anak dara, Tina nak lagi kerepek sedap katanya.

kredit to:http://buatkuihraya.blogspot.jp/2013/07/cara-buat-maruku-gunting.html


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar udang kering
1/2 sudu besar serbuk cili-jika nak pedas boleh tambah lagi
1 sudu teh jintan manis
1/2 susu teh jintan putih
1/2 sudu teh garam
1/2 kuih ikan bilis
1 sudu minyak masak
Air secukupnya
Daun kari

Minyak untuk goreng

Cara buat
  1. Kisar udang kering dan jintan hingga halus.
  2. Campurkan semua bahan dan tambah air sedikit sehingga menjadi doh seperti karipap.
  3. Bahagikan kepada size kecil untuk dicanai nipis dan dipotong/gunting.
  4. Jangan terlalu besar potong kerana kerepek akan kembang sikit bila digoreng.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
  6. Semasa menggoreng boleh taburkan daun kari.



Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan