Rabu, 18 Mac 2015

Homemade Gyoza(dumpling) Halal



Assalamualaikum,



Hi, hari ni menggagahkan diri buat gyoza.    Lama dah dok tengok resipi dan teknik buat kulit gyoza. 

Senang bagi yang minat buat..tapi yang jenuh nak buat kulit. Pelbagai size saya canai ada tebal, nipis dan lain- lain.

Buruk jer bentuk gyoza saya tapi nak juga kongsi sebagai pelajaran. Manalah tahu akan datang teringin nak buat lagi.

Bahan-bahan
Kulit
200g tepung gandum
110ml air suam
1/2 sudu teh garam

Bancuh semua bahan sehingga tak melekat pada jari/senduk


Selepas biarkan sekejap dalam 7minit. 
Kemudian bahagi kepada 3 bahagian dan rehatkan 30minit

Selepas 30 minit boleh dibahagikan kepada size kecil dan dicanai.


Inti
1-2 genggam Ayam dicincang halus
Sebatang sawi cina(elok gunakan kobis cina)-rebus sekejap&cincang halus
1 batang kecil lobak merah cincang  halus
1/4 labu bawang holand cincang
3 biji bawang putih cincang halus
2 hiris halia cincang halus
1 sudu minyak bijan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula
1/3 stok ayam

Cara Penyediaan:-
Campurkan semua bahan dan kacau sebati.



Selepas itu biarkan seketika supaya bahan mesra.

Setelah inti mesra anggaran 15-30 minit bolehlah diisi pada kulit dan dibentuk.


Teknik kelim gyoza saya lihat di youtube.
Pertama: sapu air keliling kulit dan rapatkan bahagian atas dan kelim kiri dan kanan. Tekan sikit lipatan klim supaya tidak terbuka lipatan tadi.



Setelah selesai panaskan kuali dengan sedikit sahaja minyak, hanya untuk ratakan kuali.


Selepas itu susun gyoza dan goreng sehingga kulit bawah gyoza garing sikit.

Selepas itu masukkan 1/2-3/4 cawan air dan ambil tutup kuali untuk proses stim sehingga air kering.

Apabila air telah kering ambil pinggang terbalikkan dalam kuali. Kemudian kuali diterbalikkan atas pinggan supaya apabila sejuk gyoza akan jatuh atas pinggan.

Siap sedia untuk dimakan dengan sos thai atau kuah gyoza.

Kuah gyoza
2 sudu suka
2 sudu soyu
1 -2 sudu gula
Secubit garam
Sedikit bijan 

Campurkan semua bahan dan siap sebagai kuah pencecah gyoza.

Lebihan gyoza boleh simpan dalam tempat sejuk beku. Jika nak makan goreng dan stim.

Sapukan tepung dan susun jarak supaya gyoza tidak melekat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan