Khamis, 23 Januari 2014

International cooking classes-sushi dan sup winter



Hari Jumaat yang berkat ini saya dan rakan telah menyertai kelas memasak makanan Jepun.

Menu yang dipelajari adalah roll sushi dan sup cendawan winter. Baiklah jom saya kongsi cara dan resipinya.

Sushi roll mudah

Bahan-bahan

12 cup gohan(beras jepun)
10 cup mizu (air)
2   cup stok/rendaman seaweed
1 botol cuka sushi

Inti sushi 
Sosej sakana(ikan) potong 2 memanjang
5-6 biji cendawan cetakai direndam semalaman
Telur dadar 
Timun potong 8 memanjang
Halia jeruk
Nori seaweed


Cara-cara penyediaan:-

1. Cuci beras jepun, kemudian masukkan 2 cup stok seaweed dan 10 cup air terus masak (nisbah masak beras jepun 1:1 iaitu satu beras 1 air). 


2. Rebus cetakai bersama gula dan soyu(kicap jepun) sehingga kembang dan lembut. Kemudian toskan dan hiris nipis.

3. Goreng telur dadar dan potong memanjang

4. Setelah nasi masak buang seaweed dan masukkan nasi dalam bekas untuk disejukkan kemudian masukkan cuka sushi. Apabila nasi telah sejuk maka bolehlah sushi dibuat.

5 Sediakan tikar gulung sushi, nori di layur atas dapur gas


6. Letak nori atas tikar,kemudian letakan nasi atas nori gunakan cuka untuk lembabkan nasi.

7. Susun timun,sosej ikan,telur dadar,cendawan cetakai dan halia jeruk dan sedia untuk digulung.

Siappp!!!


Setelah dipotong inilah hasilnya...
Almaklumlah baru belajar tidak berapa nak mampat.

Selamat mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan