Selasa, 22 Julai 2014

Popiah Gulungan Cik Tina

Bento berbuka

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera

Lama dah tak buat popiah sejak dok Jepun ni..alasan tiada kulit popiah segera yang ada jual di sini. Kebiasaan kawan-kawan bawa stok kulit popiah ke Jepun ni. Kebetulan saya restock bahan-bahan buat kuih di Amika saya jumpa kulit popiah frozen.. jadi apa lagi borong la 4 bag hihihi..hampir sebulan menyimpan stok baru sekarang nak mempopih.

Simple anak dara saya tina bersemangat mahu menolong saya gulung popiah. Bolehlah kan kanak punya hasil..ada comel ada panjang;).. apa pon yang penting ada keinginan mahu menolong di dapur.





Resipi Popiah Mudah
3 ulas bawang putih dadu
1/2 labu bawang holand cincang
1 batang Lobak Merah potong seperti mancis
1/4 kubis cincang halus
1 Batang Timun potong seperti mancis
1 bungkus Taugeh
4 keping tauhu dihancurkan
1 sudu besar udang kering
1 bungkus isi ketam hancur
1 biji telur
1/2 cawan air
Garam
Gula
Minyak

Cara memasak
Tumis bawang dan udang kering
Masukkan sayur sayura keras dan diakhiri sayur lembut seperti taugeh
Masukkan tauhu dan isi ketam dan air kacau rata
Masukkan perasa
Akhir sekali masukan telur

Memasak inti popiah tidak memerlukan masa yang lama dalam 10/15 minit dah siap

Isnin, 21 Julai 2014

ODOJ-One Day One Juzuk masuk Berita Harian

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam ramadhan,

Sepanjang bulan Ramadhan ini kami warga Nagoya mengadakan aitiviti ODOJ untuk menambahkan amal ibadat di bulan yang banyak dengan tawaran pahala.

Aktiviti tadarus kami ini diadakan memgunakan medium Skype bagi memudahkan kami bertadarus walaupun tinggal berasingan tanpa perlu berkumpul      di satu tempat.

Aktiviti yang baik ini telah dihidu oleh wartawan Berita Harian. Artikel tentang manfaat teknologi, tadarus memerusi Skype ini telah keluar suratkhabar pada 15 Julai 2014 sempena Nuzul Al Quran.

Aktiviti kami di Nagoya Jepun sebelum dan selepas bulan Ramadhan adalah setiap minggu hari Rabu kaum muslimin dan Jumaat kaum muslimat akan mengadakan tadarus selepas magrib dengan pengisian belajar tajwid, bacaan tafsir dan perkongsian bagi mendalami Al-Quran.


Menjadikan Al-Quran bacaan harian dan sumber panduan kehidupan di dunia dan penolong di Akhirat nanti.

Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Ramadhan,

Menu berbuka puasa kami semalam asam pedas Melaka. Kebetulan saya sedang chat dengan kawan saya Noja yang dok Toyota tanya resepi asam pedas Melaka.

Encik suami pula tiba-tiba macam dapat baca pikiran isteri chat pasal asam pedas maka suruh saya masak asam pedas ikan.

Resepi asam pedas melaka 
3 ketul ikan
Bahan kisar
10 batang cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 ibu jari kunyit
1 ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
Sedikit belacan
2 sudu kecil garam ikut rasa masing-masing
1 sudu kecil gula ikut rasa masing-masing
Sedikit perisa-saya tak guna tu yang ganti gula:)
1-1 1/2 sudu besar pes asam jawa adabi
1-1 1/2 mangkuk air
1 batang serai ketuk
6 helai daun limau purut
3 batang daun kesum
8 batang bendi
8 biji baby tomato
4-5 sudu besar minyak


Cara masak
1. Tumis bahan kisar bersama belacan hingga garing.
2. Masukkan asam jawa, ikan dan bendi kacau rata
3. Masukkan air daun limau purut dan dau kesum.
4. Setelah mendidih masukan perasa dan tomato.
5. Setelah cukup rasa dan terbit minyak padam api.

Siap makan panas sedap..makan dengan roti canai pon sedap.

Vadee Pasar Malam

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam ramadhan,

Semalam petang terasa mahu makan vadee di pasar malam. Vadee antara kuih yang menjadi pilihan apabila belanja di pasar malam.

Resipinya sangat mudah dan ringkas

2 cawan kacang dhal (seeloknya rendam lebih 4jam,tapi saya nak cepat 2 jam 30minit je rendam)
2 sudu besar jintan manis
1/2 labu bawang holand dadu halus
3 ulas bawang putih dadu halus
3 batang cili kering potong halus
2 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu cukup rasa(tak letak pun tak apa)


Cara buat juga mudah
1. Kisar halus 1/2 kacang dhal
2. Satukan semua bahan dan gaul rata
3. Genggam kejap adunan semasa menggaul supaya bila goreng kacang di dalam lembut manakala kacang diluar garing
4. Kemudian mampatkan adunan kejap

5. Panaskan minyak dengan api sederhana.Pastikan minyak betul panas baru masukkan adunan dhal.
Bentukkan adunan dengan menggunakan sarung plastik supaya  mampat dan mudah untuk dimasukkan dalam kuali.
Masukkan maksimum 4 ketul adunan supaya minyak panas dapat menggoreng vadee dengan sekata dan sempurna.

Vadee dihidang dengan cili hijau sebagai ulaman memang sedap:)

Ahad, 20 Julai 2014

Kuih Abe Molek vs Che Mek Molek

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Misi menghabiskan bahan basah kerana kami akan pulang berhari raya pada tahun ini.

Kami akan pulang ke kampung halaman pada 25 Julai 2014 ini. Perasaan teruja dan terkejut apabila en suami tiba-tiba booking tiket flight balik Malaysia:)...terima kasih abang.

Hari ni suka juga sebab suami tolong siapkan buat kuah che mek molek:)))


Mudah je pon kuih ni

4 biji keledek rebus
Tepung gandum sikit
Tepung beras sikit
Tepung ubi sikit
Gula

Dengan adunan tersebut dapatlah 25 biji kuih abe molek hok alohh hihihi




Tina sampai tak tahan bau kuih ni katanya wongi hihhihi...kesian tina menahan lapar berpuasa hari ni kena berjalan cari cenderamata untuk bawa balik ke Malaysia...

Khamis, 17 Julai 2014

Onde Gula Melaka Warna Warni

Assalamualaikum wrh wbrkt &salam sejahtera,
Beberapa hari yang lalu saya telah dibantu oleh chef cilik tina menyediakan kuih onde-onde gula melala berwarna warni. Lama dah tina oder kuih ni sejak awal puasa, dah nak abis puasa baru sempat mengonde....




Muka girang selesai buat onde-onde

Main campak-campak je
Gentel tina jangan tak gentel


Inilah hasil air tangan chef chilik tina hahaha

Isnin, 14 Julai 2014

Majlis Iftar 1435H Pelajar Nagoya Universiti (MEDAI)

Gambar Keluarga

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Sabtu minggu lepas kami sekelurga telah menghadirkan diri ke Jamuan Iftar antara pelajar-pelajar Nagoya Universiti di Kaikan Sakurayama. Pelbagai juadah disediakan di sini disediakan oleh kami semua. Macam ada buka bazar ramadhan..tapi gambar juadah lupa pulak nak snap..

Seperti biasa kami mulakan degan jamuan ringan setelah masuk azan Magrib, kemudaian solat berjemaah. Acara makan berat disusuli seletah solat magrib. Sebelum jam 9 malam kami telah siap berkemas kerana peraturan menggunakan dewan di sini adalah sehingga jam 9 sahaja.

Setelah selesai makan dan anak-anak puas bermain kami bergambar dan pulang ke rumah masing-masing.
Foto Muslimat

Saya bersama anak Tina Chan
Kami bersama Arissa



Gambar Muslimat

Sebahagian Muslimat