Jumaat, 31 Januari 2014

Ayam panggang mix herb

Akibat malas nak masak malam tadi saya hanya sediakan ayam panggang mix herb je untuk mengalas perut. Paling tak tahan suami bawa balik bento Anadoulu untuk saya, ayam grill juga cuma ada tambahan nasi la..memang kegemaran kami makan makanan turkish di sini..doner kebab dan lain-lain






Resipi mudah jer ikut hati campak-campak jer

Bahan-bahan

3 Peha Ayam
2 biji Kentang potong 4
1 batang Lobak Merah  
10 biji baby Tomato
1 biji Bawang Holand potong 4
5 ulas Bawang putih ketuk
Mix herb
Gula perang
Garam
butter
Olive oil

Sos cendawan
3 ulas Bawang putih dadu
1/2 labu Bawang holand dadu
10 biji Cendawan butang dihiris
1/2 cawan Susu
Black Pepper
Garam 
Gula
Stok Ayam 

Cara Penyediaan

  1. Campur kesemua bahan ayam kecuali butter. Perap 2-3 jam. Jika semalaman lagi sedap.
  2. Letakkan buter dan bakar ayam suhu 180-200 darjah selama 45-60 minit.

Sos

  1. Panaskan Butter, masukkan bawang putih dan bawang holand kemudian cendawan
  2. Setelah bawang dan cendawan layu masukan black papper dan susu.
  3. Setelah itu blander bahan sos tadi hingga hancur
  4. Masak semula laraskan kepekatan dengan tambah butter.
  5. Masukkan perisa-garam gula dan stok ayam jika ada







Pagi ini pon sarapan ayam grill juga baki malam tadi. Tp pg ni punya lg sedap sebab perap semalaman:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan