Jumaat, 24 April 2015

Kuih siput

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Ni lah hasil anak nak makan kerepek siput. Jenuh juga nak siapkan.

Resipi
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 biji telur dipukul

Bahan kisar
1/4 bawang holand
2 sudu kecil udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kari
Sedikit daun hari
Garam
Gula
Stok ikan bilis

Penyediaan:-
  1. Buat lubang ditengah tepung, masukkan semua bahan buat sampai jadi doh. 
  2. Jika lembik tambahkan tepung.
  3. Cetak guna acuan kuih siput.
  4. Goreng dengan masukkan daun kari.




Selasa, 21 April 2015

Burger Daging untuk Sarapan


Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Dah lama rasa tak makan burger. Dulu nak makan beli jer dengan kawan yang jual bentou. Kawan pun dah dah balik Malaysia nak makan burger kenalah buat sendiri. Hasil daripada buat pattie daging terlebih maka saya buatkan roti burger.

Hasil roti belum memuaskan, nak buat roti macam burger tepi jalan tu tak menjadi.

Tekstur roti pon keras tak elastik sebab kurang menguli rasanya. Lepas ni perlulah usaha lebih sikit nak asah teknik meroti. Menu harian anak ke sekolah setiap bulan ada makan burger haruslah meroti selalu lepas ni.



Lepas ni nak gunakan cara uli doh roti guna kaedah ni pula ler.


Mexican Bun

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,


Hari ni projek meroti untuk bentou Tina besok. Mama kawan Tina pesan, besok bawa roti, pisang, susu & cheese. Tak tahu pulak besok ada malam burger. Tina pulak minggu lepas dah beberapa hari makan burger jadi dia tak mahu makan burger.

Kenalah mak Tina buat roti lain. Buat roti bersama Tina, cepat sikit siapnya.

Cuma roti masih belum menawan hati lagi. Perlu diasah lagi kemahiran menguli roti. Niat nak dapatkan roti yang boleh memantul apabila ditekan.

Resipi mexican bun ni tengok kat youtube jer.. Resepi macam biasalah saya tak sukat sangat..jadi jangan tiru nanti tak jadi..



Inti
Saya agak2 4 sudu majerin-mentega abis
4 sudu gula perang
1/2 tutup esen vanila

Caranya:-
  1. kacau rata dengan sudu/mixer
  2. Bentukkan bulat kecil dan simpan sekejap dalam peti sejuk supaya beku sikit



Roti
2 cawan tepung roti
1 biji telur
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan shorterning
11/2 sudu teh yis
3-4 sudu besar gula
Sedikit garam



Caranya:-
  1. Masak susu dengan shorterning biarkan suam kuku.
  2. Campurkan yis dengan sedikit gula dan air suam untuk aktifkan yis.
  3. Tepung dicampur gula & garam kemudian dibuat lubang dan dimasukkan telur yang dipukul dengan garfu.
  4. Masukkkan susu yang sudah suam dan campuran yis.
  5. Uli sehingga lembut & elastik saya ambil masa 20-30 minit.
  6. Perap 1 jam sehingga nak sekali ganda.
  7. Bahagi kepada doh yang kecil.
  8. Masukkan inti dan biarkan roti naik 2 kali ganda
  9. Pipingkan topping atas roti dan bakar
  10. Suhu 170 darjah 20 minit jika topping belum warna coklat tambah sedikit lagi masa dan selalu tengok supaya tidak rentung.



Tina tolong buatkan topping

Topping
4 sudu majerin
4 sudu gula
1 biji telur
2 sudu campuran air nescafe
3-4 sudu Tepung gandum

Caranya:-
  1. Pukul majerin & gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang
  3. Masukkan air nescafe kacau rata
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum
  5. masukkan dalam bag plastik untuk piping
  6. Campuran perlu pekat supaya mudah untuk piping






Ahad, 19 April 2015

Homemade Mcmuffin di Umemorizaka


Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Hari ni buat persiapan bento Tina. Jumaat ada aktiviti luar sekolah. Tina perlu bawa simple bento jadi terpikir nak bawakan bento McMuffin je.

Patties daging buat awal mudah nanti tak payah terkejar pada hari kejadian.

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung roti
130ml air suam
1/4 cawan mentega di cairkan
2 sudu yis kering
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Caranya:-
  1. Yis dan gula dicampur dengan sedikit air daripada 130ml air. Tunggu sehingga berbuih.
  2. Dalam bekas besar satukan tepung dan buat lubang ditengah.
  3. Masukkan bancuhan yis kacau sehingga merata
  4. Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan bersama garam.
  5. Kacau rata doh sehingga kurang melekit.
  6. Biarkan 40-60minit sehingga doh naik 2kali ganda.
  7. Setelah itu tekan buang angin dan bahagi kepada bahagian yang lebih kecil.
  8. Saya mendapat 11-12 biji McMuffin tang kecil.
  9. Panggang atas kuali non stick pan selama 10 minit dan kerap diterbalikkan supaya doh masak sekata.


Patties Daging
500g daging cincang
1/2 labu bawang holond cincang
2 biji telur
1/2 cawan oat
2 cawan serbuk roti
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu teh garam-agak2 jangan masin masukkan 2 sudu teh dulu
1 sudu besar gula

Kacau rata semua bahan
Perap dalam peti sejuk
Bentukkan sebesar size McMuffin
Goreng atas non stick pan

Pelengkap McMuffin
Telur
Salad
Tomato
Timun
Keju
Mayonis
Sos cili
Sos tomato
Fries







Syurga Tulips Di Kiso Sansen

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Aktiviti hujung minggu sudah pergi tengok tulips di Kiso Sansen. Tahun lepas pergi juga tapi dukacita bunga dah gondol. Alhamdulilah kali ni banyak sangat spesis tulips. Bak syurga kami melihat keindahan tulips yang berwarna-warni.
























Selasa, 14 April 2015

Kuih Serabai



Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Untuk kesekian kalinya buat lagi kuih serabai. Macam biasa durhaha resipi asal. Santan habis gunakan apa yg patut.

2 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk
1 sudu tepung gandum
Secubit garam
500-700ml air santan ikut kepekatan macam nak buat pancake
1 bungkus yis
1/2 sudu gula
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bacuh yis bersama air suam & gula
Kisar semua bahan. Kemudian masukkan bancuhan yis.
Perap 2-3 jam dan boleh digoreng dalam  kuali serabai.

Kuah
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 ketul gula melaka
3-4 sudu gula pasir~jika tidak manis
Secubit garam
daun pandan

Masak gula bersama daun pandan dan air. Kemudan tapis.
Masukkan santan dan garam masak sehingga pekat.

Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 10 April 2015

Mee Hailam



Assalamualaikum wrh wbrkt
& salam sejahtera,

Ni lah dia bila terlajak napping. Mimpi makan mee hailam sedap. Tapi buat sendiri tak der ler sedap mana;(

Nak juga makan benda yang tak der kan.
Lau dok Malaysia teragak nak makan cari jer mana-mana.

Kali ni buat mee hailam dengan cili jeruk ada ler terasa sikit2 mee hailam Malaysia.