Isnin, 21 Julai 2014

Vadee Pasar Malam

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam ramadhan,

Semalam petang terasa mahu makan vadee di pasar malam. Vadee antara kuih yang menjadi pilihan apabila belanja di pasar malam.

Resipinya sangat mudah dan ringkas

2 cawan kacang dhal (seeloknya rendam lebih 4jam,tapi saya nak cepat 2 jam 30minit je rendam)
2 sudu besar jintan manis
1/2 labu bawang holand dadu halus
3 ulas bawang putih dadu halus
3 batang cili kering potong halus
2 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu cukup rasa(tak letak pun tak apa)


Cara buat juga mudah
1. Kisar halus 1/2 kacang dhal
2. Satukan semua bahan dan gaul rata
3. Genggam kejap adunan semasa menggaul supaya bila goreng kacang di dalam lembut manakala kacang diluar garing
4. Kemudian mampatkan adunan kejap

5. Panaskan minyak dengan api sederhana.Pastikan minyak betul panas baru masukkan adunan dhal.
Bentukkan adunan dengan menggunakan sarung plastik supaya  mampat dan mudah untuk dimasukkan dalam kuali.
Masukkan maksimum 4 ketul adunan supaya minyak panas dapat menggoreng vadee dengan sekata dan sempurna.

Vadee dihidang dengan cili hijau sebagai ulaman memang sedap:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan