Ahad, 27 April 2014

Roti Coklat Walnut & Raisin

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)

Sejak dok Jepun ni apa jer yang tina nak makan...tina pakai oder jer

Mak dia da macam buka bakery la.....buka  kedai makan Malaysia la sebab nak makan kat sini payah nak baca kanji Jepun takut roti tu ada benda2 terlarang jadi ambil langkah mudah buat jer sendiri makanan di rumah.

Antara roti yang saya pernah buat adalah roti coklat raisin dan walnut....memang sedap 

Gebu jer makan panas-panas macam beli kat kedai bakery Aeon Malaysia

Gambar: Siap roti tina untuk bawa bendo besok..sensei soh bw roti..jd mak bt tina roti coklat..masa untuk tido plk..mengantokkkk ler

Jom kita tengok bahan-bahannya

Bahan bahan:
500 gm tepung gandum 
4-6 sudu besar serbuk koko-jika nak gelap boleh tambah lagi
1 sudu besar susu tepung 
3/4 cawan gula 
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis

200 ml air-masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml
2 sudu kecil ibu roti-bancuh dengan 100 ml air suam dan sedikit gula biar kembang berbuih
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening 

1/2 cawan raisin
1/2 cawan walnut




Cara cara:

  1. Ayak tepung dan serbuk koko, satukan bahan bahan kering  gula dan susu tepung.
  2. Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. 
  3. Kemudian masukkan yis dan digaul rata. 
  4. Masukkan marjerin dan shortening. 
  5. Uli sebati sehingga lembut dan elastik
  6. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. 
  7. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya dan masukkan raisin juga kacang walnut.
  8. Guna sedikit minyak pada tapak tangan dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. 
  9. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.
  10. Bakar pada suhu 160C selama 30-35 minit-bergantung kepada oven masing-masing
  11. Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.

Waktu ni ayah tina tak belikan bradmaker..memang meletup-letup la jari nak meroti bila tina nak makan hihii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan